Sabtu, 26 Mac 2011

Perbezaan kau dan aku

Memang tidak dapat dinafikan,setiap detik ada sahaja perubahan yang berlaku kepada dunia ini. Cerdik pandai ada menyatakan bahawa tidak ada sesuatu yang kekal di dunia ini kecuali perubahan sahaja yang kekal dan tetap terus berlaku. Yang selainnya sentiasa berubah. Kata-kata cerdik pandai ini cukup mengingatkan aku kepada sebuah memori silam. Walaupun sekian lama ia berlalu namun di mindaku seolah2 baru semalam aku meninggalknnya. Di sekolah itu aku diasah,diasuh,dididik,diajar,dibentuk agar kujur badanku ini menjadi manusia. Di satu blok bangunan,di dalamnya ada beberapa katil bertingkat,tilam lama yang dialas cadar. Sebuah meja buruk yang bergoyang dan sebiji kerusi plastik di tepi tingkap yang bertutup zink nipis. Kadang malam angin bertiup,mendinginkan lagi suasana mimpi. Di situlah aku dan kawan melelapkan mata,merebahkan badan berehat dan di situlah markaz persiapan ke medan. Setiap pagi hanya dengar pukulan rotan ke kepala katil besi,bising yang amat. Itulah kerja seorang manusia yang tidak pernah jemu membangkitkan manusia dari alam mimpi agar bangkit mengingati ALLAH. Sesekali terlepas solat subuh berjemaah,di denda mencium pokok pinang nan sebatang dan kerap juga rotan itu hinggap di betis. Seusai sahaja menadah tangan,masing2 mencari "selipar jepun" yang sudah siap ditanda dengan tandaan tertentu sebagai lambang hak peribadi. Pun begitu,yang hilang tetap berganti. Berjalan berlumba ke dewan makan berbangku kayu,berebut bersama untuk mendapatkan makanan. Adakalanya hanya sekeping roti yang disapu kaya. AHHHH,terus memusingkan muka. Itulah aspuraku. Sebuah teratak daif yang telah melahirkan mutiara yang bersinar. Jika dibandingkan dengan engkau kini,jauh engkau lebih selesa dariku dahulu,asramamu kini,tidak sedaif aspuraku itu. Namun,mengapa engkau begitu sukar bersyukur dan mengerti. Keselesaanmu itu membuatkan engkau semakin sombong dan lupa diri. Selepas bersarapan kecoh pula di dalam dorm. bertukar2 bedak dan minyak wangi. Kadangkala stokinku stokinmu jua. Hanya tali mengikat buku,buku di sisi kadangkala dijunjung. Masuk ke bilik darjah kesayanganku,tangan mula menggapai penyapu. Sambil mulut berteriak memanggil si pemegang penyodok,tangan dihayun menyapu lantai papan itu. Kelas bermula,menuntut ilmu penuh tekun dan adab. Hormat guru kunci kejayaan. Kapur yang satu itu dibahagi dua,di awal pagi lagi seluar hitam guruku tidak sehitam semalam. Namun dia redha cebisan kapur itulah bukti. KRINGGGGGGGGGG,loceng rehat berbunyi,sekali lagi berkejaran ke kantin beramai2. Selepas itu,kembali ke kelas. Kelas 5A yang sangat berjasa,berebut kita kawan2 untuk berada di tengah2 kelas,kerana hanya di situ ada kipas tua yang berpusing hidup segan mati tak mahu. Namun,hari ini,kita boleh berbangga kawan2,di aspura daif itulah kita mengajar diri sendiri,di kelas tua itulah kita menimba ilmu. Tidak sama dengan engkau sekarang,melangkah sahaja masuk ke kelas,di siling sana tiga kipas berputar ligat,di atas sana juga 6 lampu yang terang. Namun,apa beza kau dan aku?kenapa engkau tidak segigih aku?tidakkah engkau memikirkan perihal masa depanmu?kalau aku yang tinggal di aspura daif itu,yang belajar di kelas tua itu mampu menjadi aku sekarang,mengapa tidak engkau?kerana,di sana adanya beza aku dan engkau.

Rabu, 2 Mac 2011

Dari Meja Ketua Panitia Pend Islam MBS

Salam.Alhamdulillah dalam sedikit kepenatan yang mula dirasa,masih ada secebis ruang untuk mencoretkan sepatah kata. Untuk makluman sahabat2,pd hri ini 3 mac 2011,MBS telah berjaya mengadakan majlis sambutan maulud rasul. Alahamdulillah,dengan limpah kurnia,izin dan perkenan ilahi,majlis yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan jayanya. Dari meja Ketua Panitia muda yang masih lagi mentah ini,saya merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat. Pihak Pentadbiran MBS,guru2 serta seluruh warga MBS yang telah menyumbang bakti dan keringat dalam kita membawa agenda utama agama. Kepada pemangku ketua bidang bahasa,lembaga disiplin dan penceramah jemputan kita dari Pusat Islam USM P.P. Dengan kesungguhan kalian semua,majlis kita ini dapat dimulakan dan berakhir dengan jayanya. Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab kita semua membawa anak2 yang sedang terumbang ambing,mencari identiti sebenar sebagai muslim sejati. Justeru,program yang kita anjurkan ini merupakan salah satu wadah membawa mereka untuk lebih dekat dan menghayati kehidupan serta peribadi Insan Mulia itu. Semoga,apa yang telah disumbangkan oleh kalian dilipatgandakan oleh ALLAH. Segala kekurangan dan kelemahan dari pihak panitia disusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan dan seharusnya diketahui,sememangnya jalan yang membawa kebaikan itu sering dilintangi halangan dan onak berduri. Sekian.

Selasa, 1 Mac 2011

Perihal ketam mengajar anaknya berjalan

Sadarwasa,fenomena yang menimpa bukan saja batang tubuh malah juga minda dan pemikiran anak2 remaja. Fenomena yang melanda ini sering dikaitan dengan pendidikan atau tarbiyyah dalam bhs arabnya . Persoalannya,siapakah yang bertanggungjawab mendidik anak2 ini?Ibu Bapa ?Guru? atau masyarakat sekeliling?. Bagi saya,satu je jawapan yang tepat. Semua lapisan masyarakat tetapi harus dimulai oleh ibu bapa. Teringat saya kepada kata2 guru saya suatu ketika dahulu. "Mendidik seorang pelajar lebih sukar dan memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang lebih tinggi dari membela sekandang lembu",haa,itulah kata2 guru saya yang masih saya igt sampai ke hari sementelahan pula tugas saya juga mendidik anak2 muda. Di sekolah,mcm2 ragam manusia bergelar pelajar boleh kita lihat dan perhati. Ada yang baik,berbudi pekerti tinggi,suka menolong guru dan rakan dan ada juga yang sebaliknya namun,jangan pula kita menghukum mereka tanpa menilai bagaimanakah didikan dan apakah jenis didikan yang mereka terima sedari mereka mula mengenal dunia. Saya belum lagi bergelar seorang suami apatah lagi seorang bapa namun,sebagai anak saya punyai pendapat tentang anak dan bapa. Ada bapa yang mendidik anak seolah2 membela seekor lembu. Mencerut rumput dan membakar unggun api setiap hari. Bila dah tiba masa disembelih pula untuk dimakan atau dijual dagingnya. Ada juga ibu bapa yang mendidik anak2 seperti membela seekor burung bersuara lunak. Setiap hari diberinya dedak. Tiba masanya burung dibawa bertanding. Jika menang dan mendapat hadiah burunh iti terus dijaga rapi namun,jika sebaliknya burung itu hanya dipandang sepi dan kadang2 sehari merayu dedak. Dua situasi ini menurut perhatian saya banyak berlaku dalam kalangan orang2 kita. Ada ibu bapa yang hebat,mendidik anak seperti menjaga seekor kuda lumba. Selain memberi makan dan minum y cukup dia juga tidak ketinggalan memberi ubat agar kuda sentiasa bertenaga dan yang paling penting sentiasa melatih kuda itu agar tidak mudah tewas dengan lawan di dalam perlawanan. Melatih dan terus melatih agar kuda terus menjuarai apa juga halangan dalam pertandingan samada pecut mahupon halangan. Namun,tidak ramai ibu bapa sebegini. Jika kalah dalam pertandingan,kuda akan terus dilatih untuk pertandingan seterusnya namun,jika perlu kuda itu dirotan dan si pembela terus merotan demi kejayaan pada masa akan datang. Begitulah perihal ibu bapa dalam mendidik anak2. Bagi guru pula,guru ibarat seorang pemotong kayu. Setiap hari pergi ke hutan untuk memotong kayu. Di hutan pelbagai jenis kayu yang dia akan dapati namun,dia perlu bijak menggunakan alat pemotong agar bersesuaian dengan kayu yang mahu dipotong. Kalau kayu kecil sahaja,tidak perlu menggunakan kapak yang besar namun,kalau kayu itu besar dia tetap kena menggunakan kapak yang besar atau mungkin juga mesin pemotong agar kayu yang dipotong itu terpotong. Penulisan ini,hanyalah sekadar buah fikiran saya berdasarkan pembacaan dan penelitian saya. Semoga ianya dapat dijadikan wadah perkongsian yang baik.