Selasa, 22 Februari 2011

Menantukah dia?

Salam. Sudah agak lama rasanya insan kerdil tidak mencoretkan secalit tinta untuk dikongsi bersama sahabat2 sekelian. Maklum sajalah,kesibukan dengan tuntutan kerja yang berlambak2 samada secara rasmi,formal mahupun tugas secara tidak langsung. Namun,malam ini insan kerdil cuba mencuri sedikit ruang yang dianugerahkan untuk mencalit sedikit perkongsian dalam bentuk cerita. Diringkaskan cerita,begini. Di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri bersama seorang anak perempuan yang baik paras rupa.Pendek kata,mana2 lelaki yang pandang mesti cayaq punya kata orang utara. Dikisahkan bahawa anak perempuan pasangan itu meningkat remaja dan pasangan tersebut mula memikirkan tentang perihal jodoh anak tunggal mereka itu. Boleh dikatakan hampir setiap masa mereka akan memikirkan anak teruna siapakah yang akan mereka menantukan. Si suami menjengah ke tingkap secara kebutulan melihat sebuah kereta mewah meluncur laju dalam kesunyian,maka terlintas di benaknya untuk mencari menantu yang sebegitu. Lalu,berusahalah mereka berdua untuk mencari jejaka yang berekereta mewah. Dengan izin ALLAH mereka pon berjumpa dengan lelaki yang mempunyai kereta mewah. Namun,terlintas di benak mereka,bagaimana dengan keadaan agama anak muda yang ingin dijadikan menantunya itu. Namun,kebimbangannya pada hal itu kian hari kian pudar dek kerana hari2 menatap sebuah kereta mewah. Lalu,tibalah masanya,seusai sahaja ijab dan kabul maka pasangan suami isteri ini pon bermegahlah bahwa mereka bermenantukan lelaki kaya berkereta mewah. Ditakdirkan,suatu hari si mentua yang sedang membangga2kan menantunya ini pergi ke kedai kopi untuk minum,nak dijadikan cerita,dia melihat sebuah kereta yang lagi mewah tersegam di depan kedai kopi. Lalu dia pon duduk dan tidak semena2 seorang lelaki menghampiri dia dan bertanya "pak cik kenal tak.....blah2...yang dimaksudkan oleh orang itu ialah menantunya. Rupa2nya si menantu itu hanya seorang pemandu. Maka baliklah dia ke rumah menengking2 menantunya itu,maka dengan tiba2 dia diserang penyakit jantung lalu rebah dan tidak sedarkan diri. Pada ketika itu si menantu berada di bilik,maka si mentua perempuan terus menjerit memanggil menantunya dengan harapan menantunya itu pandai mengajar suaminya yang tidak sedar itu mengucap."cepat man ajar ayah kau mengucap,dia dah xsedar ape2 tu.cepat nakk" pinta si mentua perempuan. Maka,si menantu pon menjawan,"sekejap ye mak,saya nk ke dapur berwudhu'",jawab menantu sambil tersenyum. Maka dalam hati si mentua ini beruntung sungguh aku,dah la kaya,kereta besar alim pulak tuhh.Tiba2 si menantu pon datang dengan membawa segelas air yang kononnya sudah dibaca ayat jampi. Lantas sekali lagi si mentua meninta menantunya itu mengajar suaminya mengucap maka,pada masa itu,si menantu pun dengan tenang mengangkat kepala si mentua yang tidak sedarkan diri itu dan di letakkan di paha nya. "ajar mengucap ye mak?"tanya si menantu. Si mentua hanya mengangguk. Maka,si menantu pun mula memandang jauh ke wajah mentuanya itu sambil memanggil "ayah,mengucap yah,ikut saya", kemeduan si menantu pon melafazkan "MA RABBUKA?","OK mak,saya dah ajar ayah mengucap. Maka,pada masa masa juga si mentua perempuan pula pengsan. Jadi,si menantu sambil tersenyum berkata kepada isterinya"ok dah,semua harta dah jd milik kita".

Ahad, 13 Februari 2011

Bermulalah

Kata orang,bg semua makhluk setiap permulaan ada pengakhiran namun,sy pula mengatakan bahawa setiap pengakhiran mesti ada permulaan.Adakah ia dua perkara yang serupa atau yang sama?. Apa pun,ianya berkisar tentang sebuah kehidupan. Sebelum kita dewasa kita bermula dengan tidak dewasa dan apabila kita kanak2 kelak kita akan dewasa. Ape pun bentuk pernyataan,ianya hanyalah perkara kecil dan yang penting,langkah kaki mesti diteruskan dan terus ke hadapan. Pon begitu,tolehlah ke belakang sejenak untuk melangkah terus jauh ke hadapan namun awas!!, JANGAN sesekali bertapak di belakang walaupun bertandang buat seketika.