Khamis, 2 September 2010

kan cikgu dah kata

salam ukhuwwah.....
Beberapa hari yang lepas,saya masuk ke satu kelas. Kelihatan pelajar2 saya semua seolah2 sudah sedia untuk belajar.Saya begitu "xcited" nak ajar diaorang semua.Hermmm,so saya mulakan pengajaran dengan beberapa soalan. Mereka tergamam dan tidak dapat menjawab soalan saya. Saya berfikir sejenak.Kemudian saya meneruskan pengajaran. Penerangan sudah saya sempurnakan,lantas seperti biasa saya mengajukan soalan "kamu paham ke tak ape y kita belajar?",pelajar2 saya menjawab "paham" dengan suara yang kuat. Saya pon teringat sewaktu saya di bangku sekolah dahulu,kalau cikgu tanya macam tuhh mmg akn semua jawab paham dengan suara yang kuat sbb kt otak masing2 kalau dah paham mesti cikgu nk berhenti mengajar dahh.. So boleh la main bile cikgu dah keluar.Hermmm,saya pon memberi satu tugasan dalam masa yang masih ada,ternyata sangkaan saya tepat,pelajar2 saya pon mcm tuhh.lantas terpaksa saya menggunakan cara lain,saya pergi seorang demi seorang. Apabila tibe tempat seorang pelajar saya ni,belum lagi saya mengajukan soalan pelajar saya dah menjawab,"saya tak pandai cikgu,memg saya tak pandai",dengan suaru yang sedih dilontarkan jauh masuk ke dua belah telinga saya. Saya dongak ke atas,lantas teringat bahawa saya dahulu pon begitu. Saya tetap mengajukan soalan dan cube membantu pelajar itu supaya dia dapat menjawab seperti rakan2nya y lain, saya pon berkata "adakah pandai itu datang sendiri?atau ia memang secara semula jadi ada pada seseorang?pelajar tadi menundukkan kepala,saya cuba membaca hatinya dengan kekauan batang tubuhnya. Dengan perlahan saya kata pandai itu adalah hasil dari usaha. So,saya mahu kamu berusaha menjawab soalan itu.sambil berdiri die menjawab dan saya terpegun jawapan yang diberikan adalah tepat.Pandai pun,itu kalimah yang terpacul dari bibir saya.Saya tanya mcm mana kamu boleh dapat jawapan?die menjawab saya fikir.saya berkata "KAN CIKGU DAH KATA.SO saya buat kesimpulan secara umum bahawa usaha die berfikir itu adalah satu cara untuk dia menjadi pandai. Seorang pelajar lain menyapa,macam mana cikgu tahu die pandai?saya dengan selamba menjawab die dapat menjawab soalan dengan cara berfikir. Semua pelajar2 dalam kelas itu menganggukan kepala.Saya berasa puas. Ini adalah pengalaman yang dapat saya kongsikan bersama,walaupun ringkas namun saya mengharapkan yang terbaik dari perkongsian ini.

2 ulasan:

ShAz-Ken berkata...

TAHNIAH !!!! kerana menjadi seorang guru yang memahi pelajar. terus tingkatkan usaha. bimbing ank-anak muda ke jalan yang di redhaiNYA.
-------------------------------!!!!!!!------

Pandai? adalah satu perkataan yang semua orang tahu. Sejauh mana kita meniai seseorang itu pandai? adakah pandai dalam pelajarn sudah boleh dianggap pandai? bagaimana pula dengan pelajar yang lemah dalam pelajaran? bagaimana nak kekalkan kepandaian itu?

Jika nak dikira pandai, sofia (tak salah) adalah anak malaysia yang bijak akanya dalam pelajaran sehingga boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam usia yang sangat muda. tapi apakah yang terjadi kepada beliau? dari sini timbul adakah pandai hanya pada mata pelajaran sahaja?
Imam shafie, dilahirkan dengan otak yang bijak. mampu menghafal Al-quran dalam usia yang begitu muda. dan pernah juga beliau terlupa beberapa ayat al-quran. mengapa? bagi sesiapa yang pernah mendengar kisah ini pasti sudah tahu. dan dari sinilah salah satu key bagaimana untuk menjaga kepandaian.

puteraAdam berkata...

Terima kasih atas sokongan,semoga doredhai segala usaha kita