Khamis, 22 Julai 2010

ibukah dan anakkah aku?

di pagi yang begitu hening,aku duduk seorang diri.sesekali mataku terpandang ke arah langit. nun jauh di sana seolah2 ad suatu senyuman yang sangat menyenangkan hati. aku terus memandang malah lebih mendongak sedikit.aku begitu terkesima dengan peristiwa itu..ahhhh,apakah ini cume khalayan ku?owhhh tidak. Aku menjatuhkan pandangan ke bumi,lalu dilihat seakan satu senyuman jua menjelma. Aku termagu seketika. Lalu terbayang wajah dua insan yang sangat berjasa dalam hidupku. Teringat aku akn cerita2 y cikgu smpaikan sewaktu d bangku sekolah rendah,syurga itu di telapak kaki ibu..ahhh,aku terfikir bagaimana?di mana? dan mcm2 lagi.. Namun soalan itu tidak pernah ad jawapannya. Aku pulang ke rumah mencari mumy,rupanya mumy sudah d dapur menyiapkan hidangan untukku..Alangkah penat yang tidak dapat ku balasi. Pulang dari kerja terus ke dapur. Namun aku begitu mengerti hanya satu perasaan menghilangkan segalanya. Teringat sewaktu kanak2 pula,sebelum senja kanak2 akn keluar dari setiap penjuru rumah ke padang. Memng sedari kecilku,bola sepak sebahagian dari hidupku.Mmg itu lumrah kawasan tempat tinggalku. Tidak hairan melihat budak kecil membawa kasut keluar ke padang. Jadi tidak hairanlah kalau ad kawan2ku,tetanggaku merupakan seorang pemain yang hebat dalam negara..Seperti biasanya sebelum aku keluar bersama kasut bolaku itu,mumy sudah di luar,mengangkat kain di ampaian atau bersembang dengan jiran2. Di atas bangku sebelah mumy sudah kelihatan sepinngan nasi dan segelas air..mmg itu rutinnya menyuap nasi kemulutku sebelum aku keluar bermain. Aku makan dengan penuh selera walaupun tidak semewah di hotel.Namun bagiku itulah hidangan yang paling mahal. Begitu,betapa berjasanya seorang insan bergelar ibu. Ini belum diceritakan getirnya ketil hamil. sembilan bulan wajah ayu kelihatan lesu,badannya yang ramping tiada kelihatan lagi. Bersalin lagi..sangat sakit.Ad yang mengatakan sakit yang ke dua paling teruk selepas mati. Hanya mereka sahaja yang tahu. Abah pula kalau sesekali aku pulang lewat kerana leka bermain tentunya keluar mencari. Di tangannya sudah tentu sebilah rotan yang tidak dapat aku lupakan. Sesekali musim buahan,dipanjatnya batang2 pohon hijau itu,gembira melihat ank2nya makan. Kalau sekali terjatuh ke bawah,,ahhh kesiannya derita kesakitan. Begitulah dapat aku gambarkan jasa kedua hero dan heroin ini.Tanpa mereka siapa lah kita.Semua insan mengerti akan hakikat ini namun,mengapa kata2 seperti " seorang ibu boleh jaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu" wanauzubillah min zalik. minta jauh dari golongan itu.
Suatu hari aku di depan kaca televisyen,lantas aku melihat siaran yang sangat menyentuh kalbu ku sebagai manusia,anak dan juga mungkin bakal ayah. Ad mereka yang membuang ayah dan ibu mereka. Aku begitu sedih. Kenapan ad manusia yang begitu tidak mengenang budi. Teringat aku ketika mengajar subjek sivik tingkatan 1,Cerita Nakhoda Tanggang,bila aku menyual murid2 ku mereka seolah2 sudah mengerti akan tgjawab anak kpd ibu bapa. Tapi mengapa perkara sebeginni harus berlaku?mengapa begitu banyak tertubuhnya rumah2 kebajikan untuk warga tua? soalan2 sebegini hanya mmpu mnghntuiku tnpa kehadiran jawpan yang pasti.
Namun,dewasa ini aku meneliti kisah hidup manusia. Kisah hidup y sngat mendukacitakan bagiku. Pelajaran anak2 diabaikan,kalau ad yang memberi perhatian ponn dengan meletakkan niliaan ekonomi. " bile anak aku dah berjaya nti,jd org kaya,dpt rumah besar,kereta besar".
kenapa itu semua berlaku?cetek agamakah???owhhh,Rasanya tidak sama sekali. Justeru saya tinggalkan anda dengan beberapa tanda soal. Jawapan ad pd kite dan berbeza setiap kita tp mungkin juga sama.

Tiada ulasan: