Bismillah,dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Di sini bukanlah Insan Kerdil cuba menunjuk "HERO" atau nk "BUAT PANDAI" untuk bercoret tentang perihal bangsanya penduduk asal sebuah negeri menang sorak kampung tergadai. Namun.tersemat dilubuk hati untuk sama-sama bangkit menebus maruah yang zahirnya dipuja puji tetapi sebaliknya sudah sekian lama menjadi barang perklekehan dan alat sorak tawa. Dahulunya yang ada di negeri kita ini semuanya bermata bulat dan berkulit kekuningan matang. Semua yang ada di negeri kita ini hak milik kita bersama,tanpa dikongsi dengan mereka yang bukan bermata bulat dan berkulit lain. Namun,kehadiran mereka dek kealpaan kita yang bersenang-senangan walau hanya bersarapan ubi dan kelapa parut digaul gula halus,selepas itu tembakau diheret halus dan digulung bersama daun nipah itu,sambil bergelak ketawa dalam kepulan asap lantas menghirup secawan teh segar. Rutin-rutin sebegini dilalui dengan lega sekali tanpa ada keraguan kepada kegiyahan cucu cicit suatu hari nanti. Setelah beberapa bulan saya berada dipulau nan indah ini,tiupan angin lautnya seringkali mendamaikan jiwa saya merasa terkilan kerana penduduk yang bermata bulat dan berkulit kekuningan itu hanya tinggal di rumah merpati. Sedang sangkar ditanah begitu mewah dan sangat selesa. Apa sudah jadi?Bukankan ini tanah airmu?kenapa engkau seolah-olah terasing di bumi sendiri. Sewaktu beriktikaf seketika menanti alunan azan isya',seorang pak cik yang agak berumur datang menjengah ku dan cuba menceritakan sesuatu kepada ku. Pak cik yang agak tua itu memulakan dengan kata-kata
"macam ni la orang kita di sini cikgu",seusai sahaja kata itu dilafazkan insan kerdil sudah mengerti. Cuma mencari akar permasalahan. Lant
Tiada ulasan:
Catat Ulasan