Ahad, 9 Disember 2012

kau boleh lihat ISLAM di negara bukan ISLAM

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera,salam persahabatan,salam perjuangan dan salam kecemerlangan. Sebagai Mukmin,Muslim sudah tentu objektif kecemerlangan kita terbahagi kepada dua demensi iaitu "fid dunia hasana wa fil aakhiroh hasanah". Setiap kali bermunajat kita pasti menyebut "aku tidak layak ke syurgamu namun aku jua tidak berupaya menempuh azab seksamu" justeru kita memohon keampunan dariNya setiap masa dan ketika semoga kita semua akan ditempatkan di sana. AAmin Ya Rabbal Alaamin.
Bertzakirah la plak kan,tp mmg patut pun,bukan kah ingat mengingati antara sesama mukmin itu adalah satu manfaat yang sgt baik dan berharga.. Dah lama sangat insan kerdil tidak berbicara di sini,rindu rasanya untuk meluah rasa,menukilkan kata.hehehe..Mesti kalian semua tertanya-tanya kenapa dengan tajuk post kali ni,xnampakpun lagi kaitannya..Begini ceritanya. seorang kawan menelefon insan kerdil,katanya dah lama tak jumpa,so nk belanja insan kerdil makan lahh. Seperti di janjikan,insan kerdil pun samapai la di tempat kejadian.. Macam suspen la plak guna tempat kejadian. Sampai jer di kedai makan tu kawan insan kerdil dah ada kt situ..Kami berjabat tangan bersalam,amik makanan dan order air kemudian duduk. Si kawan td memulakan bicara dengan tajuk yang insankerdil buat tuhh.. Insan kerdil mula mengerutkan dahi,non verbal communication itu difahamioleh si kawan td. Kemudia dia menceritakan dia baru balik dari Hong Kong. Perkara pertama yang menarik perhatian insan kerdil adalah kebersihan. Soalan pertama insan kerdil tanya si kawan tuhh pasal tandas awam,katanya sangat bersih walaupun tiada air di dalamnya. Insan kerdil tidak dapat bayangkan bagaimana sihh boleh bersih kalau tidak punya air?rupa2nya mmg sudah menjadi amalan di sana membawa seboto air untuk cuci tmpat tuhh..Kemudian dia menyambung cerita lagi pasal waktu kerja,insan kerdil terus skip. dan bertanya waktu rehat ketika kerja. Kata si kawan sungguh efisyen waktu kerja di sana.Pekerja-pekerja di sana sangat amanah dengan masa. Mereka rehat bermula jam 1230 tgh hari dan masuk balik jam 2.30 ptang.. Lamakan tapi berbaloi. Kenapa insan kerdil kata berbaloi sebab tepat jam 1230 t.hri bru mereka kelauar dari pejabat dan sebelum 2.30 ptg mereka dah ada di pejabat..Pendek kata 2.30 tuhh bukan bru terhegeh2 nak masuk tapi 2.30 tuhh da boleh stat berurusan. Cuba bayangkan pejabat2 di Tanah Air tercinta ni?insan kerdil malas nk komen tp pernah la sampai di pejabat kerajaan tepat jam 225 petang dengan anggapan 2.30 dah boleh berurusan. tetapi hampa..langsung tiada amanah dengan waktu. Sedih kerana amalan-amalan yang dianjurkan di dalam islam telah diimplementasikan oleh orang-orang bukan islam yang mengetahui kelebihannya.. Banyak lagi cerita yang nak dikongsi tapi masa jelous dengan insan kerdil..renung2kan dan semoga jumpa lagi..

Tiada ulasan: