Ahad, 9 Disember 2012

kau boleh lihat ISLAM di negara bukan ISLAM

Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera,salam persahabatan,salam perjuangan dan salam kecemerlangan. Sebagai Mukmin,Muslim sudah tentu objektif kecemerlangan kita terbahagi kepada dua demensi iaitu "fid dunia hasana wa fil aakhiroh hasanah". Setiap kali bermunajat kita pasti menyebut "aku tidak layak ke syurgamu namun aku jua tidak berupaya menempuh azab seksamu" justeru kita memohon keampunan dariNya setiap masa dan ketika semoga kita semua akan ditempatkan di sana. AAmin Ya Rabbal Alaamin.
Bertzakirah la plak kan,tp mmg patut pun,bukan kah ingat mengingati antara sesama mukmin itu adalah satu manfaat yang sgt baik dan berharga.. Dah lama sangat insan kerdil tidak berbicara di sini,rindu rasanya untuk meluah rasa,menukilkan kata.hehehe..Mesti kalian semua tertanya-tanya kenapa dengan tajuk post kali ni,xnampakpun lagi kaitannya..Begini ceritanya. seorang kawan menelefon insan kerdil,katanya dah lama tak jumpa,so nk belanja insan kerdil makan lahh. Seperti di janjikan,insan kerdil pun samapai la di tempat kejadian.. Macam suspen la plak guna tempat kejadian. Sampai jer di kedai makan tu kawan insan kerdil dah ada kt situ..Kami berjabat tangan bersalam,amik makanan dan order air kemudian duduk. Si kawan td memulakan bicara dengan tajuk yang insankerdil buat tuhh.. Insan kerdil mula mengerutkan dahi,non verbal communication itu difahamioleh si kawan td. Kemudia dia menceritakan dia baru balik dari Hong Kong. Perkara pertama yang menarik perhatian insan kerdil adalah kebersihan. Soalan pertama insan kerdil tanya si kawan tuhh pasal tandas awam,katanya sangat bersih walaupun tiada air di dalamnya. Insan kerdil tidak dapat bayangkan bagaimana sihh boleh bersih kalau tidak punya air?rupa2nya mmg sudah menjadi amalan di sana membawa seboto air untuk cuci tmpat tuhh..Kemudian dia menyambung cerita lagi pasal waktu kerja,insan kerdil terus skip. dan bertanya waktu rehat ketika kerja. Kata si kawan sungguh efisyen waktu kerja di sana.Pekerja-pekerja di sana sangat amanah dengan masa. Mereka rehat bermula jam 1230 tgh hari dan masuk balik jam 2.30 ptang.. Lamakan tapi berbaloi. Kenapa insan kerdil kata berbaloi sebab tepat jam 1230 t.hri bru mereka kelauar dari pejabat dan sebelum 2.30 ptg mereka dah ada di pejabat..Pendek kata 2.30 tuhh bukan bru terhegeh2 nak masuk tapi 2.30 tuhh da boleh stat berurusan. Cuba bayangkan pejabat2 di Tanah Air tercinta ni?insan kerdil malas nk komen tp pernah la sampai di pejabat kerajaan tepat jam 225 petang dengan anggapan 2.30 dah boleh berurusan. tetapi hampa..langsung tiada amanah dengan waktu. Sedih kerana amalan-amalan yang dianjurkan di dalam islam telah diimplementasikan oleh orang-orang bukan islam yang mengetahui kelebihannya.. Banyak lagi cerita yang nak dikongsi tapi masa jelous dengan insan kerdil..renung2kan dan semoga jumpa lagi..

Rabu, 21 November 2012

Hadiah Perpisahan Guru Ganti




Hadiah Perpisahan Guru Ganti
Khairi hj alwi@puteraadam

            Kicau burunung pada pagi itu sungguh merdu ku rasakan seolah-olah aku mendengar alunan lagu indah dari copong radio. Angin  yang bertiup pula sungguh nyaman. Aku masih terpaku di bangku lama,bangku kayu yang bina kukuh oleh arwah atok persis kukuhnya kasih sayangku pada  arwah. Mataku jauh beribu batu kehadapan,di sana sampan-sampan yang berikat tali usang tergolek-golek di perairan tenang. Dulu arwah atok selalu cerita ada seekor buaya yang sangat besar yang pernah menerkam lima orang pelajar yang sedang mendayung ke gerbang ilmu. Sedang aku merenung,tiba-tiba lamunanku dibawa oleh angin yang cuba menceritakan seribu kepayahan. Begitu gigih pelajar-pelajar itu mendayung setiap hari sehinggalah nafas terakhir mereka di mulut si raja sungai. Lantas hatiku mula terdetik,mataku seolah-olah masih memandang ianya masih di hadapan. Sedang telinga pula masih terngiang-ngiang jeritan anak-anak kecil itu. Anak-anak kecil yang saban pagi menungguku dipagar usang untuk mengucup tanganku.
“assalamualaikum cikgu”jerit anak-anak kecil yang belum mengerti tentang kehidupan sambil menghulurkan tangan ingin bersalaman.
Alangkah indahnya jika semua pelajar islam mempunyai adab sedemikian dengan guru. Pandai semata-mata tidak berguna jika tiada adab dan budi.
“walaikumsalam” jawabku sambil tanganku dihulur.
Ucapan salam itu masih aku kedengaran saban pagi  walaupun ianya  berlalu empat tahun yang lalu. Wajah-wajah pucat mereka,masih bermain di mata hatiku. Aku pun tidak mengerti mengapa ianya berlaku. Sungguh Maha Bijaksana ALLAH itu dalam mencipta mahkluknya. Memori yang tersimpan beberapa tahun lama masih tersemat tanpa kurang walau sedikit. Terkadang hatiku menangis setiap kali merenung jauh ke dalam mata anak-anak kecil ini,mata mereka bukan seperti kanak-kanak biasa. Kuning kekuningan mata mereka tidak bisa aku lupakan. Seringkali kali juga mereka sakit fizikal namun semangat anak-anak kecil ini tidak pernah sakit barang sesaat. Inilah sifat yang ada pada pejuang-pejuang islam. Lihat saja semangat Ja’far at-Toyyar dalam medan Mu’tah.
Sehinggalah suatu hari.
“okey,semua keluar buat barisan di hapan kelas”,arahku seperti hari-hari biasanya. Sebagai seorang guru pendidikan jasmani aku sangat jarang menggunakan bilik darjah.
Tiba-tiba mataku mula dicuri. Lantas tangan kananku terus membilang anak-anak kecil yang berbaris panjang itu.
“mana Nizam?”,soalku rambang.
Suaraku yang agak serak pada pagi itu mencuri tumpuan anak-anak kecil itu.
“Nizam sakit cikgu”,jawab salah seorang dari mereka spontan.
Nizam seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran tetapi rajin berusaha. Seorang anak kepada tukang buat jala. Anak kampung yang mempunyai keazaman yang tinggi,gigih dan rajin bertanya. Namun,hanya satu yang membimbangkan aku,ke semua abangnya terlibat dengan najis dadah.
“tak pa cikgu,cikgu percaya pada saya,saya tak akan ikut mereka”
“saya nak jadi macam cikgu” itu antara kata-kata yang pernah Nizam lafazkan mula berputar di benakku.
Sebagai guru,walaupun aku baru sahaja mengenalinya dan hanya untuk seketika sahaja aku berada di sekolah ini,aku tetap optimis. Aku yakin anak-anak miskin ini akan berusaha mengubah nasib mereka.
Sakit Nizam terpaksa aku pendam sementara,pelajaran hari ini yang harus aku berikan adalah lompat jauh. Hanya satu yang aku lihat,keseronokan anak-anak kecil itu apabila dipuji dan mendapat ganjaran walau sebiji gula-gula. Mereka bersaing untuk buat yang terbaik.
Jika pepatah mengatakan tak kan terpisah irama dan lagu,tak kan terpisah aur dengan tebing begitulah juga tak kan terpisah antara hati seorang guru dengan anak didiknya malah,hubungan antara guru dengan anak didiknya lebih akrab dari irama dan lagu,lebih rapat dari aur dengan tebing.
“kringggggggggggggggggggggggg”,loceng balik berbunyi. Anak-anak kecil ini tidak sabar-sabar untuk keluar pagar. Ada yang menyanyi,ada yang berlari. Aku tahu,bukan ke mana anak-anak kecil ini selepas sekolah kecuali mandi di sungai.  Aku tahu,anak-anak miskin yang hidup serba kekurangan ini tiada apa yang mereka boleh lakukan selain bermain di sungai.
“kami balik dulu cikgu”teriak mereka bermai-ramai sambil berlari.
“okey,jangan lupa solat dan makan”,jawabku sambil melambai-lambai tangan.
Seusai sahaja imam membaca doa,aku pantas berdiri menunggu Pak Mat,jiran Nizam. Namun,penantianku kecewa kerana kelibat Pak Mat tidak kelihatan. Lalu aku terus menuju ke motosikalku,aku memecut ke teratak Pak Rahman. Risau hatiku tidak terkata. Setiba aku di rumah Pak Rahman,air mataku mencurah jatuh ke bumi ALLAH yang permai. Terbujur  jasad anak didikku di “jemoran” rumah. Bukan seperti anak yang sedang sakit. Teringat sabdaan Rasul tercinta “hampir-hampir kefakiran itu membawa kekufuran”
Kakiku terus melangkah,,sebatang demi sebatang anak tangga aku telaah. Akhirnya badan anak kecil yang panas-panas sejuk itu aku dapati. Air mataku sekali gugur mencurah membasahi lantai papan. Badan yang kecil itu aku selimutkan dengan secebis kain yang terletak tidak jauh darinya.
Tiba-tiba kedengaran suara tidak jauh dari “jemoran” tempat anak berbadan halus itu tidur.
“owhh cikgu;Nizam tu demam sekejap je;nanti baik la”,kata-kata Pak Rahman,bapa kepada anak didikku itu. Riak wajahnya seakan tidak suka aku menjenguk anaknya dan tidak suka orang lain mengambil tahu perihal keluarganya. Bukankah seorang mukmin dengan mukmin yang lainnya ibarat dua bangunan yang saling mengukuhkan. Aku ketepikan anasir-anasir negatif yang menerjah ruang mindaku. Aku berlalu meninggalkan teratak itu begitu sahaja. Namun,hatiku puas,wajah anak didikku aku tatapi.
Esoknya…………
Seperti biasa,setibanya aku di halaman sekolah,aku dikerumuni oleh anak-anak kecil yang saban hari menanti kehadiranku.
Hari berganti hari,jam di dinding yang tidak bercat itu tidak pernah berhenti. Hampir dua bulan aku berada di sekolah yang permai di tepi sungai ini.
“cikgu,betul ke dua minggu lagi cikgu nak pergi dah”,Tanya seorang anak didikku.
“ya,cikgu pergi sementara,ada masa nanti kita akan berjumpa semula”jawabku memujuk.
“ala,cikgu sudi ke nak datang sekolah kami ni lagi,sekolah kami kampung,buruk”,sapa seorang lagi anak kecil.
“anak-anak,dengar sini,sekolah itu tiada baru buruknya,tiada bandar kampungnya,ia tempat yang sangat mulia,tempat yang dipenuhi dengan para Malaikat ALLAH”,aku cuba memujuk. Sementara anak-anak kecil itu tunduk membisu.
Guru itu,katanya penuh hikmahnya. Seorang guru haruslah bijak menyusun kata,memahami kehendak anak didiknya.
Hari terakhir sebagai guru ganti…………
Seminggu lebih anakku Nizam tidak menjengah ke sekolah,ayahnya pula tidak mampu untuk membawanya ke klinik,aku pula dilarang untuk berbuat demikian. Kesian sungguh si Nizam.
“assalamualaikum w.b.t,perhatian kepada semua pelajar,anda semua diminta berkumpul di tapak perhimpunan dengan segera”,Cikgu Faradila mula membuat pengumuman. Hari ini hari terakhir aku di sekolah yang indah permai ini. Hatiku semakin berdebar-debar. Kelibat anakku Nizam belum terlihat.
“tak sihat lagi ke budak ni”,aku monolog sendirian.
Rupanya dalam diam cikgu-cikgu ni merancang untuk majlis perpisahan aku. Cukup meriah. Tak kering gusi aku melihat persembahan-persembahan anak-anak kecil itu. Aku Cuma merenung jam di dinding. Niat hatiku untuk menjenguk Nizam sebelum aku meninggalkan kampung ini.
Mataku masih terpahat pada jam dinding itu. Cuma tinggal lima minit lagi sebelum loceng balik sekolah berdering.
“cikguuuuuuuuuuuu”,dari jauh suara itu aku kedengaran. Namun,aku pasti pemilik suara itu. Orangnya berbadan halus,sopan dan sangat pandai menghormati orang lebih dewasa. Dari jauh anak kecil itu berlari mendapatiku,bersalaman dan anak kecil itu mengucup lama tanganku. Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu dari plastik hitam yang dibawanya.
“nah cikgu,ini sahaja yang ada di rumah saya”,hulur si anak kecil itu.
Sebaik aku membuka balutan akhbar yang membalut pemberian si anak kecil itu,aku terpaku. Sekali lagi air mataku mencurah. Titis-titis jernih yang menitis perlahan di pipiku tidak bias aku pertahankan. Yang dibalut dengan akhbar itu adalah satu lingkaran ubat nyamuk.
“Nizam,saya bukan minta kamu bayar saya,saya tak minta semua ini,cukuplah redha ALLAH mengiringi hidup kita semua”,lembut suaraku menyapa telinga anak kecil itu.
Dewasa ini,kita sering kedengaran perihalan yang tidak elok tentang guru. Di dada-dada akhbar ada sahaja berita yang tidak enak dikaitkan dengan guru. Persoalannya,kenapa semua ini berlaku?
Jawapannya kerana kebanyakan guru di zaman ini telah mencagarkan I’tiqad dan niat mereka. Ganjaran dunia yang harus diperolehi mengatasi ganjaran dari ilahi. Mereka lupa akan janji rusul yang mulia dek kerana mewahnya harta dunia. Guru ohhh guru.
Air mata mula menitis di pipinya.
“belajar rajin-rajin,jadi anak yang baik,jangan lawan cakap ibu bapa,jangan ingkar arahan guru”,kata-kataku yang terakhir sebelum Nizam berlalu tanpa sepatah kata.
Dua tahun selepas hari majlis perpisahan itu……….
“salam cikgu,nizam ni,saya nk terima kasih kat cikgu kerana pernah mengajar saya,sy dapat UPSR 5A dan sekarang dapat masuk sekolah berasrama penuh”,suara halus keluar dari copong telefon bimbitku namun panggilan itu putus begitu sahaja…

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sabtu, 10 November 2012

Dia lah

Bila tengok video ibu bersalin,hati saya sering tertanya2 dan asyik dok terfikir bagaimanakah betapa sakit yang diceritakan, Walaupun mengambil msa yang lama namun sy gagal untuk membayangkan bagaimana betapa sakit seorang ibu bersalin..Namun,sy pasti kesakitan yang amat itu akan hilang serta merta tatkala mendengar tangisan si anak. Tak cukup dengan itu dalam leadaan yang masih pemah,si ibu mengambil anak itu,memeluknya erat seraya mengucup2 anknya itu..itulah kasih ibu yang tiada galang gantinya.

alhamdulillah,setelah sekian lama mencuba

assalamualaikum dan salam sejahtera buatnsahabat2 pena yndikasih,pembaca2 setia  catitan insan kerdil ini....setelahnsekian la,a blog insan oerdil xdpt masuk,entah kenapa namun alhirnya hari ini dapat masuk,da puas mencuba sehingga hampir putus asa dan nk buat laman baru.mana tak nya,kali terakhir insan kerdil post bulan 4 2012 sampailah hari ni plak bru blh masuk.hehehehehe..tp teringat plak pesan kwn2 bhawa nk jd org bjya xleh cepat putus asa.hehe rasenye cukup la untuk hari ni,xtau nk tulis apa sbb seronok sgt blog insan oerdil da boleh masuk balik.

Rabu, 11 April 2012

Setiap cerita ada pengajaran

Salam ceria kepada geng2 yang sudi membaca penulisan yang tak seberapa kt ruangan yang hamba buat ni. Beberapa ari yang lepas,hamba balik kampung,tp kt sini bukan nk cerita hamba balik kampung,nti tuan2 dan puan2 hamba salah paham plakk..:). Secara kebetulan terasa malas nk pandu kete sorg2,nthla xtau kenapa terasa malas nk drve sorg2 mgkin jugak sbb xlame lagi ada orang akan teman hamba drve. so balik naik bus,da petang dah g beli tiket tuh pon ada orang anta p stesen bus,tq awk anta saya p beli tiket :) nasib baik ada 1 tempat duduk,nak dijadikan cerita mse tuhh budak2 universiti bru stat cuti,so sume tiket depa kebas.:)..Bus gerak kul 9 kelas hamba habis kul 10. Aduhhh,xtau cne nk plan so terpaksa kua kelas awal skit,nasib baik ada member seidup smati y sgup kua sme2 tlg g anta hamba kt perhentian bas. tepat jam 10 hamba dah tecegat depan pintu bas,pak cik bas cakap naik2. Hehe.. Peramah sungguh. Tq Pak cik. Mase nak naik bas tuhh terfikir,ala sape la yang akan dok sebelah sebab tiket sngle seat dah habis. Takdir ALLAH sungguh baik,hamba dok sebelah seorang jejaka tampan. Dah la hensem baik plak budi pekerti,sopan tutur katanya membuatkan hamba semakin tertarik untuk berkongsi lebih jauh. Rupa2nya dia pelajar sarjana USM. Bagus dan baik bahasanya,kagum kerana masih ada anak muda macam brother ni. Sembang punya lame sampai terlena dan sedar2 dah tibe di hentian rehat.. Hamba bagun turun dan p minum,masa tuhh brother ni xturun lg. Pas tuhh hamba rasa bersalah plak xkejut dia turun sama,bile naik bas balik nk kejut dia,dia dah tak de dalam bas,cari2 rupanya dia p solat kt surau. Sejuk sungguh mata ni memandang. Diringkaskan cerita,moral of d story nk gtau kt sni klu kite baik,kite akan jumpe dengan orang yang baik. Kisah ke dua plak,mase nk balik mai sini,sedang tunggu bas sambil dok msg2 dengan "dia",tibe2 ami sekumpulan orang muda,dengan pakaian yang mcm2 dok di keliling hamba,nak pindah tempat kusi semua ada orang,tambah2 hujan plak mse tuhh.. Tbe2 rase takut dengan kumpulan nihh. Tapi belum tau dorang nih baik ke xbaik tp hati tetap takut. So the moral of d story kt sni nk cakap,bile kite tampil dalam khalayak,kena la biar kena dengan cara,bukan seperti ayam masuk bandar. Baru kite akan disenangi. Pas tuhh,tak lama kemudian,bas sampai,naik2 bas,dok sebelah mamak nihh,nampak macam peramah,dia lemparkan secalit senyuman,lalu hamba balas dengan soalan,turun penang ke bterworth,dia cakap penang. OK,sembang punya sembang masuk bab career,dia cakap dia mekanik,semakin tertarik nak sembang sebab hamba pon minat dalam automotif nihh..lama2 sembang dah rasa lain,cakap pomen,tanya itu xtau tanya ini lagi xtau.. Benda simple2 pon dia jwb xtau..huhuhuhu..Dah terasaa dahh macam basah jer kt kepala kena kencing..huhuhu..pas tuhh bt2 tnya lagi mamat nihh dok tukar topik,so dah tau mamat nihh kencing hamba..so baik diam dan hamba terus lena.. The moral of d story nk cita kt sni,kte jangan dok kencing orang,orang ske kencing nihh kdg2 dia mudah lpa ape y dah die cakap..huhuuh..itu sahaja cita y hamba boleh kongsi dalam kali nihh,,walaupun nampak mcm simple dimple dan pimple tp harap dapat jd penagjaran dan iktibar untuk kite sume..bye2,semalat malam..

Jumaat, 10 Februari 2012

Air Mata Sang Murabbi

Dalam keriuhan suara remaja-remaja sedang berborak kosong. Tiba2 bnyi satu teriakan yang kuat.Suasana pertikam lidah antara mereka itu reda seketika. "kamu semua nih manusia ke bukan?"tanya seorang lelaki yang beridiri di hapadan remaja2 itu. Suara lelaki sang murabbi itu sebak seketika. Tidak langsung terniat di hatinya untuk menengking pelajar2nya yang sangat disayangi itu. Di benaknya bermain seribu kerunsingan melihat gelagat remaja-remaja yang mula hilang nilai di dalam jiwa. Perasaan hormat akan guru mereka seakan hilang ditelan hari.."Inikah generasi yang akan mewarisi tugas untuk membangunkan ummah suatu akan datang?"antara monolog yang sering timbul di dada sang murabbi itu. Air matanya seakan tertumbah membasahi pipi dek kesedihan dan kerisauan namun,beliau lantas sedar air mata sekalipun pun tertumpah di hadapan remaja itu tiada nilainya. Mereka tidak akan mengerti nilai setitis air mata. Hatinya semakin kelam kabut,tiada patah perkataan yang mampu diungkapkan. Jauh disudut hatinya perasaan kasih dan sayang kepada masa depan remaja-remaja itu. Namun,hati pelajar2nya itu tidak mampu dijernihkan dalam masa yang singkat. Dia khuatir,andai kata die terpaksa pergi sebelum dia berjaya mengembalikan sinaran mutiara yang sepatutnya dia serikan itu. Hatinya sering berkata,"aku tidak merotan kamu anak2ku melainkan kerana sifat kasih dan sayang yang ALLAH anugerahkan kepadaku tetapi,mengapa ebgitu hitam hati engkau sehingga begitu sukar untuk engkau mengerti bahawa kata2ku adalah hikmah,marahku adalah penawar dan sentuhanku adalah sebagai penyedar kepada kesilapan2mu. Wahai anak2ku yang sangat aku sayangi,aku bersyukur kepada ALLAH kerana masih memberikan nilai istiqamah dalam diri untuk membentuk jiawa2mu walaupun aku sedar bahawa jauh di sudut hati mu dek kegelapan hatimu itu untuk menerima malah mengamalkan kata2 nasihat yang tulus dari hatiku. Anak2ku,andai esok kite tidak bertemu lagi di dunia ini,mungkin kerana aku akan pergi dahulu,atau mungkin jua engkau dahulu yang meninggalkan aku atau mungkin dunia ini yang akan munsah demi janji Tuhan,aku pasrah kerana butiran2 mutiara telah aku tabur,kilauan cahaya telah aku pancarkan,secalit budi dan pekerti telah aku sematkan di jiwamu. Maafkan aku andai kebiadaban mu itu berpunca dari kelemahanku namun,harus kau menegerti bahawa,aku telah buat yang terbaik untukmu,untuk masa depanmu. Sekian,salam salam dariku sang murabbimu.

Ahad, 15 Januari 2012

Sekadar Berkongsi

Esok adalah hari jadi si dia.. si lelaki (kekasih) telah merancangkan sesuatu untuk suprisekan teman wanitanya. si jejaka telah berjanji untuk berjumpa teman wanitanya pada keesokan harinya.si jejaka telah plan bersama kawan kawanya untuk mengadakan parti hari jadi teman wanitanya.. keesokan harinya, si jejaka menelefon kekasihnya..

L : halo sayang, sy nak bagi tahu tak dapat jumpa awak lah harini, sorry.

p : ape? kan dah janji? kenapa pulak! (nada marah)

L : sy ade keje la sayang, saye janji lepas siap keje saye kite kua? eh syg?

p : hmm! pegi MATI la dengan keje awak tu! sampai tade mase untuk saye.!

L : yee, lepas selesai keje sy, sy g mati ehh.. (nada begurau)

p : dah lah! tanak cakap dengan awak lagi!jangan berjanji bila awak tak tepati janji!

L : sayang, sorry lah ehh.. i love you too ..

p : tuttt... letak fone.

selesai mengatur majlis, petang tu si lelaki pergi ke rumah buah hatinya.. menunggu di luar pagar rumah memegang sejambak mawar merah untuk menjemput kekasih hatinya keluar.. sebaik sampai di sebuah taman.

p : awak? kenapa bawak saya ke tempat ni? pokok je banyak.

L : (memandang tepat ke dalam mata kekasih hatinya) sy nak luangkan masa bersama awak sebelum saya mati. (sambil tersenyum)

P : (cubit lengan si kekasihnya) ee! awak ni kan! nak tinggalkan saye kan?!

L : mane ade saye nk tinggalkan awak sayang. kalau saye mati hantu saya ada boleh temankan awak setiap hari. (sambil ketawa)

p : ee!kalau hantu awak datang, siap lah! saya karate die! hantu gatal!

L : (hanya ketawa) hahaha.. sedang asyik kekasihnya memainkan guitar menyanyikan untuk teman wanitanya, tiba tiba si lelaki berkata nak pergi ke kereta untuk mengambil barang yang tertinggal. setelah kembali di belakang kekasihnya, si lelaki memegang sebuah kek di temani rakan rakan lalu di nyanyikan lagu selamat hari jadi untuk kekasihnya.. si perempuan tergamam dan terkejut! hingga menitiskan airmata sambil meniup lilin pada keknya.. lalu si kekasih gadis tersebut mengajak untuk pergi di sebalik pokok yang sudah pastinya ada sebuah majlis untuknya! dan ramai rakan rakan yang menunggu di majlis tersebut.. hari sudah malam, si jejaka menghantar kekasihnya pulang kerumah..sebaik tiba di hadapan rumah..

L : sayang, harini hari istimewa awak. sy harap awak suka suprise untuk awak tadi :)

p : sayang. you make my day! seriously sy speechless but, thanks alot sayang susahkan diri awak untuk buat semua ni untuk sy..

L : same same syg, haa! keje saye harini untuk buat awak happy dah complete! sy harap, apa yang awak inginkan akan tercapai sayang.. :)

p : ye syg, iloveyou :')

L : i love u too syg, tara!! sy ade present lagi untuk awak! (memberikan sebuah teddy bear yang besar, dan sebentuk cincin berserta kad ucapan)

P : sayang! terimakasih sayang.. (tersenyum sambil memegang pipi kekasihnya)

L : (menyarungkan cincin di jari kekasihnya) haa, cincin ni tanda cinta sy pada awak syg..kad ni saya nak awak baca esok pagi ye sayang :)

P : (mengalirkan airmata) ye sayang,terimakasih.. sy dah tak tahu nak kate ape lagi.. terharu sangat.. terimakasih syg..

L : same same dah dah.. (kesat airmata kekasihnya) bersalam dengan kekasihnya.. dalam perjalanan pulang tiba tiba kereta si lelaki hilang kawalan, lalu merempun treler dan mati di tempat kemalangan.. teman wanitanya yang mendapat tahu, terkejut! dan meraung sekuat hati apabila mengetahu si lelaki sudah tiada lagi.. lalu di baca kad ucapan yang diberikan kekasihnya malam semalam.. ''sayang, selamat ulang tahun! maaf kalau petang tadi sy buat awak marah, sebenarnya kerja yang sy katakan tu, untuk aturkan majlis hari jadi awak.. awak sentiasa ada dalam hati saya. sayang, simpan cincin sy sebagai bukti cinta sy pada awak, i love you baby!'' si teman wanitanya, hanya mampu meraung setelah membaca kad ucapan tersebut apabila dia teringatkan kata katanya pada teman lelakinya.. ''KATA KATA YANG KELUAR DARI MULUT ITU ADALAH SEBUAH DOA. HARGAILAH ORANG YANG SAYANGKAN KITA, JANGANLAH SESEKALI MENGELUARKAN KATA YANG TIDAK ELOK UTUK PASANGAN KITA DAN ORANG YANG KITA SAYANG''

Isnin, 9 Januari 2012

Adakah itu suatu penyelesaian yang bijak.

Salam Ukhuwwah buat rakan-rakan pembaca,2011 telah pun melabuhkan tirainya namun,belum terlambat untuk insan kerdil mengucapkan selamat tahun baru buat rakan2. Semoga tirai 2012 yang baru 10 hari menjengah kita lebih bersinar dengan butiran2 mutiara hikmah. Rasanya begitu lama insan kerdil tidak meluahkan kata-kata melalui coretan digital ini,sibuk dengan pelbagai tugasan yang dipikul. Walau sebanyak mana tugasan yang harus kita laksanakan,selagi kita anggap ianya suatu minat dan ikhlas kite tidak akan terasa bahang kepenatannya. Sesekali merasa penat itu biasa tapi kepenatan tidak pernah wujud. Di ruangan ini juga tidak terlambat untk insan keril mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang mendapat gred A dalam tugasan statistik,walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga namun tugas sebagai seorang pelajar sarjana tetap digalas dengan sebaiknya. Juga,selamat berjuang untuk satu lagi paper dinamik plg525 pd 16 jan yang akan menyusul nanti. Di awal sesi persekolahan 2012,ibu bapa sibuk menyediakan keperluan material anak-anak mereka,bagi anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan nampaknya begitu girang dengan semangat baru 2012. Namun,pada hemah insan kerdil,ramai ibu bapa yang gagal menyediakan keperluan mental dan jiwa anak-anak. Mengejar material sudah menjadi sebatian utama dalam agenda pendidikan pada hari ini. Persoalan budi dan pekerti semakin hari semakin jauh. Guru-guru pula sibuk bermesyuarat untuk menyediakan yang terbaik buat anaka-anak didik menjelang sesi persekolahan baru. Menetapkan target masing-masing untuk meningkatkan prestasi dan peratus lulus. Persoalannya,sejauh manakah penghayatan guru-guru ini terhadap ilmu pengetahuan? Apakah sekadar mengulang kembali pengajaran-pengajaran lalu tanpa ada sebarang inovasi dalam penyampaian?. Kepada guru-guru diluar sana,tepuklah dada tanyalah diri. Berhubung dengan pengurusan murid,tidak pernah lekang di zaman adalah berkaitan pelajar yang bermasalah atau tidak mengikuti lunas-lunas disiplin yang telah digariskan. Pelbagai garis panduan yang telah dibincangkan namun,mengapa istilah "buang saja pelajar itu" masih meniti di bibir-bibir seorang insan bergelar guru?,apakah guru-guru ini hanya beranggapan tugas mereka hanya untuk menjalankan p&p dan mengumpul sebanyak mana gred prestasi mereka?,memaksa pelajar-pelajar untuk mencapai markah cemerlang dengan harapan dia mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang?. Mengapa begitu mudah seorang guru melupakan persoalan berkaitan falsafah?,lupakah guru hasrat falsafah pendidikan? dimanakah ikrar yang pernah meniti di bibir mereka suatu ketika dahulu untuk melahirkan insan yang pelbagai rupa?menyuntik jiwa-jiwa yang subur,membentuk akhlak dan budi pekerti. Guru-guru ini sering berbangga dengan bait-bait puisi "jika hari ini seorang guam menang bicara" segalanya bermula dengan guru biasa. Insan kerdil tidak menafikan jasa dan sumbangan guru dalam melahirkan manusia yang wibawa namun,lupakah guru bahawa penyamun,penyangak,perompak,penerima rasuah,pemberi rasuah dan bermacam jenis manusia tidak berguna itu datangnya dari sekolah yang pernah seorang manusia bergelar guru mengajar mereka?Rasanya,setakat ini sahaja perkongsian yang insan kerdil utarakan, Sama-sama kita renungkankan.