Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan, di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya. ~Riwayat Bukhari dan Muslim~
Ahad, 1 Mei 2011
Semoga Hati Kita Akan Sentiasa Bertaut.
Kenangan 30 april 2011 semalam di Teratak Peyatim mengingatkan saya akan sebuah memori silam yang seolah-olah baru semalam ia berlalu. Di sebuah kelas kayu yang agak daif,guru saya membacakan sepotong hadis Rasulullah lantas terus menghuraikannya. Guru saya membuat 1 perumpamaan dengan memilih beberapa orang kawan. Guru yang bijaksana itu meminta beberapa orang kawan saya yang telah dia pilih untuk keluar ke hadapan kelas kayu itu. Lalu guru saya yang bijaksana itu menyuruh kami semua pandang dan dengar dengan teliti. Dia memanggil kawan A untuk melakonkan watak tangan,kawan B melakonkan watak kaki,kawan C melakonkan watak mulut dan kawan D melakonkan watak gigi yang sedang sakit. Setelah situasi diberi,lakonan ringkas itu dapat dilaksanakan oleh kawan-kawan saya dengan jayanya. Si gigi yang sakit berkata "aduh sakitnya" lantas si kaki terus berjalan mendapatkan peti perubatan. Setelah tiba di hadapan peti itu si tangan terus menggapai ubat yang sesuai lalu terus si mulut membuka mulut dan si tangan menyuapkan ubat itu ke mulut. Ini terjamahan perlakuan dari sabdaan junjungan besar Nabi Muahamad s.a.w. . Kenangan diserikan lagi dengan kehadiran bersama Dr Arif,Dr Ahmad Sobri,Cikgu Tarmizi dan Cikgu Nur Analiza ke teratak Yatim yang tersegam indah dan mendamaikan jiwa-jiwa penghuni serta tetamunya. Jauh di sudut hati saya dapat merasakan kegembiraan adik-adik penghuni teratak itu. Seusai solat magrib,terus mereka bersiap ke dewan untuk mendengar perkongsian dari ayah-ayah mereka yang hebat-hebat belaka. Perkongsian yang diberikan oleh ketiga-tiga ayah ini saya yakin akan memberi impak dalam proses pencetakan insan muslim sejati,cemerlang akademik dan gemilang keperibadian. Sekalung tahniah buat Dr Arif,Dr Ahmad Sobri,Cikgu Tarmizi,Cikgu Nur Analiza serta seluruh warga penggerak dan pengurusan kerana kalian semua adalah insan yang tidak pernah menegnal penat.Yakinlah,setiap langkah,sedetik masa,setitik peluh yang terjatuh di bumi tertak itu akan menjadi saksi pengorbanan kita semua dalam mempertautkan kasih sayang dan mardhatillah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Pertemuan yang cukup indah , penuh dengan mahabbah.Marap Ustaz terus dapat mencurahkan bakti dirumah PEYATIM tu..
Catat Ulasan