Rabu, 27 Oktober 2010

sardin dan melayu



Hai,salam sejahtera buat teman2 yang membaca coretan saya ini. Kali ini saya cuba untuk mengimbau kenangan2 lame yang telah dilaui bersama rakan2 suatu ketika dahulu di sebuah rumah bujang. Hermmm,bile tengok saja "telur mata" hahhh,memori terus menggamit hati dan pasaan seketika,pergghhh,hidangan paling istimewa tuhh. Selain telur mata.ikan goreng dan sardin juga membuka selera di rumah bujang kami yang indah nan permai. Bile sebut sardin, apa yang tergambar di minda kita,apa yang terbuku di benak kita?. Saya telah menjalankan kajian ringkas dan sempat menemubual beberapa orang yang saya anggap sebagai responden. Hurmmm,apa kata mereka " selalunya orang yang suka makan sardin nihh orang yang kurang mampu la" itu jawpan yang pertama yang kedua pula berpendapat " selalunya orang bujang la yang berlaukkan sardin ni" dan yang ketiga seorang suri rumah berkata " ada juga yang berkeluarga pon makan lauk sardin sebab sibuk kerja dan tak berapa sempat nak masak berbauk letih dan malas", hermmm jadi apa kesimpulan yang boleh kita buat tentang sardin dan orang melayu ini?kesemua responden adalah orang melayu. Selalunya sardin dikaitkan dengan yang kurang mampu,bujang dan malas nak masak teteapi tahukah anda apakah sebenar sardin itu?hahaha,Sebenarnya sardin adalah antara makanan yang berkhasiat jika dibandingkan dengan lauk2 ang nampak mewah dan berduit seperti "gear box" dan sebagainya. Kalau anda nak tahu sebenarnya ikan sardin tidak mengandungi lemak tepu dan ianya merupakan sumber protin yang paling baik untuk tubuh badan kita,selain itu ianya juga dapat mengawal paras kolestrol dan memantapkan sistem kardiovaskular, meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lemak serta memperbaiki sistem penghadaman kerana kandungan omega 3 yang ada dalamnya..HERMMM jadi walaupun memakannya dianggap sebagai kurg mampu disebabkan harga yang agak murah berbanding lauk lain selain cepat dan mudah dimasak,ianya juga baik untuk menjaga jantung kerana menagndungi asid lemak dan selenium. Seperkara lagi,teringat sewaktu saya n kawan2 bujang makan sardin,sampai ke tulang pun kami gigit dan makan kerana kelembutannya dan sebenarnya ia membantu membekalkan kalsium untuk badan kita dan ianya juga mengandungi vitamiN D dan E. Hermmm,sekian saja perkongsian saya,jadi ubah persepsi anda,jangan malu nk makan sardin lagi..

Tiada ulasan: