Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan, di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya. ~Riwayat Bukhari dan Muslim~
Sabtu, 7 Mei 2011
Kita Cuma Berbeza Warga negara tapi akidah y sama
Alhamdulillah,syukur sy panjatkan kpd ALLAH krn memanjangkan lagi usia saya dengan menyambung kontrak nyawa saya. Saya sgt2 syukur kpd ALLAH kerana sejak sy ditempatkan di sini ALLAH mencampakkan lebih rasa sensitif sy terhadap saudara2 yang seagama dengan saya tidak kira muda,sebaya atau lebih tua. Perbezaan ini sangat saya rasakan berbanding semasa berada di Kuala Lumpur. Mungkin juga masa2 saya banyak terisi di fakulti atau malam pula di kelas tuisyen,tak kurang juga sewaktu menjadi pembantu jurujual di Ikea atau pun ikut catering. Tapi di sini saya dapat rasakan kelainan yang amat. Bila saya terjumpa saudara y seagama dengan saya bole dikatakan raut wajah saya agak gembira jika ada y memerhatikan. Inilah,tepat sabdaan Nabi bahawa orang mukmin dengan mukmin yang lain itu ibarat dua bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini,terkejut bila nampak masih ada lagi anak melayu islam yang ke sekolah menggunakan basikal. Tp tak mengapalah itu hny material. Lebih menyedihkan bila tanya pasal solat mereka boleh gelak pula. Dah la hidup di dunia serba daif,dengan rumah flat kecik dan tinggal pula keluarga yang ramai tuntutan agama pula mereka abaikan. Sangat sayu sekali hati ini mengenangkan nasib saudara2 seagamaku. Ini kisah lagi menyedihkan,saya tinggal dalam persekitaran jiran2 yang majoriti bukan islam. Kalau tidak silap,blok saya ini cuma ada dua atau tiga buah rumah sahaja yang didiami oleh orang melayu,mengikut orang kata sebab kawasan rumah saya ini agaka mahal. Jiran saya bukan islam,suatu hari selepas saya balik bercuti,saya lihat seorang tua sedang menegemas rumah jiran saya,mukanya kemelayuan,umurnya pula saya jangkakan lewat 40an. Hati kecil saya dapat meneka bahawa dia adalah orang gaji atau sekarang lebih dikenali sebagai bibit. Hurmm,hati saya tertanya2 samada dia muslim atau tidak. Jika diimbas dari segi pakaian yang mungkin majikannya sedia,die bukanlah seorang muslim. Saya menanti peluang untuk bertanyakan beberapa soalan kepadanya. Suatu kebetulan saya pulang dari kerja die berada di luar rumah,dari jauh saya melemparkan secebis senyuman,agar jika dia islam terikat hati kami dibawah lembayung akidah haq. Lantas dia tidak semena2 apabila saya hampir dengan dia menyapa saya,baru balik encik?saya menjawab ye,baru balik. dari longhatnya itu saya dapat menjangkakan dia dari seberang sana. Saya berhenti di situ seketika,perbualan kami agak panjang. Saya bertanya tentang pekerjaan dan pasportnya. Saya mula bahasakan dia sebagai mak cik. Dari raut wajahnya saya lihat begitu gembira. Namun,tidak lama kemudian dia terpaksa masuk kerana ada kerja yang perlu dia siapkan sebelum majikannya pulang dari kerja barangkali. Sebelum dia masuk saya sempat mengajukan solan yang penting kepadanya."muslimka?",soal saya. Dia cuba mengalihkan pandangan mukanya tanpa menjawab soalan saya. Sekali lagi saya bertanya " muslimka?", dia kaget dengan spontan menjawab ya. Sebelum sempat saya katakan sesuatu tangannya terus mencapai tombol pintu dan masuk ke rumah. Hati kecil berkata sayu "dia saudara seagamaku","kita cuma berbeza negara dan lenggok bahasa percakapan sahaja".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan