Khamis, 25 November 2010

Guru dan Murid


Sekilas pandang title tuhh mcm ada sesuatu yang tersirat. Guru dan Murid bukanlah seperti aur dgn tebing dan isi dengan kuku tetapi guru dan murid adalah seperti akar dan pokok.Kalau isi dengan kuku ada juga isinya elok tetapi kukunya rosak. kalau akar dengan pokok,cuba kita lihat tidak ada satu pokok pon yang sihat tanpa akar yang sihat dan jika pokok itu sihat sudah tentu akarnya sangat sihat. Bila saya jelaskan begitu,anda pasti dapat mengerti maksud tersirat di sebalik falsafah ringkas itu. Di sini ingin dikongsikan satu cerita benar. Pada suatu hari saya terdengar satu perkataan yang tidak sepatutnya dituturkan oleh budak itu. Lantas saya dengan sendirinya menarik tangan budak itu dan bertanya apa yang telah dia sebut sebentar tadi. Lantas dia menjawab dia hanya sekadar menyebut sahaja dan tidak mempunyai apa2 maksud. Saya mengerutkan dahi sambil bertanya lagi,mana dia tahu n belajar perkataan sedemikian,dengan selamba dia menjawab bahawa dia pernah terdengar gurunya melontarkan perkataan tersebut. Demikianlah sebuah cerita ringkas namun bagi saya ianya sangat membuktikan keruntuhan nilai yang sedang melanda. Teringat kepada satu pepatah "kalau guru kencing berdiri murid pasti kencing berlari" dan apabila saya menyampaikan pepatah ini saya sering menambah "murid kencing berlari sambil menyanyi". Semoga perkongsian hamba yang lemah ini menjadi iktibar buat kita semua.