Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan, di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya. ~Riwayat Bukhari dan Muslim~
Isnin, 9 Januari 2012
Adakah itu suatu penyelesaian yang bijak.
Salam Ukhuwwah buat rakan-rakan pembaca,2011 telah pun melabuhkan tirainya namun,belum terlambat untuk insan kerdil mengucapkan selamat tahun baru buat rakan2. Semoga tirai 2012 yang baru 10 hari menjengah kita lebih bersinar dengan butiran2 mutiara hikmah. Rasanya begitu lama insan kerdil tidak meluahkan kata-kata melalui coretan digital ini,sibuk dengan pelbagai tugasan yang dipikul. Walau sebanyak mana tugasan yang harus kita laksanakan,selagi kita anggap ianya suatu minat dan ikhlas kite tidak akan terasa bahang kepenatannya. Sesekali merasa penat itu biasa tapi kepenatan tidak pernah wujud. Di ruangan ini juga tidak terlambat untk insan keril mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang mendapat gred A dalam tugasan statistik,walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga namun tugas sebagai seorang pelajar sarjana tetap digalas dengan sebaiknya. Juga,selamat berjuang untuk satu lagi paper dinamik plg525 pd 16 jan yang akan menyusul nanti. Di awal sesi persekolahan 2012,ibu bapa sibuk menyediakan keperluan material anak-anak mereka,bagi anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan nampaknya begitu girang dengan semangat baru 2012. Namun,pada hemah insan kerdil,ramai ibu bapa yang gagal menyediakan keperluan mental dan jiwa anak-anak. Mengejar material sudah menjadi sebatian utama dalam agenda pendidikan pada hari ini. Persoalan budi dan pekerti semakin hari semakin jauh. Guru-guru pula sibuk bermesyuarat untuk menyediakan yang terbaik buat anaka-anak didik menjelang sesi persekolahan baru. Menetapkan target masing-masing untuk meningkatkan prestasi dan peratus lulus. Persoalannya,sejauh manakah penghayatan guru-guru ini terhadap ilmu pengetahuan? Apakah sekadar mengulang kembali pengajaran-pengajaran lalu tanpa ada sebarang inovasi dalam penyampaian?. Kepada guru-guru diluar sana,tepuklah dada tanyalah diri. Berhubung dengan pengurusan murid,tidak pernah lekang di zaman adalah berkaitan pelajar yang bermasalah atau tidak mengikuti lunas-lunas disiplin yang telah digariskan. Pelbagai garis panduan yang telah dibincangkan namun,mengapa istilah "buang saja pelajar itu" masih meniti di bibir-bibir seorang insan bergelar guru?,apakah guru-guru ini hanya beranggapan tugas mereka hanya untuk menjalankan p&p dan mengumpul sebanyak mana gred prestasi mereka?,memaksa pelajar-pelajar untuk mencapai markah cemerlang dengan harapan dia mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang?. Mengapa begitu mudah seorang guru melupakan persoalan berkaitan falsafah?,lupakah guru hasrat falsafah pendidikan? dimanakah ikrar yang pernah meniti di bibir mereka suatu ketika dahulu untuk melahirkan insan yang pelbagai rupa?menyuntik jiwa-jiwa yang subur,membentuk akhlak dan budi pekerti. Guru-guru ini sering berbangga dengan bait-bait puisi "jika hari ini seorang guam menang bicara" segalanya bermula dengan guru biasa. Insan kerdil tidak menafikan jasa dan sumbangan guru dalam melahirkan manusia yang wibawa namun,lupakah guru bahawa penyamun,penyangak,perompak,penerima rasuah,pemberi rasuah dan bermacam jenis manusia tidak berguna itu datangnya dari sekolah yang pernah seorang manusia bergelar guru mengajar mereka?Rasanya,setakat ini sahaja perkongsian yang insan kerdil utarakan, Sama-sama kita renungkankan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan