Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan, di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya. ~Riwayat Bukhari dan Muslim~
Jumaat, 31 Disember 2010
salam
Alhamdulillah segala puji dan syukur dirafatkan ke hadrat Tuhan Yang Maha Berkuasa,segala sesuatu yang berlaku di dunia ini tidak kira sama darat laut dan juga udara atau mungkin juga ada ruangan yang tidak pernah diketahui oleh kita semuanya bertindak atas arahan dan kepatuhan kepadaNya. Dari sekecil2 perkara sehinggalah ke sebesar2 urusan hatta,kita masih boleh mengecapi udara 2011 pada saat ini pon atas restuNya. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua rakan sahabat yang membaca coretan ini.semoga tahun baru yang akan kita tempun ini lebih memberik makna buat kita semua dalam perjalanan mencari redhaNya.
Jumaat, 17 Disember 2010
jangan dilupa kisah moyang kita
Cube tengok betul2 gambar kt sebelah ni. Kalau nak tahu ni lah peninggalan nenek moyang kita. dahulu kala,kalau nak tahu cara hidup nenek moyang kita bukan macam kita hari ni. Dulu2,nenek moyang kita kua membanting tulang pakai benda ni lahh,namanya basikal tua.Dahulu kala,ia satu2nya pengangkutan yang memudahkan pergerakan jauh nenek moyang kita semua. Tak sama mcm kita hari ni,sadarwasa segalanya mudah. Nk g keje kita juz hidupkan jerr enjin kete or moto.Tanpa perlu setitik peluh ponn untuk samapai ke tempat keje. Kalau nenek moyang kita dulu,mengayuh basikal tua pon da berpeluh belum lagi mula buat keje.Hermm,tanpa kira terik mentari atau mendung yang berarak atau juga tatkala awal membawa hujan,kayuhan tetap diteruskan demi mencari sesuap rezeki.Susah kan kehidupan dahulu kala.Jadi,kita sebagai pewaris,walaupun kita sudah hidup di zaman yang jauh berbeza dengan nenek moyang kita,tidak seharusnya kita meninggalkan terus zaman mereka,sesekali kembali bersama bayangan penat jerih nenek moyang kita mencari rezeki.Walaupun hari ini kita sudah tidak lagi mengayuh basikal tua itu,namun,sematkan ia di dalam hati sebagai tanda kita mencintai warisan bangsa kita,keturunan nenek moyang kita.Walau kita mungkin pada hari ini kita berada di dalam sebuah kereta mewah,setitik peluh tidak menitis walau berada di terik mentari,setitik embun tidak sekali membasahi baju apatah lagi hujan lebat dibuai angin namun,jangan kita menghina si pengayuh di jalanan,kerana dia juga manusia pewaris.
Khamis, 25 November 2010
Guru dan Murid
Sekilas pandang title tuhh mcm ada sesuatu yang tersirat. Guru dan Murid bukanlah seperti aur dgn tebing dan isi dengan kuku tetapi guru dan murid adalah seperti akar dan pokok.Kalau isi dengan kuku ada juga isinya elok tetapi kukunya rosak. kalau akar dengan pokok,cuba kita lihat tidak ada satu pokok pon yang sihat tanpa akar yang sihat dan jika pokok itu sihat sudah tentu akarnya sangat sihat. Bila saya jelaskan begitu,anda pasti dapat mengerti maksud tersirat di sebalik falsafah ringkas itu. Di sini ingin dikongsikan satu cerita benar. Pada suatu hari saya terdengar satu perkataan yang tidak sepatutnya dituturkan oleh budak itu. Lantas saya dengan sendirinya menarik tangan budak itu dan bertanya apa yang telah dia sebut sebentar tadi. Lantas dia menjawab dia hanya sekadar menyebut sahaja dan tidak mempunyai apa2 maksud. Saya mengerutkan dahi sambil bertanya lagi,mana dia tahu n belajar perkataan sedemikian,dengan selamba dia menjawab bahawa dia pernah terdengar gurunya melontarkan perkataan tersebut. Demikianlah sebuah cerita ringkas namun bagi saya ianya sangat membuktikan keruntuhan nilai yang sedang melanda. Teringat kepada satu pepatah "kalau guru kencing berdiri murid pasti kencing berlari" dan apabila saya menyampaikan pepatah ini saya sering menambah "murid kencing berlari sambil menyanyi". Semoga perkongsian hamba yang lemah ini menjadi iktibar buat kita semua.
Rabu, 27 Oktober 2010
sardin dan melayu
Hai,salam sejahtera buat teman2 yang membaca coretan saya ini. Kali ini saya cuba untuk mengimbau kenangan2 lame yang telah dilaui bersama rakan2 suatu ketika dahulu di sebuah rumah bujang. Hermmm,bile tengok saja "telur mata" hahhh,memori terus menggamit hati dan pasaan seketika,pergghhh,hidangan paling istimewa tuhh. Selain telur mata.ikan goreng dan sardin juga membuka selera di rumah bujang kami yang indah nan permai. Bile sebut sardin, apa yang tergambar di minda kita,apa yang terbuku di benak kita?. Saya telah menjalankan kajian ringkas dan sempat menemubual beberapa orang yang saya anggap sebagai responden. Hurmmm,apa kata mereka " selalunya orang yang suka makan sardin nihh orang yang kurang mampu la" itu jawpan yang pertama yang kedua pula berpendapat " selalunya orang bujang la yang berlaukkan sardin ni" dan yang ketiga seorang suri rumah berkata " ada juga yang berkeluarga pon makan lauk sardin sebab sibuk kerja dan tak berapa sempat nak masak berbauk letih dan malas", hermmm jadi apa kesimpulan yang boleh kita buat tentang sardin dan orang melayu ini?kesemua responden adalah orang melayu. Selalunya sardin dikaitkan dengan yang kurang mampu,bujang dan malas nak masak teteapi tahukah anda apakah sebenar sardin itu?hahaha,Sebenarnya sardin adalah antara makanan yang berkhasiat jika dibandingkan dengan lauk2 ang nampak mewah dan berduit seperti "gear box" dan sebagainya. Kalau anda nak tahu sebenarnya ikan sardin tidak mengandungi lemak tepu dan ianya merupakan sumber protin yang paling baik untuk tubuh badan kita,selain itu ianya juga dapat mengawal paras kolestrol dan memantapkan sistem kardiovaskular, meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lemak serta memperbaiki sistem penghadaman kerana kandungan omega 3 yang ada dalamnya..HERMMM jadi walaupun memakannya dianggap sebagai kurg mampu disebabkan harga yang agak murah berbanding lauk lain selain cepat dan mudah dimasak,ianya juga baik untuk menjaga jantung kerana menagndungi asid lemak dan selenium. Seperkara lagi,teringat sewaktu saya n kawan2 bujang makan sardin,sampai ke tulang pun kami gigit dan makan kerana kelembutannya dan sebenarnya ia membantu membekalkan kalsium untuk badan kita dan ianya juga mengandungi vitamiN D dan E. Hermmm,sekian saja perkongsian saya,jadi ubah persepsi anda,jangan malu nk makan sardin lagi..
Khamis, 21 Oktober 2010
warkah buat murid
Di dalam sepotong hadis Baginda Junjungan Besar S.A.W pernah bersabda mafhumnya " yang terbaik dari kamu adalah sesiapa yang belajar al-quran dan mengajarnya". Dalam hadis tersebut mengandungi dua elemen yang berkait rapat dengan dunia pendidikan iaitu belajar dan mengajar. Salam dan selamat sejahtera,dikala sy mencoret tinta ini,hati sy cume terbayang dua jenis manusia sahaja,pertama manusia yang megah,berkedudukan dan ke hulu hilir berkereta mewah,makan di restoran mewah dan ke dua manusia yang jalan terhuyung hayang,badan sanagt kurus dan berkudis,mengharap simpati manusia dijalanan,lantas hati sy terdetik dan mengangkat tangan,"kau kategoriknlah anak2 didikku ktgori yang pertama itu dan kau campakkan soleh n solehah dlam diri mereka". selepas itu bru lega rasanya.
Untuk anda y bergelar murid,cube renung apa y cuba sy smpaikan. kalian adalah pembela atau fitnah bagi guru kalian.Kenapa saya katakan begitu?kalau kalian nak tahu,hubungan murid dengan guru adalah satu hubungan yang suci dan tidak akan putus walau sesaat. Perkahwinan juga adalah ikatan yang suci namun,jika jodoh tidak panjang dan blaku penceraian akan timbulah istila "bekas isteri atau bekas suami" tapi anak2 tetap anak dan xpernah wujud istilah bekas anak. bagitulah juga ingin sy umpamakan hubungan seorang guru denagn seorang murid ibarat seorang anak dengan seorang ayah atau ibu kerana sekali kita menjadi murid seorang guru samapai bila pon die tetap guru dan kita tetap murid. "Owhh,die murid saya mase tingkatan 4,.......cgu mengajar saya mse sek rendah" ungkapan2 sebagini selalu kita dengar. OK,cuba kalaian perhatian mata-mata guru kalian,di dalam hatinya tersimpan satu harapan yang sangat tinggi untuk membentuk kalian menjadi seorang yang berjaya,dunia akhirat. Bangun pagi jer,seorang guru mempersiapkan diri untuk pergi ke sekolah,padahal kawan2 yang kerja pejabat masih di rumah bersarapan tetapi gurumu kul 7.30 dah berada di laman sekolah. Cuba bayangkan,betapa luluhnya hati gurumu jika pada waktu itu kalaian masih di kedai kopi di tepi sekolah,menghisap rokok bersama kawan. Niat sucinya memberi didikan membuatkan die hampa namun,die tidak terus membanci kalian,die memanggil kailan untuk menasihati namun setelah berjanji dengan guru,esk kalian mengulangi lagi lalu guru itu sekali memanggil kalian ke medan perhimpunan untuk dirotan sebagai akibat dan sebagai pengajaran buat kalian dan rakan2 lain,di sudut hatinya tidak sedikit pon terdetik perasaan benci. Tp kalian,setelah 3kali dirotan,sudah menaruh benci pada guru kalian,heboh satu sekolah kalian cakap kalian benci guru itu,tak cukup dengan itu,kereta guru itu kalian calarkan,tayar kalian pancitkan,cacian dan makian yang tidak pernah terbit dari dua bibir guru itu kalian hamburkan,mencoret nota ugutan dan macam2 kalian buat kerana tiga kali dirotan. Pernah ke kalian terfikir setiap pagi guru itu memandu kereta yang kalian calar dan pancitkan itu pergi ke sekolah untuk memberi kalian pelaran,untk bentuk masa depan kalian. Guru itu menyuruh kalian membersihkan papan hitam untuk dia menulis isi pelajaran namun kamu enggan,guru itu tetap menyapu dengan tangannya sendiri,pagi2 lagi baju dan seluarnya sudah dipenuhi habuk kapur,bukan untuknya tetapi demi masa depan kalian.Kalau kalian tidak mahu belajar,guru itu tidak akan rugi walau 1sen pon,namun,jauh di sudut hati guru itu ALLAH dan campakkan rasa tanggungjawab dan sayang kepada kalian,perasaan itu membuatkan guru itu tidak pernah jemu apatah lagi berputus asa mendidik kalian. Hari ini,kalian berumur 16tahun,kalian boleh anggap kalian boleh hidup tanpa bimbingan seorang guru kerana bagi kalian cukup la kawan sebagai tempat berhibur dan hati menjadi turutan walaupon kalian sering menuturkan "ikutkan hati mati". NAMUN,10tahun akan datang,tika itu kalian berumur 24thn,pada waktu itulah kalian akan berfikir dan air mata darah tidak mampu membawa anda pulang ke 10tahun yang lamapau ketika masih ada insan yang sudi menasihati dan merotan kalian tika kalaian melakukan seksalahan y boleh membinasakan masa depan kalian.
Cuba kalian ingat kembali sewaktu kalian membawa pulang buku rekod pretasi,boleh dikatakan semua matapelajaran bertanda dakwat merah,pada masa itu ayah anda berkata "mcm mana guru kamu mengajar ni,xreti mengajar ker?",padahal hanya kamu yang tahu,sebelum masuk ke kelas puas guru itu mengejar kalan yang lepak di tandak supaya masuk ke bilik darjah mengikut pelajaran yang akan diajar namun,kamu membalas kesungguhan guru itu dengan tawa dan ejekan. Sekarang,tiada lagi guru itu,guru yang menasihati kalaian,y merotan kalian. Yang tinggal hanya lah kalian dan hari yang harus kalian tempuhi. TERIMA KASIH GURU KERANA MENGAJAR DAN MENDIDIK SAYA SUATU KETIKA DAHULU DAN GURU ADALAH GURU SAYA SAMAPAI BILA-BILA.
Khamis, 14 Oktober 2010
salam
Lama rasanya tak bersua,rindu untuk mencoret idea dan berkongsi secalit pengalaman dgn teman2 membuak2 namun apakan daya,kekangan masa dan tanggjwb y wajib dilaksanakan. Ini coretan pertama bulan Okt,HERMM,nak kongsi satu pengalaman. Pertengahan sept lepas,saya berpeluang menghadiri satu seminar di sebuah hotel di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang sangat dicintai ni. Seminar berkisar ekonomi,kemiskinan dan kekayaan org2 kita. Penceramah pertama naik ke pentas,seorang wanita yang mungkin awal 40an. Bekas guru itu yang sudah meninggalkan kerjaya pendidik dan menceburi satu perniagaan. Beliau begitu tergugat apabila setiap kali berhenti di lampu isyarat,di kiri kanan kereta beliau semua kereta mewah sedangkan beliau hanya berkereta proton iswara. Beliau cube berkongsi sebuah pengalaman yang sangat menarik sewaktu beliau berkhidmat di sebuah daerah yang agak popular di semenanjung. Terdapat sebuah keluarga yang mempunyai anak2 y belajar di tempat beliau berkhidmat,3 orang anak nelayan yang salu beliau perhatikan ini sering salah seorang dari mereka bertiga tidak hadir ke sekolah secara bergilir2. Namun,setelah sekian lama memerhati hati kecilnya terdetik untuk mengekori murid tersebut pulang ke rumah. Setelah sampai di sebuang pondok yang agak usang,beliau mendapati pondok usang itu adalah rumah 3 murid tersebut. Ayah mereka seorang nelayan manakala ibunya seorang suri rumah sepenuh masa menjaga anak2 yang masih kecil tatkala suami keluar ke laut. Setelah berdiri di depan pondok usang itu,beliau terus mendapatkan ibu murid tersebut dan cuba untuk mengadu hal sebenar dan belum sempat lagi si ibu tersebut telah menjelaskan bahawa di rumahnya cuma ada dua pasang kasut sekolah sedangkan anaknya yang bersekolah seramai 3orang. Anak2 akan berkongsi kasut yang dua pasang itu,setiap hari seorang mesti tidak dapat hadir. Beliau cube menjelaskan bahawa anak2 itu memg pintar dan boleh maju sekiranya memberi tumpuan yang sepenuhnya namun,tidak sempat lagi si ibu menyapa,"tak apa lah cikgu,arwah atok mereka nelayan,ayah mereka juga nelayan dan mereka juga akan jd nelayan", tergamam beliau dan terus diam.
Ini kisah benar yang beliau sempat kongsi bersama tentang kemiskinan orang kita,namun apa yang cuba saya smpaikan bahwa,kemiskinan yang terjadi itu adalah satu warisan. KENAPA?jawapannya kalian boleh mentafsir,kegagalan dan kemiskinan yang berlaku dalam minda manusia menyebabkan keadaan sebegini dan manusia yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu yang lebih baik terkubur. Apa yang cube saya kongsikan ini bukanlah untuk mengatakan kekayaan adalah segala2nya namun,saya cuma ingin menjelaskan betapa kuasa minda akan memberi impak.
Jumaat, 10 September 2010
IBU,sekarang baru aku tahu
Isnin, 6 September 2010
mama,tengok tangan adik nii
Salam ukhuwwah,salam penghujung ramadhan,salam pra lebaran..hehehehe
Bile sebut saje lebaran,semua orang cukup gembira,lg2 kanak2..maklumlahh raya,baju baru,seluar baru,kasut baru dan yang paling pentingg sekali sekolah cuti lama..hehehhe..semuanye same jerr,saya mse kecik2 dlu pownn same.namun,di minda orang dewasa lain pula ceritanya.Raya??alamak,byak nk pakai duit,beli itu beli ini.Apatah lagi y sudah berkeluarga,mcm ibu n ayah kite dlu2..opsss,tp sy pgil mummy n abah. Media pula sibuk membuat liputan opsss sikap,kemalangan maut,saman y dah dikeluarkan dan sebagainya. Bile sebut pasal kemalangan ada orang cakap dah takdirr,tp ada juga y cakap itu sebab sikap,memg boleh elak.so ape ponn pendapat itu yang penting bagi saya hati2 n jangan lalai. Sebab sy ponn pernah mengalaminya.Alhamdulilah sikit sajerr.
Cube kite bayangkan,suasana sambutan tahun baru cina,ape y tergambar di benak kita?mesti mercun yang berdentam dentum kan,owhhh,sudah semestinya namun,mengapa orang selain cinay dilaporkan cedera terkena mercun?hehehehehe.siapa?malas saya nak sebut. Tapikann,bile menjelang saje bulan Ramadhan,di awalnya boleh la tahan lg,selepas 5-6 hari puasa,dah mula bunyi,kadang2 imam y tgh kusyuk terawihh pownn terkezutt,nasib jenis xmelatah..mau taknya tgh2 solat tibe" ddddddddoooooooooooommmmmmmmmm" bunyi,bunyi lak bukan jauh,depan tingkap surau atau masjid jerr..Anak siapa la punya angkara tuhh..Masyarakat lakk bile bnyi cam tuhh bukan nk saling nasihat,tpnk cri anak sape y main,boleh bt modal "bisness sentiasa rugi"..hehehhehe.
bile dah dapat tau anak sape,habis satu kedai kopi dihebohkannya.bukan nk cakap elok2.Hurmmm,sian si pulan tp kdg2 geram jugakk dengan sikap mak bapak y biarkan anak2 bt sesuatu tnpa kawalan atau seliaan sepatutnya..lagi geram ada budak yang umo dahh separuh abad ponn main mercun..fuhhhh,dasyat..
kesempatan ini,sy cume nak saling ingat mengingati,bukan nk "jaga tepi kain orang".Duit y kite bagi kt anak2 kita tuhh mst lahh ada tujuan,bukan untuk mmbazir beli mercun.Bukan susahkan kite jerr kalau ada pape,banyak pihak akan terlibat.Dan lagi parah kalau kite sendiri y tolong beli kan,so kalau ad pembaca jenis ini tolong pk sendiri. Anak2 cume tau nak berseronok,bunyi dentum2 btkan hati mereka terhibur,mereka tidak pernah pk disebalik dentuman itu,mereka juga tak pernah amik iktibar dri kisah2 hitam mereka y cacat sepanjang hayat.
jadi sebelum anak kita pulang ke rumah dengan air mata berlinangan,darah bercucuran sambil berkata "mama,tengok tangan adik nii" berwaspada dan bijaksanalah mengurus anak2.
Jangan menyesal kemudian hari. semoga apa y baik sama2 kita amalkan dan saya tinggalkn perkongsian ini dengan secalit kata2 "prevention is better thn cure" salam..
Khamis, 2 September 2010
kan cikgu dah kata
Beberapa hari yang lepas,saya masuk ke satu kelas. Kelihatan pelajar2 saya semua seolah2 sudah sedia untuk belajar.Saya begitu "xcited" nak ajar diaorang semua.Hermmm,so saya mulakan pengajaran dengan beberapa soalan. Mereka tergamam dan tidak dapat menjawab soalan saya. Saya berfikir sejenak.Kemudian saya meneruskan pengajaran. Penerangan sudah saya sempurnakan,lantas seperti biasa saya mengajukan soalan "kamu paham ke tak ape y kita belajar?",pelajar2 saya menjawab "paham" dengan suara yang kuat. Saya pon teringat sewaktu saya di bangku sekolah dahulu,kalau cikgu tanya macam tuhh mmg akn semua jawab paham dengan suara yang kuat sbb kt otak masing2 kalau dah paham mesti cikgu nk berhenti mengajar dahh.. So boleh la main bile cikgu dah keluar.Hermmm,saya pon memberi satu tugasan dalam masa yang masih ada,ternyata sangkaan saya tepat,pelajar2 saya pon mcm tuhh.lantas terpaksa saya menggunakan cara lain,saya pergi seorang demi seorang. Apabila tibe tempat seorang pelajar saya ni,belum lagi saya mengajukan soalan pelajar saya dah menjawab,"saya tak pandai cikgu,memg saya tak pandai",dengan suaru yang sedih dilontarkan jauh masuk ke dua belah telinga saya. Saya dongak ke atas,lantas teringat bahawa saya dahulu pon begitu. Saya tetap mengajukan soalan dan cube membantu pelajar itu supaya dia dapat menjawab seperti rakan2nya y lain, saya pon berkata "adakah pandai itu datang sendiri?atau ia memang secara semula jadi ada pada seseorang?pelajar tadi menundukkan kepala,saya cuba membaca hatinya dengan kekauan batang tubuhnya. Dengan perlahan saya kata pandai itu adalah hasil dari usaha. So,saya mahu kamu berusaha menjawab soalan itu.sambil berdiri die menjawab dan saya terpegun jawapan yang diberikan adalah tepat.Pandai pun,itu kalimah yang terpacul dari bibir saya.Saya tanya mcm mana kamu boleh dapat jawapan?die menjawab saya fikir.saya berkata "KAN CIKGU DAH KATA.SO saya buat kesimpulan secara umum bahawa usaha die berfikir itu adalah satu cara untuk dia menjadi pandai. Seorang pelajar lain menyapa,macam mana cikgu tahu die pandai?saya dengan selamba menjawab die dapat menjawab soalan dengan cara berfikir. Semua pelajar2 dalam kelas itu menganggukan kepala.Saya berasa puas. Ini adalah pengalaman yang dapat saya kongsikan bersama,walaupun ringkas namun saya mengharapkan yang terbaik dari perkongsian ini.
Selasa, 24 Ogos 2010
salam minda terbuka
baiklah,kalau dah xnk pk bia saya jer yang bgtau. orang tidoq xbgn2..penah kan dgr?ehhh,mst penah pnyer la..so ini adalah jnji Tuhan yang tidak pernah didustai iaitu setiap yang hidup pasti akan mati dan apabila sudah tiba ajalnya maka die barang sesaatpon tidak boleh memperlewatkan atau nak mempercepatkan. tidak kiralah siapa jua orang tuhh..celik mata jerr hari ni rasa lain sangat sebab mungkin kena pergi ke satu tempat baru kott..maklumla,kalau dah namanya ponn pendidik ke mana jua mesti pergi tnpa mengira jarak dan masa. yeahh,betul tuhh sebab mmg penat mengajar tetapi tidak ada sesuatu yang boleh menggembirakan hati guru kecuali apabila apa yang diajarkan boleh difahami oleh murid. itu lah seorang guru yang sebenar tetapi ada juga guru yang paling gembira apabila kalendar sudah bertarikh 25hb..hermm,so kalau anda yang membaca perkongsian saya ni tilik2 lah diri anda yerr.
sebelum berangkat ke sekolah td,macam2 bermain di benak saya,maklumlah tempat baru dan kawan2 baru..kita mcm sebatang kara la.itu yang bermain di benak saya. lantas saya tabahkan hati selimut itu terpaksa ku tinggalkan jua walau di pagi hari..hehehehe..lantas tangan mencapai beg yang berisi buku teks...............samabil mata melihat jam. stokin ku pakai dan turun menghidupkan enjin haiwan tunggangan itu..smentara mngu enjinnya panas aku lantas dengan tidak semena teringat kepada satu kata2 yang penah terbit menjelma dari mulut seorang ayah.kata2 itu masih terngiang2 lagi. katanya "cikgu,saya nak pesan,walau sebodoh mana pon murid cikgu itu namun,disisi ayah nya die adalah permata". wahhh,hebat sngguh kata2 tuhh..bile saya merenung matanya jelas tersimpan satu hasrat dan pengharapan. so ape yang boleh dikongsikan disini ialah sebagai seorang guru kita tidak seharusnya malah kita mestimengharamkan diri kita dari mudah melatah. 'eh, bodohnya', 'apsal bengap sangat ni', 'ala,budak tuhh memg jenis tak pandai'. ini antara contoh latahan2 y pernah sy dgr yang telah keluar dari mulut seorang manusia yang bergelar guru. sungguh sedih dan mengharukan...dalam 15minit lebih kurang tibalah di sebuah sekolah,tempat y bakal aku memberi khidmat.dari jauh dpandang memg agak unik namun yang pasti mmg terserlah keunikan dan kesungguhan anak2 kampung yang ad antara mereka datg ke sekolah baju berkedut kerana di rumah tidak ad sterika.......namun digagahkan jua bahu memikul beg usang yang terkoyak sedikit,menggalas buku2 pelajran,mengayuh basikal lama dibonceng adik..ini kisah2 anak2 yang pada mereka kita tidak boleh persalahkan..semoga apa yang baik dpat kita kongsi dan apa y kurg dapat kite perbaiki
Jumaat, 13 Ogos 2010
Jumaat, 23 Julai 2010
nihhh sikap siapa?kitakah atau ???
salam persaudaraan dan persahabatan. terlebih dahulu saya paparkan gambar untuk untuk u all renungkan seketika. Renungan maksud saya bukan sekadar melihat tapi menilai dengan hati. Apa yang perlu dinilai?tepuk dada tanyalah hati.Tp awas!!!jangan tepuk kuat2 sakit nti u all y akan susah. Hermm sungguh memalukan malah tidak melampau kalau saya kata menjijikkan kerena sememangnya jijik. Apa yang akan u all kata kan setelah buat kali pertama melihat pemandangan yang mungkin permai bagi syaitan dan agak meloyakan bagi manusia normal? Bau,ulat malah tikus yang besar berlegar2 mcm anak2 remaja berlegar di komplek beli belah. EIIII,sungguh meloyakan..Sungguh tidak tergamak dan tibe2 merasa malu bile saya melihat pemandangan ini di Tanah Air saya. Saya ada seorang sahabat dari Korea Selatan,dalam perbualan kami sahabat saya ad pernah menyatakan hasrat hatinya untuk berkunjung ke malaysia kerana katanya Malaysia sebuah negara yang aman,damai sejahtera dan rakyatnya pula sangat baik,peramah dan pembersih. Teringat ungkapan sahabat saya ini tibe2 terasa malu. Kalau diperhatikan,sampah yang dibuang pada bukan tempatnya ini bukanlah samapah kering seperti kertas dan barang2 plastik malah,sisa2 makanan,dan paling menjijikkan Lampin pakai buang bayi ponn ada. Sikap jenis apa orang2 kita ini?? Sebuah negara yang di war2kan sebagai sebuah negara ISLAM dan AGAMA ISLAM mmg diiktiraf dan termaktub dalam perlembagaan sebagai agama Rasmi namun sikap seperti ini masih wujud. Haiwan ponn kalau diberi pilihab tentu tidak2 sekali2 haiwan membuang najis mereka merata. So cuba renungkan siapa yang lagi baik sebenarnya?manusia2 yang mempunyai pilihan inikah atau haiwan yang tiada pilihan? Islam sangat menegaskan soal kebersiahan kerana islam mengetahui bahawa betapan kesan dari kekotoran yang akan menyebabkan wabak dan sebagai. Kenapa orang kita suke dilabelkan sebagai " sudah terhjantuk baru nk tergadah". Aku die dan kamu.3 elemen yang memg tidak dapat dipisahakn. Contohnya kalau aku y buat kotor kamu dan die juga akan terkena wabak penyakit atau kamu yang buat kotor aku dan die tidak terlepas atau die yang buat kotor aku dan kamu yang akan terkena. SETUJUKAHHH?hermmm. Apa yang membuatkan saya lagi sedih kerena mereka2 ini bukan saja berkeperibadian pengotor malah zalim kerana tong samapah bukan tidak disediakan kan malah apa yang mereka dah buat..Cube u all tgk lg 1 gmbar nihh...persoaln timbul,d mana berlakunya? fuhh boleh dikatakan di seluruh nama tempat. Gambar td di sebuah daerah. Namun,ada juga yang berlaku di sebuah bandar terkemuka malah pulau peranginan ponn..Justeru,apa tanggungjawab kita??fikir2 kan lahhh..jom mengecam geng pengotor ini demi mase depan yang gemilang..Kita tak nak lagi dilabel sebagai sudah terhantuk.............malah kite gunekan "prevention is better thn cure" atau dalam bhs arabnya al wi qayah kahir minal ilajjj".. sekian perkongsian saya.. IGT KALAU KOTOR BAWA PENYAKIT KALAU SAKIT SIAPA YANG TANGGUNG??JANGAN LUPA AKU DIA DAN KAMU..
Khamis, 22 Julai 2010
ibukah dan anakkah aku?
Jumaat, 2 Julai 2010
Soalan yang ditinggalkan tanpa jawapan
Rabu, 9 Jun 2010
KHAIBAR2 YA YAHHUD JUNDU MUHAMMAD SAUFA YA'UD
Selasa, 1 Jun 2010
Salamm....
Gambar saya yang sebelah tuhh kt satu tempat yang menarik di Qatar. Alhamdulillah dengan rezeki yang ALLAH telah tetapkan kepada saya pada mei yang 2009 saya bersama 9orang lagi rakan2 berpeluang untuk menyertai satu program yang sangat istimewa bagi saya. Tapi saya tak nak cerita di sini sebabb nanti saya akan bercerita khass tentang prgram tersebut.
Yang saya nak cerita kt sini ialah berkenaan tempat yang saya duduk tuhhh..hehehehh,yang penting saya nak berkongsi kt sini sal adat2 ang sangat luar biasa di sini..setelah penat lelah menelaah kitab dan berdiskusi serta ber ape2 je lagi,tibela masenye hari sabtu yang dinanti2kan..fuhhh,nak berjalan2 lah kononnya.maklum la orang muda kt perantauan kan..jauh dengan family..ahaksss..so sperti y dancang..........
Di musim panas yang sangat2 panas,keluarlah 10 orang bdak melayu nihhh. Fuhh,kononya nak round2 bandar dan tempat yang menarik lah konon.Saya pon lupe jam brape kitaorang keluar dari hostel yang sangat mewah bagi penempatan pelajar2 universiti tp yang pasti pas ngappp tengah tengah hari dan solat zohor..wahhh,bab makan nihh malas citerr la beb,skali makan mmh sepatutnya boleh tahan sehari..Alamak cerita bab makan la pulak..huhuhuhuhu.Diringkaskan cerita tgu2 taxi punye pasal dah la panas tengah hari dan kebetulan lak musim panas..akhirnya dapat jua taxi..Amik taxi terus menuju ke Sebuah kawasan yang boleh dikatakan sangat tip top lah kt sana. Wahhh!!! cantinye kawasan nihh.mule2 turun taxi tuhhh la ayat ptama yang terpacur dari mulut..tengok kawan2 lain bukan main xcited lagi dorg tuhh nk jalan2. wahh bukan main seronak maklumlahh 1st time datang kan..tgk ape pon sume menarikk..kalau tuan2 nak tau dalam perjalanan tgh2 sembg dengan pemandu taxi dari Delhi katanya tibe2 die plak boleh tanya kite baru tibe dari philipine kerrr...wahhh,sedap betu soalan tuhhh..Memg ramai kt sane org philipina yang berkerja sebagai buruhhh..wah,sebut pasal buruh nihh orang Qatar nihh cukup memandang remehh..buktinya hnya kami yang tau..Ok kite teruskan cerita,dah sampai kt Cornaiche tuhh kami pownnn jalan2 lahhh..pantang nampak objek yang boleh diabadikan kenangan kt situ maka kt situlah kami bergambar..hahahahhaha.gambar punye gambar jalan punye jalan sampai lahh kt jeti..sume saling pandangg hahahahha..gua dah paham dah sume nak naik boat keliling teluk tuhhh..cantik beb wa cakap luu sambil2 tgk bngunan yang tinggi dan senibina yang mengagumkan. Tuhh gmbar kt atas tuhh gmbar 10 anak malaysia kt corniche..hahahahha.
Apa yang lawaknya pas enjoy naik boat nihhh ktaorg jalan teruss ke depann atau org arab salu cakap "ala tulll". jalan pnya jalan kononnya dari corniche nak g Suq Waqif..pas tuhh nampak lahhh polis yang blagak hensem dengan kaca mata hitamnye..tbe2 jerr halau kami dari tempat tuhhh,fuhhh dasyatt beb..pas tuhh kami kua la dri kawasan tuhhh jalan sikit je jpe lg polisss..mati akal kami..rupanya kt sana tempat2 mcm tempat2 rehat,mall,pasar2 hny untuk warganya sahaja dan juga adala pelancong2 mat sallehhh...buntu kami dibuatnyee. jalan sikit kena halau.macam tak ada bumi dahh kami nak pijak..sampai lahhh kepenatan dan duduk sekejap kt tepi sebuah taman..baru nk tgkap gmbar tibe2 bnyi lagikk wisel...fuhhh sakitnye atiii..ni lah pengalaman yang tak dapat dilupakan..betullah org2 tua cakap ujan emas kt negeri orang pon bagus lagi hujan batu kt negeri sendiri..sebenarnya kami ponn xtahu knp polis2 nihh halau kami dari masuk kawasan2 tuhhh..pk pny pk adalah satu akal..org arab nihh dorg suke org malaysia,katanya org malaysia nihh baik hati dan kaya..hahahahhahahaha..maka timbullah satu idea kali nihh kalau jpe polis kite tunjuk pasport..cakap kite pelncong dari malaysia..fuhhh lepas tuhh jalan2 tak kelihatan pulak polis nihh tibe lahh satu tempat depan kandang kuda yang cntik2..katanya itu kandang kuda org kaya2 yang tesangat kaya. bunyi lagi wisel lantas kami bersepuluh pownn berjalan dengan megahnya menuju poliss ituu dan menunjukkan pasport kamii...wah,bukan main hormat lagii dieee smapaikan nak bergambar sekali dengan kami..fuhhh..hahahahahahahha lastly sampai juga kami kt suq waqif. So the moral of story yang saya nk gtau nihh org sana kaya2 dan memandang remeh org bawahan dan buruh2 asing..yang bagusnya tgk betapa usaha kerajaan dorg nk jaga rakyat dorg..Renung2kanlah mcm mne kt klcc n CM d hujung mggu..
Hargailah
Hehehe alhadulillah syukur dipanjatkan pertama dan selamanya ke hadrat Tuhan Rabb sekelian alam.Eh,dalam kita tak sedar rupanya terlampau2 banyak sangat nikmat yang telah dipinjamkan olehNya kepada kita...Tp dek kelekaan dan ketidakpekaan kita,kite sering saja terlepas pandang..walhal benda tuhh depan mata je malah bukan depan mata mata tuhh sendiri pownnn adalah nikmat yang sangat berharga..Ada satu kisah di masa dulu, ada seorang miskin yang hidupnya selalu melarat. bak kata pepatah melayu " kais pagi makan pagi kais petang makan petang " tetapi pepatah saya kais pagi makan roti kais petang makan maggi dan kadang2 kais tak dapat makn pownn lagi... HUHUHUHU. iTulah lah ibarat yang dapat saya singkapkan untuk menggambarkan betapa kehidupan si miskin tadi.owhh ya,leka dengan pepatah hampir lupa saya tentang crita org miskin td. Macam nihh ceritanya suatu hari si miskin ini pergi berjumpa dengan seorang alim. Die mengadu kepada alim tersebut tentang perihal hidupnya. Lantas si Alim tuh dengan selamaba berkata engkau adalah manusia yang kaya..mendengar kata2 alim ituhh si miskin pownn ketawa.."macam mana tuan boleh katakan yang saya seorang yang kaya?",tanya si miskin sambil ternganga..hehehhehehehe..mcm kita juga la kalau kite terkejut mst nganga punya laaa..lantas si alim ponn dengan selamba menjawab dengan lontaran soalan. "kamu ada mata.hendakkah menjual mata mu itu kepada ku dengan harga 100k?100k tuhh mknanya 100ribu lahh.tp tak pasti lah pulak 100ribu ringgit ke apa hehehhe..pas tuh si alim nihh tnya lgi sal kaki..nk beli kaki si miskin dengan hrga 100k juga..hermm diringkaskan cerita selepas habis perbualan si miskin dan si alim tuh si alim pon berkata sekarang kalau menjual hanya dua benda sahaja engkau sudah memperoleh 200k..jadi engkau masih nak mengadu tentang kemiskinan mu lagi?? lantas si miskin pon berlalu dengan seribu pengharapan dan semngat baru..Bile saya terbaca kisah ini hati sAya tertanya2 kenapa agaknye mata dan kaki?oooo pas tuhh bru sy dapat bt andain kalau tanpa mata seseorang tak akan dapat melihat dan tnpa kaki seseorang tak akan dapat berjalan dengan sempurna. dan kedua nimmat ini adalah elemen yang memudahkan seseorang bergerak mencari rezeki..huhuhuhuhu.Itu baru dua nikmat yang kadang2 kite terlupa untuk disyukuri. Dan sebenarnya banyakkkkkkkk lagiiiiiiii..semoga perkongsian kali ini membawa kite untuk meneliti dan mensyukuri nimat2 ALLAH..semoga berjumpa lagi...
Ahad, 30 Mei 2010
minggu peperiksaan
Sebut saja minggu peperiksaan semua orang akan terasa debaran yang hangat yang kadang menghentap lamunan panjang bak ditimpa kelapa nun jauh dari atas pokok. Tak kira siapa.Ada orang ckap murid je yang berdebar gilerr tp tuh dulu jela. Sekarang nihh guru yang lebih2 debarannye dek desakan2 yang menuntut. Kalau murid gagal atau pencpaian tidak membanggakan guru juga yang dipersalahkan. Tapi kalau keputusan yang dicapai sungguh cemerlang wah alasan murid yang sangat pandai sering kedengaran. Betul tak??.Hehehe.. Pernahkan anda kedengaran dialog nihh
" anak cik kiah tuhh dapat 9A PMR, pandai betullah anak die" kata cik munah kepada cik melah..hehehehehe..( jangan marah kalau nama anda pownnn cik kiah dan cik melah)
Haa,inilah dialog2 y salu didengari. satu lagih sebelum tlupa. " ishh,anak aku tak lulus lahh matematik ujian tengah tahun ari tuhh,teruk betul cikgu yang ngaja. aku xtau apa la yang cikgu buat kat skolah tuhhh", cakap encik seman kepada encik ramli di warong pak ngah leklok.
Hermm,cikgu ohh cikgu banyak betul dugaan dan cabarab yang terpaksa cikgu lalui..Kesian cikgu. Saya tahu cikgu penat. Penat cikgu jarang dihargai malah selalu dimaki. Tak cukup dengan tu kereta cikgu dicalar habis plak duit gaji cikgu yang tak seberapa bulan nihh cover nak cat kete. Baru je nak beli baju baru kena plak bdjet duit nk tukar tingkap blakang umah sbb kna baling dengan batu dek insan yang tidak pernah pandai berterima kasihh..Sangat kesian.. HAHHHH,sape kata keje ciokgu senang??hahahahahha.
Kalau tuan2 nk tau budak2 skola zaman sekarang nihh sangat boleh tahan..Lau yang bagus dan rajin ALHAMDULILLAH doa semoga jadi ahli syurga.. Tapi kalau yang .............. tuhhhhh MASYAALLAH malas la saya hurai. Banyak perbincangan samada forum ataupun di dada2 akhbar di mana puncan dan apakah faktor kepincangan yang berlaku nihhh?????hermmm tp apa keputusanya??????
ok la.berbalik pada cerita yang saya nak sampaikan sebenarnya..bukan crita org lain crita bdk2 malayu kita juga lahhh..entah2 crita ni ada kaitan dengan anak tuan2 ponnn xtahu..hehehehehe..
Kegagalan dan kejayaan..APAKAH IA?DI MANAKAH?BAGAIMANAKAH?BILAKAH?
macam2 soalan timbul..di sebuah sekolah berasrama,fuhhhhhh malamnye bdk2 nihhh kna prepppppppppp kononnya lahhh..herm rupenye banyak yang hampehhh..sembang.tido bangun sembang lagikkk..apa nak jadi???bile gagal cikgu juga yang salah. tak cukup dengan tuhh lagi dasyattt hari peperiksaan nihhhh tgh2 kawab soalan boleh lagi dorg membutaaaa..ishh ishhh isshhh,burung merpati ponn dah bangun tau on dat time..hahahahaha..haaaa,knp saya sebut burung merpati?hahahahaha..cube teka...jeng ..... jeng.... jenggggggg.haaaaaa sbbnye menurut cerita orang tua2 burung merpati nihhh malass..asyik bangun lewat jerrrr..dah la makan ponn org taburrr..apa la nak jadikk kan..Hahahahahaha..Lagi lawak kalau tuan2 nak tau,yang tidorrr tuhh sya tangkap gmbar dlu sebelum kejutt..ada yang pas saya kejut tuhhh bangun2 amik coki2 buka dan makannnnn coki2..wahhhhhhh lemaknyerrrr dorgggggggggg..hahahahahaha.hermmm,tuh la sedikit sebanyak crita sal anak2 kite..semoga penulisan nihh menjadi wadah perkongsian yang indah buat kiteerrr..salam