Ahad, 15 Januari 2012

Sekadar Berkongsi

Esok adalah hari jadi si dia.. si lelaki (kekasih) telah merancangkan sesuatu untuk suprisekan teman wanitanya. si jejaka telah berjanji untuk berjumpa teman wanitanya pada keesokan harinya.si jejaka telah plan bersama kawan kawanya untuk mengadakan parti hari jadi teman wanitanya.. keesokan harinya, si jejaka menelefon kekasihnya..

L : halo sayang, sy nak bagi tahu tak dapat jumpa awak lah harini, sorry.

p : ape? kan dah janji? kenapa pulak! (nada marah)

L : sy ade keje la sayang, saye janji lepas siap keje saye kite kua? eh syg?

p : hmm! pegi MATI la dengan keje awak tu! sampai tade mase untuk saye.!

L : yee, lepas selesai keje sy, sy g mati ehh.. (nada begurau)

p : dah lah! tanak cakap dengan awak lagi!jangan berjanji bila awak tak tepati janji!

L : sayang, sorry lah ehh.. i love you too ..

p : tuttt... letak fone.

selesai mengatur majlis, petang tu si lelaki pergi ke rumah buah hatinya.. menunggu di luar pagar rumah memegang sejambak mawar merah untuk menjemput kekasih hatinya keluar.. sebaik sampai di sebuah taman.

p : awak? kenapa bawak saya ke tempat ni? pokok je banyak.

L : (memandang tepat ke dalam mata kekasih hatinya) sy nak luangkan masa bersama awak sebelum saya mati. (sambil tersenyum)

P : (cubit lengan si kekasihnya) ee! awak ni kan! nak tinggalkan saye kan?!

L : mane ade saye nk tinggalkan awak sayang. kalau saye mati hantu saya ada boleh temankan awak setiap hari. (sambil ketawa)

p : ee!kalau hantu awak datang, siap lah! saya karate die! hantu gatal!

L : (hanya ketawa) hahaha.. sedang asyik kekasihnya memainkan guitar menyanyikan untuk teman wanitanya, tiba tiba si lelaki berkata nak pergi ke kereta untuk mengambil barang yang tertinggal. setelah kembali di belakang kekasihnya, si lelaki memegang sebuah kek di temani rakan rakan lalu di nyanyikan lagu selamat hari jadi untuk kekasihnya.. si perempuan tergamam dan terkejut! hingga menitiskan airmata sambil meniup lilin pada keknya.. lalu si kekasih gadis tersebut mengajak untuk pergi di sebalik pokok yang sudah pastinya ada sebuah majlis untuknya! dan ramai rakan rakan yang menunggu di majlis tersebut.. hari sudah malam, si jejaka menghantar kekasihnya pulang kerumah..sebaik tiba di hadapan rumah..

L : sayang, harini hari istimewa awak. sy harap awak suka suprise untuk awak tadi :)

p : sayang. you make my day! seriously sy speechless but, thanks alot sayang susahkan diri awak untuk buat semua ni untuk sy..

L : same same syg, haa! keje saye harini untuk buat awak happy dah complete! sy harap, apa yang awak inginkan akan tercapai sayang.. :)

p : ye syg, iloveyou :')

L : i love u too syg, tara!! sy ade present lagi untuk awak! (memberikan sebuah teddy bear yang besar, dan sebentuk cincin berserta kad ucapan)

P : sayang! terimakasih sayang.. (tersenyum sambil memegang pipi kekasihnya)

L : (menyarungkan cincin di jari kekasihnya) haa, cincin ni tanda cinta sy pada awak syg..kad ni saya nak awak baca esok pagi ye sayang :)

P : (mengalirkan airmata) ye sayang,terimakasih.. sy dah tak tahu nak kate ape lagi.. terharu sangat.. terimakasih syg..

L : same same dah dah.. (kesat airmata kekasihnya) bersalam dengan kekasihnya.. dalam perjalanan pulang tiba tiba kereta si lelaki hilang kawalan, lalu merempun treler dan mati di tempat kemalangan.. teman wanitanya yang mendapat tahu, terkejut! dan meraung sekuat hati apabila mengetahu si lelaki sudah tiada lagi.. lalu di baca kad ucapan yang diberikan kekasihnya malam semalam.. ''sayang, selamat ulang tahun! maaf kalau petang tadi sy buat awak marah, sebenarnya kerja yang sy katakan tu, untuk aturkan majlis hari jadi awak.. awak sentiasa ada dalam hati saya. sayang, simpan cincin sy sebagai bukti cinta sy pada awak, i love you baby!'' si teman wanitanya, hanya mampu meraung setelah membaca kad ucapan tersebut apabila dia teringatkan kata katanya pada teman lelakinya.. ''KATA KATA YANG KELUAR DARI MULUT ITU ADALAH SEBUAH DOA. HARGAILAH ORANG YANG SAYANGKAN KITA, JANGANLAH SESEKALI MENGELUARKAN KATA YANG TIDAK ELOK UTUK PASANGAN KITA DAN ORANG YANG KITA SAYANG''

Isnin, 9 Januari 2012

Adakah itu suatu penyelesaian yang bijak.

Salam Ukhuwwah buat rakan-rakan pembaca,2011 telah pun melabuhkan tirainya namun,belum terlambat untuk insan kerdil mengucapkan selamat tahun baru buat rakan2. Semoga tirai 2012 yang baru 10 hari menjengah kita lebih bersinar dengan butiran2 mutiara hikmah. Rasanya begitu lama insan kerdil tidak meluahkan kata-kata melalui coretan digital ini,sibuk dengan pelbagai tugasan yang dipikul. Walau sebanyak mana tugasan yang harus kita laksanakan,selagi kita anggap ianya suatu minat dan ikhlas kite tidak akan terasa bahang kepenatannya. Sesekali merasa penat itu biasa tapi kepenatan tidak pernah wujud. Di ruangan ini juga tidak terlambat untk insan keril mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang mendapat gred A dalam tugasan statistik,walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga namun tugas sebagai seorang pelajar sarjana tetap digalas dengan sebaiknya. Juga,selamat berjuang untuk satu lagi paper dinamik plg525 pd 16 jan yang akan menyusul nanti. Di awal sesi persekolahan 2012,ibu bapa sibuk menyediakan keperluan material anak-anak mereka,bagi anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan nampaknya begitu girang dengan semangat baru 2012. Namun,pada hemah insan kerdil,ramai ibu bapa yang gagal menyediakan keperluan mental dan jiwa anak-anak. Mengejar material sudah menjadi sebatian utama dalam agenda pendidikan pada hari ini. Persoalan budi dan pekerti semakin hari semakin jauh. Guru-guru pula sibuk bermesyuarat untuk menyediakan yang terbaik buat anaka-anak didik menjelang sesi persekolahan baru. Menetapkan target masing-masing untuk meningkatkan prestasi dan peratus lulus. Persoalannya,sejauh manakah penghayatan guru-guru ini terhadap ilmu pengetahuan? Apakah sekadar mengulang kembali pengajaran-pengajaran lalu tanpa ada sebarang inovasi dalam penyampaian?. Kepada guru-guru diluar sana,tepuklah dada tanyalah diri. Berhubung dengan pengurusan murid,tidak pernah lekang di zaman adalah berkaitan pelajar yang bermasalah atau tidak mengikuti lunas-lunas disiplin yang telah digariskan. Pelbagai garis panduan yang telah dibincangkan namun,mengapa istilah "buang saja pelajar itu" masih meniti di bibir-bibir seorang insan bergelar guru?,apakah guru-guru ini hanya beranggapan tugas mereka hanya untuk menjalankan p&p dan mengumpul sebanyak mana gred prestasi mereka?,memaksa pelajar-pelajar untuk mencapai markah cemerlang dengan harapan dia mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang?. Mengapa begitu mudah seorang guru melupakan persoalan berkaitan falsafah?,lupakah guru hasrat falsafah pendidikan? dimanakah ikrar yang pernah meniti di bibir mereka suatu ketika dahulu untuk melahirkan insan yang pelbagai rupa?menyuntik jiwa-jiwa yang subur,membentuk akhlak dan budi pekerti. Guru-guru ini sering berbangga dengan bait-bait puisi "jika hari ini seorang guam menang bicara" segalanya bermula dengan guru biasa. Insan kerdil tidak menafikan jasa dan sumbangan guru dalam melahirkan manusia yang wibawa namun,lupakah guru bahawa penyamun,penyangak,perompak,penerima rasuah,pemberi rasuah dan bermacam jenis manusia tidak berguna itu datangnya dari sekolah yang pernah seorang manusia bergelar guru mengajar mereka?Rasanya,setakat ini sahaja perkongsian yang insan kerdil utarakan, Sama-sama kita renungkankan.