Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan, di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya. ~Riwayat Bukhari dan Muslim~
Sabtu, 26 Mac 2011
Perbezaan kau dan aku
Memang tidak dapat dinafikan,setiap detik ada sahaja perubahan yang berlaku kepada dunia ini. Cerdik pandai ada menyatakan bahawa tidak ada sesuatu yang kekal di dunia ini kecuali perubahan sahaja yang kekal dan tetap terus berlaku. Yang selainnya sentiasa berubah. Kata-kata cerdik pandai ini cukup mengingatkan aku kepada sebuah memori silam. Walaupun sekian lama ia berlalu namun di mindaku seolah2 baru semalam aku meninggalknnya. Di sekolah itu aku diasah,diasuh,dididik,diajar,dibentuk agar kujur badanku ini menjadi manusia. Di satu blok bangunan,di dalamnya ada beberapa katil bertingkat,tilam lama yang dialas cadar. Sebuah meja buruk yang bergoyang dan sebiji kerusi plastik di tepi tingkap yang bertutup zink nipis. Kadang malam angin bertiup,mendinginkan lagi suasana mimpi. Di situlah aku dan kawan melelapkan mata,merebahkan badan berehat dan di situlah markaz persiapan ke medan. Setiap pagi hanya dengar pukulan rotan ke kepala katil besi,bising yang amat. Itulah kerja seorang manusia yang tidak pernah jemu membangkitkan manusia dari alam mimpi agar bangkit mengingati ALLAH. Sesekali terlepas solat subuh berjemaah,di denda mencium pokok pinang nan sebatang dan kerap juga rotan itu hinggap di betis. Seusai sahaja menadah tangan,masing2 mencari "selipar jepun" yang sudah siap ditanda dengan tandaan tertentu sebagai lambang hak peribadi. Pun begitu,yang hilang tetap berganti. Berjalan berlumba ke dewan makan berbangku kayu,berebut bersama untuk mendapatkan makanan. Adakalanya hanya sekeping roti yang disapu kaya. AHHHH,terus memusingkan muka. Itulah aspuraku. Sebuah teratak daif yang telah melahirkan mutiara yang bersinar. Jika dibandingkan dengan engkau kini,jauh engkau lebih selesa dariku dahulu,asramamu kini,tidak sedaif aspuraku itu. Namun,mengapa engkau begitu sukar bersyukur dan mengerti. Keselesaanmu itu membuatkan engkau semakin sombong dan lupa diri. Selepas bersarapan kecoh pula di dalam dorm. bertukar2 bedak dan minyak wangi. Kadangkala stokinku stokinmu jua. Hanya tali mengikat buku,buku di sisi kadangkala dijunjung. Masuk ke bilik darjah kesayanganku,tangan mula menggapai penyapu. Sambil mulut berteriak memanggil si pemegang penyodok,tangan dihayun menyapu lantai papan itu. Kelas bermula,menuntut ilmu penuh tekun dan adab. Hormat guru kunci kejayaan. Kapur yang satu itu dibahagi dua,di awal pagi lagi seluar hitam guruku tidak sehitam semalam. Namun dia redha cebisan kapur itulah bukti. KRINGGGGGGGGGG,loceng rehat berbunyi,sekali lagi berkejaran ke kantin beramai2. Selepas itu,kembali ke kelas. Kelas 5A yang sangat berjasa,berebut kita kawan2 untuk berada di tengah2 kelas,kerana hanya di situ ada kipas tua yang berpusing hidup segan mati tak mahu. Namun,hari ini,kita boleh berbangga kawan2,di aspura daif itulah kita mengajar diri sendiri,di kelas tua itulah kita menimba ilmu. Tidak sama dengan engkau sekarang,melangkah sahaja masuk ke kelas,di siling sana tiga kipas berputar ligat,di atas sana juga 6 lampu yang terang. Namun,apa beza kau dan aku?kenapa engkau tidak segigih aku?tidakkah engkau memikirkan perihal masa depanmu?kalau aku yang tinggal di aspura daif itu,yang belajar di kelas tua itu mampu menjadi aku sekarang,mengapa tidak engkau?kerana,di sana adanya beza aku dan engkau.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan