Selasa, 23 Ogos 2011

Wakaf Di Tepi Kubur Itu.

Salam ramadhan. Sedar atau tidak kita sudah pun berada di penghujung ramadhan al mubarak. Insan Kerdil pun macam terkejut terasa begitu cepat ramadhan tahun ini. Dirasakan baru saja bermula ianya sudah ingin melabuhkan tirainya. Beberapa bulan yang lalu. Bulan ke dua insan kerdil di bumi Penang ini,ALLAH yang Maha Kaya telah memberi peluang untuk insan kerdil melihat bagaimana kehidupan seseorang yang sangat menyedihkan dan sayu membaluti hati. Sekali pandang memang sangat gerun untuk di dekati kerana hanya dapat merebahkan badan berehat di wakaf di tepi kubur,sinaran cahaya yang agak samar2 hasil percikkan sebatang lampu jalan yang agak jauh dari situ,rambutnya yang tidak tersikat rapi membuatkan orang terfikir-fikir apakah dia seorang yang tidak siuman,penagih dadah atau sebagainya. Namun,tanggapan begitu hanyalah untuk manusia yang berfikir atau menilai tidak melebihi ruang lingkup manusiawi hakiki. Secara kebetulan insan kerdil bersama sahabat melalui jalan tersebut,dengan perasaan yang agak berbaur ini insan kerdil menarik tangan sahabat untuk gagah bersama. Hasil nekad itu,setelah hampir 20 minit bersembang baru kami mengetahui bahawa dia adalah manusia normal yang terpaksa menjalani kehidupan tidak normal seusianya itu. Kami pun meninggalkan dia dan berlalu begitu sahaja. Selang beberapa hari insan kerdil menjengah lagi kawasan tepian kubur itu,saat angin meniup lembut,sejuk mula terasa,sebungkus nasi dihulur dan disambut gembira. Lantas berlalu begitu. Alhamdulillah,bulan ramdhan kali ini ALLAH mencampakkan ke dalam hati insan kerdil dan sahabat untuk lebih meneliti tentang sebuah kehidupan. Diiringi angin bertiup lembut kami gagahkan diri melangkah melewati tepian kubur itu. Jengukan pada malam itu menjadi lebih bermakna kerana kehadiran sahabat baru En Khushaimin dan Pn Nur Analiza. Insan Kerdil dan En Sabri sudah dapat menerka situasi di sana. Namun bagi mereka berdua agak janggal untuk berjalan di tepi kubur dengan cahaya kuning2 samar. Salam diberi disambut mesra. Kak Laila menyambut salam Pn Nur dengan begitu teruja. Seusai sahaja berborak,kami bergegas meninggalkan tempat itu dan membuat perancangan seterusnya. Memandangkan kami melihat bagaimana Kak Laila tidur di tempat yang tidak berdinding itu,hanya beralas sekeping kotak sahaja. Hati kami cukup tersentuh dan dalam benak saya apa maknya kebahagiaan yang saya bina andai ada saudara saya yang masih lagi derita,hidup dalam kesusahan dan kesempitan seperti kak Laila. Pergerakan seterusnya kami sertakan bersama sedikit sumbangan untuk menghiburkan hati Kak Laila. Kelihatan Kak Laila begitu seronok menerima bungkusan yang di dalamnya ada baju kurung untuk dijadikan pakaian hari raya. Tilam yang kami hulurkan juga disambut girang. Namun,apa sering bermain di minda kami selamat dan selesakah seorang wanita yang berumur 57tahun itu tinggal di tempat terbuka,mungkinkah ada sesuatu yang tidak pernah di ingini terjadi. Lantas Pn Nur tidak lokek untuk mempelawa Kak Laila tinggal bersamanya namun kami buntu apabila Kak Laila menolak. Jelas dari raut wajahnya bagi saya Kak Laila adalah manusia yang paling bahagia walaupun penderitaan dan kesusahan yang membelit batang tubuhnya hanya ALLAH yang Tahu.
Penulisan ini hanyalah untuk berkongsi pengalaman yang kami telah lalui. Tidak semua manusia itu bernasib baik tetapi nasib bukan lah satu ketentuan yang hanya perlu diterima bulat-bulat.

Isnin, 15 Ogos 2011

Kau Buatku Hiba

Salam Ramadhan Al-Kareem. Bulan yang penuh dengan barakah. Namun sayang,berapa ramai antara kita yang betul2 merebut peluang untuk menabung dan melabur dalam bursa yang sangat tinggi nilai faedahnya. Saya sendiri pun kadang2 seolah-olah terlupa bahawa bulan yang saya lalui ini adalah bulan ramadhan. Sangat menyedihkan. Semalan sempat mencuri ruang untuk membelek-belek warkah harian yang Sungguh sayu hati ini apabila menyaksikan gambar-gambar insan yang seaga denganku membeli dan menyantap juadah pada siang hari. Bukan sahaja tidak menunaikan rukun islam yang ke tiga malah bersahaja makan dan minum serta ada yang merokok di khalayak. Beberapa hari sebelum ini,sementara menunggu waktu berbuka yang masih jauh,saya mengambil peluang untuk memncuci kereta di pusat cuci automatik. Seperti selalu selepas kereta keluar dari mesin kereta akan di lap oleh pekerja secara manual kerana setakat ini masih belum ada mesin lap kereta automatik. Sedang pekerja tersebut lap kereta saya,saya sempat mengajukan beberapa soalan kepadanya. Mungkin style saya yang agak bersahaja dan simple membuatkan perbualan kami seperti perbualan sahabat yang sudah lama kenal. Datang dari sebuah negara yang miskin berkerja dari pagi higga malam dan dibayar hanya beberapa ratus sahaja bagi saya sangat tidak masuk akal. Apa pun itu rezekinya bisik hati kecil saya. Namun,sebelum saya beredar dari situ soalan terakhir saya berkaitan puasa tetapi jawapan yang saya terima sangat menyedihkan. "Saya tidak puasa".

Ahad, 7 Ogos 2011

Perbuatan Baik Tetapi Objektif Tidak Tercapai

Assalamualaikum dan salam ramadhan al kareem. Insan Kerdil mendoakan agar sahabat-sahabat pena sekalian berada dalam keadaan yang baik,sihat dan paling penting sentiasa berada bersama rahmat dan petunjuk dari Ilahi Tuhan yang Maha Pengasihani. Macam mana puasa kita semua?harap-harap berada pada tahap yang sangat cemerlang. Bila sebut saja ramadhan,sudah sinonim dengan bulan yang penuh keberkatan ini ialah solat tarawikh di malamnya. Pada setiap malam ramadhan lebih-lebih lagi di awal ramdhan,masjid atau surau menjadi begitu meriah sekali,manakan tidak boleh dikatakan semua generasi memenuhi ruang di situ dari yang kanak-kanak hinggalah yang deawa datang bertongkat atau berpimpin. Bila sebut pasal solat sunat tarawikh ini,saya teringat pesan guru saya. Jangan gopoh ketika menunaikan solat tarawikh dan beliau sering berpesan agar jangan memilih masjid yang paling cepat siap solatnya. Menurutnya maksud asal tarawikh tarawikh adalah dari bahasa arab yang bermaksud rehat. Saya tertanya-tanya apakah kaitan solat tarawikh dengan rehat padahal solat tarawikh penat dan bukan untuk berehat. Telahan saya semasa saya boleh dikatakan budak-budak lagi. Katanya lagi,solat tarawikh perlu dihayati baru badan kita akan rasa segar,sihat dan bertenaga. Kata-kata guru saya itu senentiasa bermain diruang lega gegendang telinga saya setiap kali menjelang ramadhan. Setahun yang lepas saya ada mengikuti diskusi ilmiah tentang keistimewaan solat dari perspektif sains. Menurut pembahas,kajian yang telah beliau jalankan membuktikan bahawa dalam badan manusia adanya cas-cas positif dan negatif. Cas-cas ini akan menjadi tidak stabil dan membuatkan badan kita menjadi penat. Untuk menstabilkan kembali cas-cas kita seorang manusia perlu bertukar-tukar cas dengan manusia yang lain. Pada masa itu baru saya dapat mengaitkan kata-kata guru saya antara solat tarawaikh dan rehat. Sekiranya solat tarawikh dilakukan secara betul dan penuh tamakninah maka objektif unt7uk merehatkan badan dan minda pasti akan tercapai. Malangnya,di tempat kita pada hari ini para imam atau karyah seolah-olah berlumba-lumba untuk menghabiskan awal. Seolah menjadi satu kebanggaan jika masjid mereka dapat menghabiskan soalat tarawikh lebih awal. Sangat menyedihkan apabila bacaan yang dibaca oleh imam begitu laju tanpa sempat dihayati alunan maksud-maksudnya. Lagi meneyedoihkan apabila terlalu cepat bacaan imam membuatkan susuan ayat-ayat itu menjadi kelam kabut dan sangat tidak sedap telinga medengar. Begitu juga dengan selawat. Masyarakat kita seakan lupa dengan ayat yang meneyeru agar tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan nabi. Tatkala salam diberi maka akan bergema laungan selawat. Bukan tidak bagus bersemangat tetapi semangat itu perlu dialunkan bersama setidak-tidaknya secebis penghayatan. Bukan laungan yang membabi buta sambil diring gelak tawa.

Isnin, 1 Ogos 2011

Nasib Engkau Insan Bernama Lelaki

Salam.salam ramadhan diucapkan kepada semua sahabat sandai,ikhwan dan akhawat yang tidak jemu membaca malah sudi menyelitkan buah pandangan yang sangat insan kerdil dahagakan. Begitu lama rasanya tidak memuntahkan kalimah-kalimah perkongsian diruangan ini. Alhamdulillah,tanggal 2Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini dapat insan kerdil mencuri sedikit ruang dicelah-celah kesibukan dengan SAPS. Hermm,kali ini rasanya lebih tertarik untuk mengisi ruang kalimah ini dengan tpok cinta,kasih sayang dan bahana sebuah perpisahan. Rasanya masa yang ada ini tidak sempat untuk insan kerdil mencoretkan semuanya tetapi apa yang baik semoga ianya dijadikan panduan dan apa yang buruk dijadikan pedoman. Berbalik kepada topik yang agak tersirat sebenarnya insan kerdil cuba untuk mengetengahkan satu perkara yang sudah sinonim dengan kehidupan seorang manusia. Tidak ada seorang pon manusia yang normal inginkan sebuah perpisahan menjadi perhiasan akhir kepada sebuah perhubungan yang sekian lama dibina. Apatah lagi insan yang disayangi itu dijaga ibarat menatang minyak yang penuh. Terik mentarinya berbumbung,hujan basahnya berpayung malah terkadang seeokor nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap ke wajah orang yang disayang itu. Namun,disebalik ketenangan air di kali ada ketikanya berkocak jua. Apa yang menjadi persoalan kini kenapa setiap kali berlakunya perpisan kaum adam akan menjadi mangsa tudingan jari?kawan-kawan malah ahli keluarga. Insan kerdil bukian menulis untuk membela kaum lelaki tetapi ingin membawa kita semua agar celik mata. Penulisan ini tidak ada kena mengena samada dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia,ianya merupakan ilham hasil perkongsian dan cerita yang benar-benar berlaku. Kenapa setelah berlaku perpisan wanita seolah-olah mengaaggap lelaki tidak pernah mempunyai hati? Dilemparkannya kata-kata yang sangat menghancurkan hati dan perasaan lelaki. Kecewa,terkilan semuanya dibukukan di dalam hati. Jauh di sudurt hati seorang lelaki untuk ditinggalkan apatah lagi meninggalkan namun,hanya satu yang kaum hawa perlu tahu bahawa lelaki mulutnya di hati manakala peremnpuan hatinya di mulut. Kita merancang,ALLAH jua merancang namun sebaik2 perancang adalah DIA YANG MAHA ESA yang diselitkan bersama asbab dan asbab itu bukan alasan untuk menghukum sesama insan apatah lagi dijadikan alasan untuk membenci dan bermusuh. Sekian,wassalam..