Hadiah Perpisahan Guru Ganti
Khairi hj alwi@puteraadam
Kicau burunung pada pagi itu sungguh merdu ku rasakan seolah-olah aku mendengar alunan lagu indah dari copong radio. Angin yang bertiup pula sungguh nyaman. Aku masih terpaku di bangku lama,bangku kayu yang bina kukuh oleh arwah atok persis kukuhnya kasih sayangku pada arwah. Mataku jauh beribu batu kehadapan,di sana sampan-sampan yang berikat tali usang tergolek-golek di perairan tenang. Dulu arwah atok selalu cerita ada seekor buaya yang sangat besar yang pernah menerkam lima orang pelajar yang sedang mendayung ke gerbang ilmu. Sedang aku merenung,tiba-tiba lamunanku dibawa oleh angin yang cuba menceritakan seribu kepayahan. Begitu gigih pelajar-pelajar itu mendayung setiap hari sehinggalah nafas terakhir mereka di mulut si raja sungai. Lantas hatiku mula terdetik,mataku seolah-olah masih memandang ianya masih di hadapan. Sedang telinga pula masih terngiang-ngiang jeritan anak-anak kecil itu. Anak-anak kecil yang saban pagi menungguku dipagar usang untuk mengucup tanganku.
“assalamualaikum cikgu”jerit anak-anak kecil yang belum mengerti tentang kehidupan sambil menghulurkan tangan ingin bersalaman.
Alangkah indahnya jika semua pelajar islam mempunyai adab sedemikian dengan guru. Pandai semata-mata tidak berguna jika tiada adab dan budi.
“walaikumsalam” jawabku sambil tanganku dihulur.
Ucapan salam itu masih aku kedengaran saban pagi walaupun ianya berlalu empat tahun yang lalu. Wajah-wajah pucat mereka,masih bermain di mata hatiku. Aku pun tidak mengerti mengapa ianya berlaku. Sungguh Maha Bijaksana ALLAH itu dalam mencipta mahkluknya. Memori yang tersimpan beberapa tahun lama masih tersemat tanpa kurang walau sedikit. Terkadang hatiku menangis setiap kali merenung jauh ke dalam mata anak-anak kecil ini,mata mereka bukan seperti kanak-kanak biasa. Kuning kekuningan mata mereka tidak bisa aku lupakan. Seringkali kali juga mereka sakit fizikal namun semangat anak-anak kecil ini tidak pernah sakit barang sesaat. Inilah sifat yang ada pada pejuang-pejuang islam. Lihat saja semangat Ja’far at-Toyyar dalam medan Mu’tah.
Sehinggalah suatu hari.
“okey,semua keluar buat barisan di hapan kelas”,arahku seperti hari-hari biasanya. Sebagai seorang guru pendidikan jasmani aku sangat jarang menggunakan bilik darjah.
Tiba-tiba mataku mula dicuri. Lantas tangan kananku terus membilang anak-anak kecil yang berbaris panjang itu.
“mana Nizam?”,soalku rambang.
Suaraku yang agak serak pada pagi itu mencuri tumpuan anak-anak kecil itu.
“Nizam sakit cikgu”,jawab salah seorang dari mereka spontan.
Nizam seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran tetapi rajin berusaha. Seorang anak kepada tukang buat jala. Anak kampung yang mempunyai keazaman yang tinggi,gigih dan rajin bertanya. Namun,hanya satu yang membimbangkan aku,ke semua abangnya terlibat dengan najis dadah.
“tak pa cikgu,cikgu percaya pada saya,saya tak akan ikut mereka”
“saya nak jadi macam cikgu” itu antara kata-kata yang pernah Nizam lafazkan mula berputar di benakku.
Sebagai guru,walaupun aku baru sahaja mengenalinya dan hanya untuk seketika sahaja aku berada di sekolah ini,aku tetap optimis. Aku yakin anak-anak miskin ini akan berusaha mengubah nasib mereka.
Sakit Nizam terpaksa aku pendam sementara,pelajaran hari ini yang harus aku berikan adalah lompat jauh. Hanya satu yang aku lihat,keseronokan anak-anak kecil itu apabila dipuji dan mendapat ganjaran walau sebiji gula-gula. Mereka bersaing untuk buat yang terbaik.
Jika pepatah mengatakan tak kan terpisah irama dan lagu,tak kan terpisah aur dengan tebing begitulah juga tak kan terpisah antara hati seorang guru dengan anak didiknya malah,hubungan antara guru dengan anak didiknya lebih akrab dari irama dan lagu,lebih rapat dari aur dengan tebing.
“kringggggggggggggggggggggggg”,loceng balik berbunyi. Anak-anak kecil ini tidak sabar-sabar untuk keluar pagar. Ada yang menyanyi,ada yang berlari. Aku tahu,bukan ke mana anak-anak kecil ini selepas sekolah kecuali mandi di sungai. Aku tahu,anak-anak miskin yang hidup serba kekurangan ini tiada apa yang mereka boleh lakukan selain bermain di sungai.
“kami balik dulu cikgu”teriak mereka bermai-ramai sambil berlari.
“okey,jangan lupa solat dan makan”,jawabku sambil melambai-lambai tangan.
Seusai sahaja imam membaca doa,aku pantas berdiri menunggu Pak Mat,jiran Nizam. Namun,penantianku kecewa kerana kelibat Pak Mat tidak kelihatan. Lalu aku terus menuju ke motosikalku,aku memecut ke teratak Pak Rahman. Risau hatiku tidak terkata. Setiba aku di rumah Pak Rahman,air mataku mencurah jatuh ke bumi ALLAH yang permai. Terbujur jasad anak didikku di “jemoran” rumah. Bukan seperti anak yang sedang sakit. Teringat sabdaan Rasul tercinta “hampir-hampir kefakiran itu membawa kekufuran”
Kakiku terus melangkah,,sebatang demi sebatang anak tangga aku telaah. Akhirnya badan anak kecil yang panas-panas sejuk itu aku dapati. Air mataku sekali gugur mencurah membasahi lantai papan. Badan yang kecil itu aku selimutkan dengan secebis kain yang terletak tidak jauh darinya.
Tiba-tiba kedengaran suara tidak jauh dari “jemoran” tempat anak berbadan halus itu tidur.
“owhh cikgu;Nizam tu demam sekejap je;nanti baik la”,kata-kata Pak Rahman,bapa kepada anak didikku itu. Riak wajahnya seakan tidak suka aku menjenguk anaknya dan tidak suka orang lain mengambil tahu perihal keluarganya. Bukankah seorang mukmin dengan mukmin yang lainnya ibarat dua bangunan yang saling mengukuhkan. Aku ketepikan anasir-anasir negatif yang menerjah ruang mindaku. Aku berlalu meninggalkan teratak itu begitu sahaja. Namun,hatiku puas,wajah anak didikku aku tatapi.
Esoknya…………
Seperti biasa,setibanya aku di halaman sekolah,aku dikerumuni oleh anak-anak kecil yang saban hari menanti kehadiranku.
Hari berganti hari,jam di dinding yang tidak bercat itu tidak pernah berhenti. Hampir dua bulan aku berada di sekolah yang permai di tepi sungai ini.
“cikgu,betul ke dua minggu lagi cikgu nak pergi dah”,Tanya seorang anak didikku.
“ya,cikgu pergi sementara,ada masa nanti kita akan berjumpa semula”jawabku memujuk.
“ala,cikgu sudi ke nak datang sekolah kami ni lagi,sekolah kami kampung,buruk”,sapa seorang lagi anak kecil.
“anak-anak,dengar sini,sekolah itu tiada baru buruknya,tiada bandar kampungnya,ia tempat yang sangat mulia,tempat yang dipenuhi dengan para Malaikat ALLAH”,aku cuba memujuk. Sementara anak-anak kecil itu tunduk membisu.
Guru itu,katanya penuh hikmahnya. Seorang guru haruslah bijak menyusun kata,memahami kehendak anak didiknya.
Hari terakhir sebagai guru ganti…………
Seminggu lebih anakku Nizam tidak menjengah ke sekolah,ayahnya pula tidak mampu untuk membawanya ke klinik,aku pula dilarang untuk berbuat demikian. Kesian sungguh si Nizam.
“assalamualaikum w.b.t,perhatian kepada semua pelajar,anda semua diminta berkumpul di tapak perhimpunan dengan segera”,Cikgu Faradila mula membuat pengumuman. Hari ini hari terakhir aku di sekolah yang indah permai ini. Hatiku semakin berdebar-debar. Kelibat anakku Nizam belum terlihat.
“tak sihat lagi ke budak ni”,aku monolog sendirian.
Rupanya dalam diam cikgu-cikgu ni merancang untuk majlis perpisahan aku. Cukup meriah. Tak kering gusi aku melihat persembahan-persembahan anak-anak kecil itu. Aku Cuma merenung jam di dinding. Niat hatiku untuk menjenguk Nizam sebelum aku meninggalkan kampung ini.
Mataku masih terpahat pada jam dinding itu. Cuma tinggal lima minit lagi sebelum loceng balik sekolah berdering.
“cikguuuuuuuuuuuu”,dari jauh suara itu aku kedengaran. Namun,aku pasti pemilik suara itu. Orangnya berbadan halus,sopan dan sangat pandai menghormati orang lebih dewasa. Dari jauh anak kecil itu berlari mendapatiku,bersalaman dan anak kecil itu mengucup lama tanganku. Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu dari plastik hitam yang dibawanya.
“nah cikgu,ini sahaja yang ada di rumah saya”,hulur si anak kecil itu.
Sebaik aku membuka balutan akhbar yang membalut pemberian si anak kecil itu,aku terpaku. Sekali lagi air mataku mencurah. Titis-titis jernih yang menitis perlahan di pipiku tidak bias aku pertahankan. Yang dibalut dengan akhbar itu adalah satu lingkaran ubat nyamuk.
“Nizam,saya bukan minta kamu bayar saya,saya tak minta semua ini,cukuplah redha ALLAH mengiringi hidup kita semua”,lembut suaraku menyapa telinga anak kecil itu.
Dewasa ini,kita sering kedengaran perihalan yang tidak elok tentang guru. Di dada-dada akhbar ada sahaja berita yang tidak enak dikaitkan dengan guru. Persoalannya,kenapa semua ini berlaku?
Jawapannya kerana kebanyakan guru di zaman ini telah mencagarkan I’tiqad dan niat mereka. Ganjaran dunia yang harus diperolehi mengatasi ganjaran dari ilahi. Mereka lupa akan janji rusul yang mulia dek kerana mewahnya harta dunia. Guru ohhh guru.
Air mata mula menitis di pipinya.
“belajar rajin-rajin,jadi anak yang baik,jangan lawan cakap ibu bapa,jangan ingkar arahan guru”,kata-kataku yang terakhir sebelum Nizam berlalu tanpa sepatah kata.
Dua tahun selepas hari majlis perpisahan itu……….
“salam cikgu,nizam ni,saya nk terima kasih kat cikgu kerana pernah mengajar saya,sy dapat UPSR 5A dan sekarang dapat masuk sekolah berasrama penuh”,suara halus keluar dari copong telefon bimbitku namun panggilan itu putus begitu sahaja…
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan