Pernahkah anda mendengar kata-kata ini " penemuan terhebat generasi saya ialah manusia boleh mengubah hidupnya dengan mengubah sikapnya".Pernahkah anda?hermm kalau pernah siapa yang mengungkapkan kata-kata ini?. Saya tinggalkan anda dengan soalan yang tidak saya berikan jawpan.Kenapa?hermm sbb pensyarah2 saya sering meninggalkan saya dengan soalan yang tiada jawapan dan dengan keadaan yang begitu dapat melatih diri kite menjadi seorang manusia yang sangat dahagakan pengetahuan.Teringat semasa di bangku sekolah dahulu,di tingkatan empat kalau tak silap pada waktu itu,seorang guru saya,cikgu suzie name diean kalau la die pon terbaca bingkisan saya ini dan ini adalah hadiah sy kepada beliau..Terngiang2 lagi di telinga yang ALLAH anugerahkan ini kata2nya : kalau kite nk bjaya,nk jadi org yang hebat kite mesti ada PHD terlebih dahulu.Pada masa tuhh semua mcm ternganga sebab kureng nk paham apa yang cikgu suzie cakap. sbb setau kitaorang PHD ni adalah peringkat yang tertinggi. Lepas tuh die tersenyum sorg2 n menjelaskan kepada kami yang P itu mewakili POOR manakala H pula HUNGRY dan D is Determind. So ape yang nk saya jelaskan di sini ialah kite mesti merasakan yang kite nihh senentiasa miskin terhadap ilmu.Dengan itu membuatkan kite akan terus mencari dan terus mencari ilmu tak kiralah samada formal ataupon tidak formal. Sebut pasal ilmu semua manusia yang normal akan teringat kepada seorang insan yang bergelar guru.Mcm saya tadilah teringat kepada cikgu saya. Bile kite bercerita pasal guru,teringat saya kepada satu drama indonesia iaitu sebuah sebuah drama tentang kegigihan seorang guru dalam membentuk anak bangsa. Berjalan pergi pak guru itu ke sekolah melalui lorong2 kecik yang di kiri dan kanannya ad gerai2 menjual telur separuh masak dan jamu2 juga. Setiap langkahnya pak guru itu tidak pernah berasa sunyi. Setiap langkahnya itu di sapuk oleh mereka2 yang bergelar di kawasan itu. "Selamat pagi pak guru","jemput minum pak guru", dan bermacam-macam lagi.wahh,begitu hebat sekali sihh pak guru ini. Guru juga sering dikaitkan dengan lilin.Sanggup membakar diri demi menerangi orang lain tetapi seorang Prof saya kelihtan begitu tidak bersetuju apabila ada yang mengatakan guru itu ibarat lilin.Katanya kalau lilin hanya membakar diri untuk menerangi orang lain dan bila sudah habis bagaimana?ini juga soalan yang ditinggalkan tanpa jawpan. Justeru biar apa pon ibaratan tentang seorang guru saya begitu tertarik dengan kata2 seorang hero pendidik anak bangsa. Beliau tidak pernah menyarung jubah di hari konvokesyen mana2 universiti malah tidak pernah duduk pon di bangku2 di bilik kuliah yang berhawa dingin namum hero ini melahirkan bermacam2 ragam manusia. Bak dalam lirik guru pembina negara bangsa melahirkan jiwa yang pelbagai rupa. YAHH,sememangnya guru itu adalah seorang insan yang sangat mulia,yang mendidik dengan peniuh tekun dan sabar,dengan penuh gaya dan cara dan harapannya satu membentuk jiwa yang murni dan pekerti yang luhur. Ucapan hari guru pula sering kedengaran pada tarikh 16 mei setiap tahun. Dari anak didik yang bergelar menteri kepada guru tua di sebuah desa,dari seorang peguam kepada seorang guru tua di hulu kampung,dari seorang doktor kepada seorang guru tua di hulu. Namun itu yang terdahulu,mereka ikhlas mendidik.Riaknya mukanya tidak pernah menggambarkan keletihan apatah lagi jemu dan bosan. Wahai para pendidik,cuba kita renungkan sejauh mana ikhlasnya hati tatkala mengangkat kaki melangkah ke bilik darjah?di dalamnya menanti2 kehadiran guru.Sejauhmanakah ikhlasnya hati bilamana menjwab salam mereka,sedalam mana ikhlasnya hati tika menghuraikan isi dan terjemahkan minda? dan ini,ini sebenarnya kunci kejayaan seorang manusia yang bergelar anak didik. Apa salah mengajar mereka mengira dan diajarkan kan juga bahawa pahala dan dosa juga akan di kira. Mengajar mereka membaca dan ingatkan kepada mereka al quran juga menuntut supaya di baca. Mengajar rumus yang akan dipraktikkan dalam menjawab soalan lalu diajarkn juga kepada mereka ilmu yang tidak diamal itu bagiakn pohon yang tidak berbuah.Apa salahnya wahai kaum pendidik. Engkau sering berbangga dan dibanggakan bile anak didikmu berjaya menjadi seorang menteri.seorang peguam yang handal berbicara,seorang penulis yang hebat bercerita,seorang cendikiawan yang mulia tetapi pernahkan engkau menyedari mereka yang tersingkir dari arus kehidupan mulia,menjadi manusia yang tidak berguna,dianggap sampah masyarakat tak berguna.menjadi tamu dilorong2 hina,terbaring kaku di bawah jambatan sana bertemankan jarum dan lilin,mengaku diri hero membunuh sini sana mereka ini juga pernah menjadi anak didikmu.Pernahkah kau menyedarinya wahai lilin2 yang membakar dir?kenapa ini yang terjadi?..saya tinggalkan anda denan soalan yang jawapan hanya pada anda.Renung2kan lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan