Sabtu, 10 November 2012

alhamdulillah,setelah sekian lama mencuba

assalamualaikum dan salam sejahtera buatnsahabat2 pena yndikasih,pembaca2 setia  catitan insan kerdil ini....setelahnsekian la,a blog insan oerdil xdpt masuk,entah kenapa namun alhirnya hari ini dapat masuk,da puas mencuba sehingga hampir putus asa dan nk buat laman baru.mana tak nya,kali terakhir insan kerdil post bulan 4 2012 sampailah hari ni plak bru blh masuk.hehehehehe..tp teringat plak pesan kwn2 bhawa nk jd org bjya xleh cepat putus asa.hehe rasenye cukup la untuk hari ni,xtau nk tulis apa sbb seronok sgt blog insan oerdil da boleh masuk balik.

Rabu, 11 April 2012

Setiap cerita ada pengajaran

Salam ceria kepada geng2 yang sudi membaca penulisan yang tak seberapa kt ruangan yang hamba buat ni. Beberapa ari yang lepas,hamba balik kampung,tp kt sini bukan nk cerita hamba balik kampung,nti tuan2 dan puan2 hamba salah paham plakk..:). Secara kebetulan terasa malas nk pandu kete sorg2,nthla xtau kenapa terasa malas nk drve sorg2 mgkin jugak sbb xlame lagi ada orang akan teman hamba drve. so balik naik bus,da petang dah g beli tiket tuh pon ada orang anta p stesen bus,tq awk anta saya p beli tiket :) nasib baik ada 1 tempat duduk,nak dijadikan cerita mse tuhh budak2 universiti bru stat cuti,so sume tiket depa kebas.:)..Bus gerak kul 9 kelas hamba habis kul 10. Aduhhh,xtau cne nk plan so terpaksa kua kelas awal skit,nasib baik ada member seidup smati y sgup kua sme2 tlg g anta hamba kt perhentian bas. tepat jam 10 hamba dah tecegat depan pintu bas,pak cik bas cakap naik2. Hehe.. Peramah sungguh. Tq Pak cik. Mase nak naik bas tuhh terfikir,ala sape la yang akan dok sebelah sebab tiket sngle seat dah habis. Takdir ALLAH sungguh baik,hamba dok sebelah seorang jejaka tampan. Dah la hensem baik plak budi pekerti,sopan tutur katanya membuatkan hamba semakin tertarik untuk berkongsi lebih jauh. Rupa2nya dia pelajar sarjana USM. Bagus dan baik bahasanya,kagum kerana masih ada anak muda macam brother ni. Sembang punya lame sampai terlena dan sedar2 dah tibe di hentian rehat.. Hamba bagun turun dan p minum,masa tuhh brother ni xturun lg. Pas tuhh hamba rasa bersalah plak xkejut dia turun sama,bile naik bas balik nk kejut dia,dia dah tak de dalam bas,cari2 rupanya dia p solat kt surau. Sejuk sungguh mata ni memandang. Diringkaskan cerita,moral of d story nk gtau kt sni klu kite baik,kite akan jumpe dengan orang yang baik. Kisah ke dua plak,mase nk balik mai sini,sedang tunggu bas sambil dok msg2 dengan "dia",tibe2 ami sekumpulan orang muda,dengan pakaian yang mcm2 dok di keliling hamba,nak pindah tempat kusi semua ada orang,tambah2 hujan plak mse tuhh.. Tbe2 rase takut dengan kumpulan nihh. Tapi belum tau dorang nih baik ke xbaik tp hati tetap takut. So the moral of d story kt sni nk cakap,bile kite tampil dalam khalayak,kena la biar kena dengan cara,bukan seperti ayam masuk bandar. Baru kite akan disenangi. Pas tuhh,tak lama kemudian,bas sampai,naik2 bas,dok sebelah mamak nihh,nampak macam peramah,dia lemparkan secalit senyuman,lalu hamba balas dengan soalan,turun penang ke bterworth,dia cakap penang. OK,sembang punya sembang masuk bab career,dia cakap dia mekanik,semakin tertarik nak sembang sebab hamba pon minat dalam automotif nihh..lama2 sembang dah rasa lain,cakap pomen,tanya itu xtau tanya ini lagi xtau.. Benda simple2 pon dia jwb xtau..huhuhuhu..Dah terasaa dahh macam basah jer kt kepala kena kencing..huhuhu..pas tuhh bt2 tnya lagi mamat nihh dok tukar topik,so dah tau mamat nihh kencing hamba..so baik diam dan hamba terus lena.. The moral of d story nk cita kt sni,kte jangan dok kencing orang,orang ske kencing nihh kdg2 dia mudah lpa ape y dah die cakap..huhuuh..itu sahaja cita y hamba boleh kongsi dalam kali nihh,,walaupun nampak mcm simple dimple dan pimple tp harap dapat jd penagjaran dan iktibar untuk kite sume..bye2,semalat malam..

Jumaat, 10 Februari 2012

Air Mata Sang Murabbi

Dalam keriuhan suara remaja-remaja sedang berborak kosong. Tiba2 bnyi satu teriakan yang kuat.Suasana pertikam lidah antara mereka itu reda seketika. "kamu semua nih manusia ke bukan?"tanya seorang lelaki yang beridiri di hapadan remaja2 itu. Suara lelaki sang murabbi itu sebak seketika. Tidak langsung terniat di hatinya untuk menengking pelajar2nya yang sangat disayangi itu. Di benaknya bermain seribu kerunsingan melihat gelagat remaja-remaja yang mula hilang nilai di dalam jiwa. Perasaan hormat akan guru mereka seakan hilang ditelan hari.."Inikah generasi yang akan mewarisi tugas untuk membangunkan ummah suatu akan datang?"antara monolog yang sering timbul di dada sang murabbi itu. Air matanya seakan tertumbah membasahi pipi dek kesedihan dan kerisauan namun,beliau lantas sedar air mata sekalipun pun tertumpah di hadapan remaja itu tiada nilainya. Mereka tidak akan mengerti nilai setitis air mata. Hatinya semakin kelam kabut,tiada patah perkataan yang mampu diungkapkan. Jauh disudut hatinya perasaan kasih dan sayang kepada masa depan remaja-remaja itu. Namun,hati pelajar2nya itu tidak mampu dijernihkan dalam masa yang singkat. Dia khuatir,andai kata die terpaksa pergi sebelum dia berjaya mengembalikan sinaran mutiara yang sepatutnya dia serikan itu. Hatinya sering berkata,"aku tidak merotan kamu anak2ku melainkan kerana sifat kasih dan sayang yang ALLAH anugerahkan kepadaku tetapi,mengapa ebgitu hitam hati engkau sehingga begitu sukar untuk engkau mengerti bahawa kata2ku adalah hikmah,marahku adalah penawar dan sentuhanku adalah sebagai penyedar kepada kesilapan2mu. Wahai anak2ku yang sangat aku sayangi,aku bersyukur kepada ALLAH kerana masih memberikan nilai istiqamah dalam diri untuk membentuk jiawa2mu walaupun aku sedar bahawa jauh di sudut hati mu dek kegelapan hatimu itu untuk menerima malah mengamalkan kata2 nasihat yang tulus dari hatiku. Anak2ku,andai esok kite tidak bertemu lagi di dunia ini,mungkin kerana aku akan pergi dahulu,atau mungkin jua engkau dahulu yang meninggalkan aku atau mungkin dunia ini yang akan munsah demi janji Tuhan,aku pasrah kerana butiran2 mutiara telah aku tabur,kilauan cahaya telah aku pancarkan,secalit budi dan pekerti telah aku sematkan di jiwamu. Maafkan aku andai kebiadaban mu itu berpunca dari kelemahanku namun,harus kau menegerti bahawa,aku telah buat yang terbaik untukmu,untuk masa depanmu. Sekian,salam salam dariku sang murabbimu.

Ahad, 15 Januari 2012

Sekadar Berkongsi

Esok adalah hari jadi si dia.. si lelaki (kekasih) telah merancangkan sesuatu untuk suprisekan teman wanitanya. si jejaka telah berjanji untuk berjumpa teman wanitanya pada keesokan harinya.si jejaka telah plan bersama kawan kawanya untuk mengadakan parti hari jadi teman wanitanya.. keesokan harinya, si jejaka menelefon kekasihnya..

L : halo sayang, sy nak bagi tahu tak dapat jumpa awak lah harini, sorry.

p : ape? kan dah janji? kenapa pulak! (nada marah)

L : sy ade keje la sayang, saye janji lepas siap keje saye kite kua? eh syg?

p : hmm! pegi MATI la dengan keje awak tu! sampai tade mase untuk saye.!

L : yee, lepas selesai keje sy, sy g mati ehh.. (nada begurau)

p : dah lah! tanak cakap dengan awak lagi!jangan berjanji bila awak tak tepati janji!

L : sayang, sorry lah ehh.. i love you too ..

p : tuttt... letak fone.

selesai mengatur majlis, petang tu si lelaki pergi ke rumah buah hatinya.. menunggu di luar pagar rumah memegang sejambak mawar merah untuk menjemput kekasih hatinya keluar.. sebaik sampai di sebuah taman.

p : awak? kenapa bawak saya ke tempat ni? pokok je banyak.

L : (memandang tepat ke dalam mata kekasih hatinya) sy nak luangkan masa bersama awak sebelum saya mati. (sambil tersenyum)

P : (cubit lengan si kekasihnya) ee! awak ni kan! nak tinggalkan saye kan?!

L : mane ade saye nk tinggalkan awak sayang. kalau saye mati hantu saya ada boleh temankan awak setiap hari. (sambil ketawa)

p : ee!kalau hantu awak datang, siap lah! saya karate die! hantu gatal!

L : (hanya ketawa) hahaha.. sedang asyik kekasihnya memainkan guitar menyanyikan untuk teman wanitanya, tiba tiba si lelaki berkata nak pergi ke kereta untuk mengambil barang yang tertinggal. setelah kembali di belakang kekasihnya, si lelaki memegang sebuah kek di temani rakan rakan lalu di nyanyikan lagu selamat hari jadi untuk kekasihnya.. si perempuan tergamam dan terkejut! hingga menitiskan airmata sambil meniup lilin pada keknya.. lalu si kekasih gadis tersebut mengajak untuk pergi di sebalik pokok yang sudah pastinya ada sebuah majlis untuknya! dan ramai rakan rakan yang menunggu di majlis tersebut.. hari sudah malam, si jejaka menghantar kekasihnya pulang kerumah..sebaik tiba di hadapan rumah..

L : sayang, harini hari istimewa awak. sy harap awak suka suprise untuk awak tadi :)

p : sayang. you make my day! seriously sy speechless but, thanks alot sayang susahkan diri awak untuk buat semua ni untuk sy..

L : same same syg, haa! keje saye harini untuk buat awak happy dah complete! sy harap, apa yang awak inginkan akan tercapai sayang.. :)

p : ye syg, iloveyou :')

L : i love u too syg, tara!! sy ade present lagi untuk awak! (memberikan sebuah teddy bear yang besar, dan sebentuk cincin berserta kad ucapan)

P : sayang! terimakasih sayang.. (tersenyum sambil memegang pipi kekasihnya)

L : (menyarungkan cincin di jari kekasihnya) haa, cincin ni tanda cinta sy pada awak syg..kad ni saya nak awak baca esok pagi ye sayang :)

P : (mengalirkan airmata) ye sayang,terimakasih.. sy dah tak tahu nak kate ape lagi.. terharu sangat.. terimakasih syg..

L : same same dah dah.. (kesat airmata kekasihnya) bersalam dengan kekasihnya.. dalam perjalanan pulang tiba tiba kereta si lelaki hilang kawalan, lalu merempun treler dan mati di tempat kemalangan.. teman wanitanya yang mendapat tahu, terkejut! dan meraung sekuat hati apabila mengetahu si lelaki sudah tiada lagi.. lalu di baca kad ucapan yang diberikan kekasihnya malam semalam.. ''sayang, selamat ulang tahun! maaf kalau petang tadi sy buat awak marah, sebenarnya kerja yang sy katakan tu, untuk aturkan majlis hari jadi awak.. awak sentiasa ada dalam hati saya. sayang, simpan cincin sy sebagai bukti cinta sy pada awak, i love you baby!'' si teman wanitanya, hanya mampu meraung setelah membaca kad ucapan tersebut apabila dia teringatkan kata katanya pada teman lelakinya.. ''KATA KATA YANG KELUAR DARI MULUT ITU ADALAH SEBUAH DOA. HARGAILAH ORANG YANG SAYANGKAN KITA, JANGANLAH SESEKALI MENGELUARKAN KATA YANG TIDAK ELOK UTUK PASANGAN KITA DAN ORANG YANG KITA SAYANG''

Isnin, 9 Januari 2012

Adakah itu suatu penyelesaian yang bijak.

Salam Ukhuwwah buat rakan-rakan pembaca,2011 telah pun melabuhkan tirainya namun,belum terlambat untuk insan kerdil mengucapkan selamat tahun baru buat rakan2. Semoga tirai 2012 yang baru 10 hari menjengah kita lebih bersinar dengan butiran2 mutiara hikmah. Rasanya begitu lama insan kerdil tidak meluahkan kata-kata melalui coretan digital ini,sibuk dengan pelbagai tugasan yang dipikul. Walau sebanyak mana tugasan yang harus kita laksanakan,selagi kita anggap ianya suatu minat dan ikhlas kite tidak akan terasa bahang kepenatannya. Sesekali merasa penat itu biasa tapi kepenatan tidak pernah wujud. Di ruangan ini juga tidak terlambat untk insan keril mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang mendapat gred A dalam tugasan statistik,walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga namun tugas sebagai seorang pelajar sarjana tetap digalas dengan sebaiknya. Juga,selamat berjuang untuk satu lagi paper dinamik plg525 pd 16 jan yang akan menyusul nanti. Di awal sesi persekolahan 2012,ibu bapa sibuk menyediakan keperluan material anak-anak mereka,bagi anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan nampaknya begitu girang dengan semangat baru 2012. Namun,pada hemah insan kerdil,ramai ibu bapa yang gagal menyediakan keperluan mental dan jiwa anak-anak. Mengejar material sudah menjadi sebatian utama dalam agenda pendidikan pada hari ini. Persoalan budi dan pekerti semakin hari semakin jauh. Guru-guru pula sibuk bermesyuarat untuk menyediakan yang terbaik buat anaka-anak didik menjelang sesi persekolahan baru. Menetapkan target masing-masing untuk meningkatkan prestasi dan peratus lulus. Persoalannya,sejauh manakah penghayatan guru-guru ini terhadap ilmu pengetahuan? Apakah sekadar mengulang kembali pengajaran-pengajaran lalu tanpa ada sebarang inovasi dalam penyampaian?. Kepada guru-guru diluar sana,tepuklah dada tanyalah diri. Berhubung dengan pengurusan murid,tidak pernah lekang di zaman adalah berkaitan pelajar yang bermasalah atau tidak mengikuti lunas-lunas disiplin yang telah digariskan. Pelbagai garis panduan yang telah dibincangkan namun,mengapa istilah "buang saja pelajar itu" masih meniti di bibir-bibir seorang insan bergelar guru?,apakah guru-guru ini hanya beranggapan tugas mereka hanya untuk menjalankan p&p dan mengumpul sebanyak mana gred prestasi mereka?,memaksa pelajar-pelajar untuk mencapai markah cemerlang dengan harapan dia mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang?. Mengapa begitu mudah seorang guru melupakan persoalan berkaitan falsafah?,lupakah guru hasrat falsafah pendidikan? dimanakah ikrar yang pernah meniti di bibir mereka suatu ketika dahulu untuk melahirkan insan yang pelbagai rupa?menyuntik jiwa-jiwa yang subur,membentuk akhlak dan budi pekerti. Guru-guru ini sering berbangga dengan bait-bait puisi "jika hari ini seorang guam menang bicara" segalanya bermula dengan guru biasa. Insan kerdil tidak menafikan jasa dan sumbangan guru dalam melahirkan manusia yang wibawa namun,lupakah guru bahawa penyamun,penyangak,perompak,penerima rasuah,pemberi rasuah dan bermacam jenis manusia tidak berguna itu datangnya dari sekolah yang pernah seorang manusia bergelar guru mengajar mereka?Rasanya,setakat ini sahaja perkongsian yang insan kerdil utarakan, Sama-sama kita renungkankan.

Jumaat, 23 Disember 2011

Untukmu

Assalamualaikum wbt. salam sejahtera dan selamat awal pagi. Dikala ini insan kerdil tidak melelapkan mata. Udara di awal pagi sungguh segar dan kesepian suasana hanyasesekali terdengar cengkerik bercerita sungguh mendamaikan. Pernah tak sahabat sekelian dengar kisah air mata dalam sungai?,kalau yang sudah apa kesimpulan yang sahabat boleh berikan?. Tapi bg sahabat yang belum dengar cite tuh meh insan kerdil cite secara ringkas. Kisahnya bermula di satu tempat,tempat pertemuan dua anak sungai yang jernih,mengalir perlahan. Sedang air mata mengimbau masa silamnya,ia terdengar tangisan perempuan. Lantas segera ia menyapa, "gerangan siapakah punya tangisan?",lalu tibe2 terdengar suara menjawab sapaan "aku", lantas si air mata bertanya lagi "siapakah engkau?" maka dengan suaru yang teresak2 tangisan itu menjawab "aku adalah air mata seorang wanita yang tidak pernah menghargai kehadiran seorang lelaki dalam hidupku,lalu aku mencari pelbagai alasan untuk menjauhkan diri darinya sehingga tergamak aku memburuk2kannya sehingga la suatu masa aku meninggalkan dia". Si air mata td begitu asyik mendengar. "lalu mengapa harus engkau berada di sini?",tny si air mata lg."sebenarnya aku akulah seorang wanita yang menengis selepas aku merasakan kehilangan insan yang benar2 mengasihiku namun aku tidak menghargainya",jelas si air mata wanita itu. hehehe.. Begitulah cite serba ringkas. Sememangnya kite manusia biasa,banyak kelemahan,kekurangan namun,itu bukanlah alasan mudah yang harus kite utarakan. Kite sering tidak memandang apa yang ada di depan mata kite suatu y istimewa. Malah kite hanya akan menganggap ianya mungkin suatu yang biasa atau tidak penting kecuali selepas ianya hilang dari tatapan mata,baru kite menyedari bahawa betapa pentingnya ia. Pada saat itu,barulah kite akan mneyesal. Menangis sehingga menjadi sebatang sungai. Orang tua2 dok kata,membina hubunga itu tidaklah sesukar menjaganya,ianya perlukan penaakulan sekeping hati. Tidak sama sewaktu memulakannya,ianya hanya dipagari kata2 dan janji manis. Untukmu duhai insan,yang meyakini,adanya dia yang sangat mengasihimu,menyayangimu,selamilah hatinya,cuba fahami apa yang bermain dijiwanya kerana dia juga sedaya mungkin cuba memahami apa yang bermain dijiwamu. Dan jika engkau yakin dia adalah terbaik buatmu,janganlah engkau mengkhianati sekeping hantinya yang serapuh kaca itu kerana sudah pasti akan berkecai ibarat kau hempaskan kaca ke lantai. Bila kau cuba mencantumkannya kembali,sudah pasti ai tidak akan seindah yang dulu. Andai terjadi perpisahan antara engkau dan dia,sudah pasti dia akan engkau persalahkan dan seluruh ahlimu akan mempersalahkan dia jua tanpa engkau sedar,betapa salah engkau padanya,menuduhnya pelbagai disaat dia btl2 ingin menyuntingmu... Dan jika harapanmu padanya tidak seindah harapannya padamu,maka,kembalikan die kepada kegembiraanya.

Rabu, 9 November 2011

Salam

sudah lama agak begitu lama insan kerdil tidak mencoretkan setitis tina digital ini. Terasa rindu yang begitu mendalam ibarat dua insan sedang bercinta..hehehe.. tp mmg nk tulis pasal cinta pun kali ni.. Bila ditanya maksud cinta setiap orang pasti akan memberikan definisi yang berbeza tetapi yang pasti cinta iru fitrah manusia. Malam ni tidak dapat untuk berkongsi cerita berjela cuma nk berkongsi satu cerita ringkas pasal jenis-jenis cinta antara manusia. Suatu hari sedang saya bersarapan di sebuah gerai,kelihatan kelibat lelaki di meja sebelah. sedang asyik dok melayan balas sms seseorang tiba-tiba hp orang sebelah tuhh berdering..insan kerdil terdengar perbualan dia to saje tak nak kepoh sangat so bt2 mcm xbpe dengar. tp dari corak perbualan die persis panggilan yang dibaut oleh seorang isteri. panjang mereka berborak tiba2 lelaki itu berkata "abang da siap makan,nak balik dah" dalam benak insan kerdil bila plak lelaki nihh makan dan nak balik sedangkan baru je dia pesan makanan. Jadi apa y u all nk kata kepada cerita ni?hahahahaha