Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan, di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya. ~Riwayat Bukhari dan Muslim~
Jumaat, 23 Disember 2011
Untukmu
Assalamualaikum wbt. salam sejahtera dan selamat awal pagi. Dikala ini insan kerdil tidak melelapkan mata. Udara di awal pagi sungguh segar dan kesepian suasana hanyasesekali terdengar cengkerik bercerita sungguh mendamaikan. Pernah tak sahabat sekelian dengar kisah air mata dalam sungai?,kalau yang sudah apa kesimpulan yang sahabat boleh berikan?. Tapi bg sahabat yang belum dengar cite tuh meh insan kerdil cite secara ringkas. Kisahnya bermula di satu tempat,tempat pertemuan dua anak sungai yang jernih,mengalir perlahan. Sedang air mata mengimbau masa silamnya,ia terdengar tangisan perempuan. Lantas segera ia menyapa, "gerangan siapakah punya tangisan?",lalu tibe2 terdengar suara menjawab sapaan "aku", lantas si air mata bertanya lagi "siapakah engkau?" maka dengan suaru yang teresak2 tangisan itu menjawab "aku adalah air mata seorang wanita yang tidak pernah menghargai kehadiran seorang lelaki dalam hidupku,lalu aku mencari pelbagai alasan untuk menjauhkan diri darinya sehingga tergamak aku memburuk2kannya sehingga la suatu masa aku meninggalkan dia". Si air mata td begitu asyik mendengar. "lalu mengapa harus engkau berada di sini?",tny si air mata lg."sebenarnya aku akulah seorang wanita yang menengis selepas aku merasakan kehilangan insan yang benar2 mengasihiku namun aku tidak menghargainya",jelas si air mata wanita itu. hehehe.. Begitulah cite serba ringkas. Sememangnya kite manusia biasa,banyak kelemahan,kekurangan namun,itu bukanlah alasan mudah yang harus kite utarakan. Kite sering tidak memandang apa yang ada di depan mata kite suatu y istimewa. Malah kite hanya akan menganggap ianya mungkin suatu yang biasa atau tidak penting kecuali selepas ianya hilang dari tatapan mata,baru kite menyedari bahawa betapa pentingnya ia. Pada saat itu,barulah kite akan mneyesal. Menangis sehingga menjadi sebatang sungai. Orang tua2 dok kata,membina hubunga itu tidaklah sesukar menjaganya,ianya perlukan penaakulan sekeping hati. Tidak sama sewaktu memulakannya,ianya hanya dipagari kata2 dan janji manis. Untukmu duhai insan,yang meyakini,adanya dia yang sangat mengasihimu,menyayangimu,selamilah hatinya,cuba fahami apa yang bermain dijiwanya kerana dia juga sedaya mungkin cuba memahami apa yang bermain dijiwamu. Dan jika engkau yakin dia adalah terbaik buatmu,janganlah engkau mengkhianati sekeping hantinya yang serapuh kaca itu kerana sudah pasti akan berkecai ibarat kau hempaskan kaca ke lantai. Bila kau cuba mencantumkannya kembali,sudah pasti ai tidak akan seindah yang dulu. Andai terjadi perpisahan antara engkau dan dia,sudah pasti dia akan engkau persalahkan dan seluruh ahlimu akan mempersalahkan dia jua tanpa engkau sedar,betapa salah engkau padanya,menuduhnya pelbagai disaat dia btl2 ingin menyuntingmu... Dan jika harapanmu padanya tidak seindah harapannya padamu,maka,kembalikan die kepada kegembiraanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan