Selasa, 23 Ogos 2011

Wakaf Di Tepi Kubur Itu.

Salam ramadhan. Sedar atau tidak kita sudah pun berada di penghujung ramadhan al mubarak. Insan Kerdil pun macam terkejut terasa begitu cepat ramadhan tahun ini. Dirasakan baru saja bermula ianya sudah ingin melabuhkan tirainya. Beberapa bulan yang lalu. Bulan ke dua insan kerdil di bumi Penang ini,ALLAH yang Maha Kaya telah memberi peluang untuk insan kerdil melihat bagaimana kehidupan seseorang yang sangat menyedihkan dan sayu membaluti hati. Sekali pandang memang sangat gerun untuk di dekati kerana hanya dapat merebahkan badan berehat di wakaf di tepi kubur,sinaran cahaya yang agak samar2 hasil percikkan sebatang lampu jalan yang agak jauh dari situ,rambutnya yang tidak tersikat rapi membuatkan orang terfikir-fikir apakah dia seorang yang tidak siuman,penagih dadah atau sebagainya. Namun,tanggapan begitu hanyalah untuk manusia yang berfikir atau menilai tidak melebihi ruang lingkup manusiawi hakiki. Secara kebetulan insan kerdil bersama sahabat melalui jalan tersebut,dengan perasaan yang agak berbaur ini insan kerdil menarik tangan sahabat untuk gagah bersama. Hasil nekad itu,setelah hampir 20 minit bersembang baru kami mengetahui bahawa dia adalah manusia normal yang terpaksa menjalani kehidupan tidak normal seusianya itu. Kami pun meninggalkan dia dan berlalu begitu sahaja. Selang beberapa hari insan kerdil menjengah lagi kawasan tepian kubur itu,saat angin meniup lembut,sejuk mula terasa,sebungkus nasi dihulur dan disambut gembira. Lantas berlalu begitu. Alhamdulillah,bulan ramdhan kali ini ALLAH mencampakkan ke dalam hati insan kerdil dan sahabat untuk lebih meneliti tentang sebuah kehidupan. Diiringi angin bertiup lembut kami gagahkan diri melangkah melewati tepian kubur itu. Jengukan pada malam itu menjadi lebih bermakna kerana kehadiran sahabat baru En Khushaimin dan Pn Nur Analiza. Insan Kerdil dan En Sabri sudah dapat menerka situasi di sana. Namun bagi mereka berdua agak janggal untuk berjalan di tepi kubur dengan cahaya kuning2 samar. Salam diberi disambut mesra. Kak Laila menyambut salam Pn Nur dengan begitu teruja. Seusai sahaja berborak,kami bergegas meninggalkan tempat itu dan membuat perancangan seterusnya. Memandangkan kami melihat bagaimana Kak Laila tidur di tempat yang tidak berdinding itu,hanya beralas sekeping kotak sahaja. Hati kami cukup tersentuh dan dalam benak saya apa maknya kebahagiaan yang saya bina andai ada saudara saya yang masih lagi derita,hidup dalam kesusahan dan kesempitan seperti kak Laila. Pergerakan seterusnya kami sertakan bersama sedikit sumbangan untuk menghiburkan hati Kak Laila. Kelihatan Kak Laila begitu seronok menerima bungkusan yang di dalamnya ada baju kurung untuk dijadikan pakaian hari raya. Tilam yang kami hulurkan juga disambut girang. Namun,apa sering bermain di minda kami selamat dan selesakah seorang wanita yang berumur 57tahun itu tinggal di tempat terbuka,mungkinkah ada sesuatu yang tidak pernah di ingini terjadi. Lantas Pn Nur tidak lokek untuk mempelawa Kak Laila tinggal bersamanya namun kami buntu apabila Kak Laila menolak. Jelas dari raut wajahnya bagi saya Kak Laila adalah manusia yang paling bahagia walaupun penderitaan dan kesusahan yang membelit batang tubuhnya hanya ALLAH yang Tahu.
Penulisan ini hanyalah untuk berkongsi pengalaman yang kami telah lalui. Tidak semua manusia itu bernasib baik tetapi nasib bukan lah satu ketentuan yang hanya perlu diterima bulat-bulat.

Tiada ulasan: