Ahad, 26 Jun 2011

Peperiksaan OHH Peperiksaan

Dewasa ini,salah laku atau lebih mudah lagi andai disebut kebiadaban tingkah laku yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Hal ini semakin hari semakin menjadi topik utama perbincangan.forum dan tidak asing juga ianya menjadi bahan polemik di kedai-kedai kopi. Tidak kira di kampung,pekan atau di bandar,fenomena seperti ini sudah ibarat alah bisa tegal biasa. Kalau dahulu agak janggal jika terpandang kelibat anak gadis merokok di khalayak awam namun kini sudah menjadi "trend". Persoalannya,di manakah bermulanya semua ini?.Masyarakat hanya tahu bersoal salah engkau dan salah dia. Habis,sampai bila masalah dan penyakit sosial ini akan berakhir atau kita hanya terus menunggu sampai bila ia akan berlarutan? Bila ditanya kepada pelajar,apa tujuan mereka datang ke sekolah?terus mereka menjawan ibu bapa yang menghantar kami ke sini.Pon begitu ada juga setitis garam di lautan menjawab untuk menjadi manusia yang berilmu dan berguna pada masa akan datang. Nak amik periksa dan "score" baik punya. Lantas hati saya bertanya,bagaimana pula yang lemah dan pencapaian mereka tidak begitu memberansangkan? Lamunan lama ini telah menjawab perosalan yang kesekian lama terbuku dan berlegar2 di ruang minda saya. Apabila pendidikan yang dibanggakan,apabila ilmu yang disalurkan itu hanya berorientasikan peperiksaan semata-semata maka akan gagal lah fungsi sekolah sebenar. Sekolah,di sana tersemat harapan dan impian,di sana terhampar masa depan yang gemilang,di sana terbangunnya tunjang-tunjang akhlak dan aqal insani. Peperiksaan yang pada asasnya satu persepsi yang positif namun,pernahkan kita menilai kesan dari peperiksaan itu. Bukan saya mengatakan peperiksaan itu sesuatu yang tidak penting tetapi jaganlah terlalu menghukum kebodohan dan kecerdikan "mereka" berdasarkan peperiksaan. Ianya sangat bagus untuk menilai keupayaan tetapi jangan jadikan ia sebagai medium penghukum. Seorang pelajar yang agak lemah,begitu sukar untuk mengikuti proses pengajaran dengan baik apatah lagi pembelajaran berpusatkan diri sendiri. Setiap kali selepas keputusan peperiksaan atau markah di paparkan,guru akan mengatkan kepada pelajar terbabit anda lemah atau anda masih lemah dalam subjek itu dan ini. Hukuman pertama pun sudah bermula,guru menghukum. Kemudian kata guru terbabit terngiang2 di telinga pelajar dan bermulalah mereka menilai akan diri sendiri dan lama kelamaan pelajar tersebut pon akan akur "ya.memamng aku lemah","ya.memang aku tak pandai","aku memang tidak pandai,belajar macam mana sekalipun aku tetap lemah". Di sini mula terbentuk kegagalan yang berlangsung di minda. Kegagalan yang berlangsung di minda ini akan terus mengalir ibarat sungai tidak tidak akan pernah kering. "HA HA HA,budak lemah",kegagalan yang diisbatkan oleh rakan dan apabila kad kemajuan diserahkan ibu bapa pula akan mengatakan "anda lemah". Justeru,dikaitkan dengan kata2 itu sebagai doa,maka proses yang berlangsung ini akan memusnahkan dan membunuh masa depan seorang manusia. Bermakna,apa erti sesebuah peperiksaan bagi mereka?

Khamis, 16 Jun 2011

Tanahmu Tanah Airku

Bismillah,dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Di sini bukanlah Insan Kerdil cuba menunjuk "HERO" atau nk "BUAT PANDAI" untuk bercoret tentang perihal bangsanya penduduk asal sebuah negeri menang sorak kampung tergadai. Namun.tersemat dilubuk hati untuk sama-sama bangkit menebus maruah yang zahirnya dipuja puji tetapi sebaliknya sudah sekian lama menjadi barang perklekehan dan alat sorak tawa. Dahulunya yang ada di negeri kita ini semuanya bermata bulat dan berkulit kekuningan matang. Semua yang ada di negeri kita ini hak milik kita bersama,tanpa dikongsi dengan mereka yang bukan bermata bulat dan berkulit lain. Namun,kehadiran mereka dek kealpaan kita yang bersenang-senangan walau hanya bersarapan ubi dan kelapa parut digaul gula halus,selepas itu tembakau diheret halus dan digulung bersama daun nipah itu,sambil bergelak ketawa dalam kepulan asap lantas menghirup secawan teh segar. Rutin-rutin sebegini dilalui dengan lega sekali tanpa ada keraguan kepada kegiyahan cucu cicit suatu hari nanti. Setelah beberapa bulan saya berada dipulau nan indah ini,tiupan angin lautnya seringkali mendamaikan jiwa saya merasa terkilan kerana penduduk yang bermata bulat dan berkulit kekuningan itu hanya tinggal di rumah merpati. Sedang sangkar ditanah begitu mewah dan sangat selesa. Apa sudah jadi?Bukankan ini tanah airmu?kenapa engkau seolah-olah terasing di bumi sendiri. Sewaktu beriktikaf seketika menanti alunan azan isya',seorang pak cik yang agak berumur datang menjengah ku dan cuba menceritakan sesuatu kepada ku. Pak cik yang agak tua itu memulakan dengan kata-kata
"macam ni la orang kita di sini cikgu",seusai sahaja kata itu dilafazkan insan kerdil sudah mengerti. Cuma mencari akar permasalahan. Lant