Jumaat, 10 September 2010

IBU,sekarang baru aku tahu

salam lebaran..alhamdulillah,ALLAH y maha esa masih lg menyambung kontrak hidup kita,bekalan nyawa yang setiap detik kita perlukan tetap termaktub dalam janjinya dan Dia sekali-kali tidak akan pernah memungkiri janjiNya. Syukur juga kerana telah mempertemukan dengan ramadhan kali ini,dapat juga meluahkan secalit kerinduan selama setahun menanti. Bile bercerita pasal Ramadhan semua makhluk akan mengakui betapa Maha Pemurah ALLAH s.w.t..Cuba bayangkan janjinya bahawa akan terdapat satu malam yang menyamai dengan seribu bulan. Ini pelaburan yang dijamin oleh ALLAH. Kalau saya nak bercerita pasal ramadhan,satu malam saya tulis ponn xhabis rasanye dan sememangnya saudara saudari semua pownn sudah mengetahuinya malah jauh lebih arif dari saya. Saya nak berkongsi betapa Maha Penyayang ALLAH s.w.t yang telah menganugerahkan sifat sabar dan sayang yang sangat luar biasa kepada seorang hambanya.Siapakah hamba ALLAH ini?hermmm cuba teka.Fikirkan sejenak..Hamba ALLAH itu adalah seorang wanita yang bergelar IBU. Nak dijadikan cerita,suatu petang dua hari sebelum raya,secara kebetulan kakak saya tiada di rumah,dan yang tinggal hanya saya,adik,abah n mummy saya saje. Mummy sibuk dengan persiapan raya dan dalam keadaan yang demikian jadi saya mesti menggalas tugas kakak saya untuk menyediakan juadah berbuka,alhamdulillah berkat minat dan ilmu masak2 yang saya pernah belajar dengan kawan2 mase duduk rumah bujang dulu saya cuba praktikkan. Saya berfikir sejenak juadah apakah yang perlu saya sediakan untuk berbuka. Hermmm,saya ambil jalan mudah masak simple2 jer,kebetulan jam ponn dah menunjukkan 5pm. Saya pon mengeluarkan ikan dari peti ais untuk digoreng,yela masak simple kan..hahhh,memg nampak simple tp bg y xtau masak tau x cre nak jadikn ikan tuhh ikan goreng. Bukan beli ikan kt pasar boleh terus masuk kuali beb. Mula2 ape kene buat?hahahaha..jawab la sape y tahu..tp jawab dalam hati sudah la. Nak kene buang perut,basuh ikan tuhh smpai bersih,letak garam kunyit,panaskn minyak dan baru boleh goreng. Bace memang senang tp bagi orang yang akan pertama kali cuba nk buat fuuhhh bukan main amik masa tuhh.Pas tuhh goreng plak bukan seminit,kena tunggu lagi,silap2 hari bulan kena minyak panas kt tangan. So dari situ saya mula berfikir,betapa susahnya seorang ibu nak menyediakan hidangan untuk anak2. itu baru ikan goreng biasa,belum lagi ikan "sumbat" nak kene kisar cili kering lagi..fuhhh,mmg banyak hal lahh..itu hanya hidangan y paling simple saya buat. Baru saya menegerti bahawa kesabaran dan kasih sayang ibu mmg tiada bandingnya. Lepas goreng ikan mummy saya cakap perut dah siap rebus dalam periuk,cume tinggal saya kena bt air asam. Saya pownn sms la kawan2 tanya mcm mane nk buat air asam y "malatopp"..hehehehe.saya ingat lagi mula2 saya potong bawang merah,fuhh pedihnya mata smpaikan keluar air mata. Mcm mana la ibu kita buat semua kerje tuhh erkk?pas tuhh mula kisar cili besar atau org kg sy pgil lada besar yang sangat merah.dikisar bersama bawang merah dan cili kering yang dah dipotong dan direndam air panas. Wap kisaran dan bau tuhh naik ke muka,panasnyaa,tangan nihh tak payah nak cerita la kan.Memang betul2 tabah insan bergelar ibu ini. Bile dah siap beberapa jenis lauk,saya segera hidang dan saya hanya mampu tersenyum dan merenung hidangan itu. SUBAHANALLAH,sifat yang ALLAH dah campakkan dalam hati seorang ibu itu mmg sangat luar biasa. Lantas teringat saya sewaktu kecil.Ibu kita menyuapkan nasi ke mulut kite,kite nganga dan makan suapan itu sambil gigit jari ibu kita tapi ibu kita tak marah ponn,tp kita kenapa kalau ada sikit yang tak kena dah mula nk tinggikan suara dengan ibu? ASTAGFIRLLAHAL AZIMM.. Lepas kita makan suapan ibu,kita mula berasa kenyang,tp bila ibu suap kita masih nganga dan bila makan sekejap kita muntahkan balik atas kain ibu atau pon atas lantai rumah,ibu tak marah pon malah die dengan lembut menyuruh kakak atau abang kita ambilkan kain untuk lap. lepas tuhh kita nganga lagi,ibu tetap suapkan kita namun kita muntahkan lagi,ibu tak marah pownn,ibu senyum sambil menyapu tepian bibir kita.Kadang2 ibu berkata "alhamdulillah anak ibu sudah kenyang" tapi waktu tuh ibu belum menyentuh makanan pon lagi. Begitu hebat seorang insan bernama IBU. Namun,bila kita mula dewasa,kita punya pelajaran,kita punya kerjaya,kita akan punya apa yang kita mahu,di mana ibu kita disaat itu?di sisi kita kah yang sudah memiliki bangglo mewah di atas bukit?atau tetap di rumah usangnyya yang sering bocor atapnya?atau di rumah pengasih yang makin hari makin banyak dibuka bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan?. Itu jika merekamasih bernyawa. Tetapi,andai mereka sudah pergi ke alam yang sangat jauh walaupon lokasi zahirnya begitu dekat,pejamlah mata,tundukkan kepala,cuba bayangkan dalam sehari berapa kali kita menadah tanagn memohon doa kepada roh mereka?adakah sebanyak masa yang mereka habiskan untuk menyediakan makanan untuk kita?renung-renungkanlah.
Ya ALLAH,SAYANGILAH MEREKA,KASIHANILAH MEREKA,TEMPATKAN MEREKA BERSAMA ORANG YANG SOLEH. AMENN YA RABB.

Tiada ulasan: