Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan, di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya. ~Riwayat Bukhari dan Muslim~
Khamis, 14 Oktober 2010
salam
Lama rasanya tak bersua,rindu untuk mencoret idea dan berkongsi secalit pengalaman dgn teman2 membuak2 namun apakan daya,kekangan masa dan tanggjwb y wajib dilaksanakan. Ini coretan pertama bulan Okt,HERMM,nak kongsi satu pengalaman. Pertengahan sept lepas,saya berpeluang menghadiri satu seminar di sebuah hotel di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang sangat dicintai ni. Seminar berkisar ekonomi,kemiskinan dan kekayaan org2 kita. Penceramah pertama naik ke pentas,seorang wanita yang mungkin awal 40an. Bekas guru itu yang sudah meninggalkan kerjaya pendidik dan menceburi satu perniagaan. Beliau begitu tergugat apabila setiap kali berhenti di lampu isyarat,di kiri kanan kereta beliau semua kereta mewah sedangkan beliau hanya berkereta proton iswara. Beliau cube berkongsi sebuah pengalaman yang sangat menarik sewaktu beliau berkhidmat di sebuah daerah yang agak popular di semenanjung. Terdapat sebuah keluarga yang mempunyai anak2 y belajar di tempat beliau berkhidmat,3 orang anak nelayan yang salu beliau perhatikan ini sering salah seorang dari mereka bertiga tidak hadir ke sekolah secara bergilir2. Namun,setelah sekian lama memerhati hati kecilnya terdetik untuk mengekori murid tersebut pulang ke rumah. Setelah sampai di sebuang pondok yang agak usang,beliau mendapati pondok usang itu adalah rumah 3 murid tersebut. Ayah mereka seorang nelayan manakala ibunya seorang suri rumah sepenuh masa menjaga anak2 yang masih kecil tatkala suami keluar ke laut. Setelah berdiri di depan pondok usang itu,beliau terus mendapatkan ibu murid tersebut dan cuba untuk mengadu hal sebenar dan belum sempat lagi si ibu tersebut telah menjelaskan bahawa di rumahnya cuma ada dua pasang kasut sekolah sedangkan anaknya yang bersekolah seramai 3orang. Anak2 akan berkongsi kasut yang dua pasang itu,setiap hari seorang mesti tidak dapat hadir. Beliau cube menjelaskan bahawa anak2 itu memg pintar dan boleh maju sekiranya memberi tumpuan yang sepenuhnya namun,tidak sempat lagi si ibu menyapa,"tak apa lah cikgu,arwah atok mereka nelayan,ayah mereka juga nelayan dan mereka juga akan jd nelayan", tergamam beliau dan terus diam.
Ini kisah benar yang beliau sempat kongsi bersama tentang kemiskinan orang kita,namun apa yang cuba saya smpaikan bahwa,kemiskinan yang terjadi itu adalah satu warisan. KENAPA?jawapannya kalian boleh mentafsir,kegagalan dan kemiskinan yang berlaku dalam minda manusia menyebabkan keadaan sebegini dan manusia yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu yang lebih baik terkubur. Apa yang cube saya kongsikan ini bukanlah untuk mengatakan kekayaan adalah segala2nya namun,saya cuma ingin menjelaskan betapa kuasa minda akan memberi impak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan