Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan, di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya. ~Riwayat Bukhari dan Muslim~
Jumaat, 10 Februari 2012
Air Mata Sang Murabbi
Dalam keriuhan suara remaja-remaja sedang berborak kosong. Tiba2 bnyi satu teriakan yang kuat.Suasana pertikam lidah antara mereka itu reda seketika. "kamu semua nih manusia ke bukan?"tanya seorang lelaki yang beridiri di hapadan remaja2 itu. Suara lelaki sang murabbi itu sebak seketika. Tidak langsung terniat di hatinya untuk menengking pelajar2nya yang sangat disayangi itu. Di benaknya bermain seribu kerunsingan melihat gelagat remaja-remaja yang mula hilang nilai di dalam jiwa. Perasaan hormat akan guru mereka seakan hilang ditelan hari.."Inikah generasi yang akan mewarisi tugas untuk membangunkan ummah suatu akan datang?"antara monolog yang sering timbul di dada sang murabbi itu. Air matanya seakan tertumbah membasahi pipi dek kesedihan dan kerisauan namun,beliau lantas sedar air mata sekalipun pun tertumpah di hadapan remaja itu tiada nilainya. Mereka tidak akan mengerti nilai setitis air mata. Hatinya semakin kelam kabut,tiada patah perkataan yang mampu diungkapkan. Jauh disudut hatinya perasaan kasih dan sayang kepada masa depan remaja-remaja itu. Namun,hati pelajar2nya itu tidak mampu dijernihkan dalam masa yang singkat. Dia khuatir,andai kata die terpaksa pergi sebelum dia berjaya mengembalikan sinaran mutiara yang sepatutnya dia serikan itu. Hatinya sering berkata,"aku tidak merotan kamu anak2ku melainkan kerana sifat kasih dan sayang yang ALLAH anugerahkan kepadaku tetapi,mengapa ebgitu hitam hati engkau sehingga begitu sukar untuk engkau mengerti bahawa kata2ku adalah hikmah,marahku adalah penawar dan sentuhanku adalah sebagai penyedar kepada kesilapan2mu. Wahai anak2ku yang sangat aku sayangi,aku bersyukur kepada ALLAH kerana masih memberikan nilai istiqamah dalam diri untuk membentuk jiawa2mu walaupun aku sedar bahawa jauh di sudut hati mu dek kegelapan hatimu itu untuk menerima malah mengamalkan kata2 nasihat yang tulus dari hatiku. Anak2ku,andai esok kite tidak bertemu lagi di dunia ini,mungkin kerana aku akan pergi dahulu,atau mungkin jua engkau dahulu yang meninggalkan aku atau mungkin dunia ini yang akan munsah demi janji Tuhan,aku pasrah kerana butiran2 mutiara telah aku tabur,kilauan cahaya telah aku pancarkan,secalit budi dan pekerti telah aku sematkan di jiwamu. Maafkan aku andai kebiadaban mu itu berpunca dari kelemahanku namun,harus kau menegerti bahawa,aku telah buat yang terbaik untukmu,untuk masa depanmu. Sekian,salam salam dariku sang murabbimu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan