Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan, di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya. ~Riwayat Bukhari dan Muslim~
Selasa, 17 Mei 2011
hari-hari adalah istimewa
Salam,terlebih dahulu maaf ku pinta sbb kelewatan mencoretkan warkah istimewa buatmu. Hari adalah hari y paling kusut kerana kehilangan medium penghubung, Ntah mcm mana hp sy boleh hilang. Sememangnya itu bukan rezeki saya. Kepada manusia yang ringan tangan mengambilnya semoga engaku mendapat hidayah allah menjadi manusia yang baik. Di kesempatan ini,tidak dapatku coertkan sepanjang mungkin kerana otak masih bercelaru dengan kehilangan hp. Ape pon,tetap ku coretkan buatmu insan-insan yang pernah mengaja aku erti kehidupan. Dari sebutir huruf A,Alif aku kini mampu membaca dan menalaah buku yang tebal. Dari satu nombor 1 kini aku mampu menghitung no yang berjuta nilainya. Terima kasih abah dan mummy yang memndidikku dan menyediakan pendidikan buat diriku. Kepada guru-guru yang pernah mendidikku,kini aku buktikan bahawa itu yang engkau curahkan dulu tidak aku persiakan. Kalian adalah guruku dan bukan bekas guru. Terima kasih cikgu,selamat hari guru. AL-FATIHAH aku persembahkan buat dikau yang telah pergi. Salam sayang buat semua insan yang bergelar pendidik.
Sabtu, 7 Mei 2011
Kita Cuma Berbeza Warga negara tapi akidah y sama
Alhamdulillah,syukur sy panjatkan kpd ALLAH krn memanjangkan lagi usia saya dengan menyambung kontrak nyawa saya. Saya sgt2 syukur kpd ALLAH kerana sejak sy ditempatkan di sini ALLAH mencampakkan lebih rasa sensitif sy terhadap saudara2 yang seagama dengan saya tidak kira muda,sebaya atau lebih tua. Perbezaan ini sangat saya rasakan berbanding semasa berada di Kuala Lumpur. Mungkin juga masa2 saya banyak terisi di fakulti atau malam pula di kelas tuisyen,tak kurang juga sewaktu menjadi pembantu jurujual di Ikea atau pun ikut catering. Tapi di sini saya dapat rasakan kelainan yang amat. Bila saya terjumpa saudara y seagama dengan saya bole dikatakan raut wajah saya agak gembira jika ada y memerhatikan. Inilah,tepat sabdaan Nabi bahawa orang mukmin dengan mukmin yang lain itu ibarat dua bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini,terkejut bila nampak masih ada lagi anak melayu islam yang ke sekolah menggunakan basikal. Tp tak mengapalah itu hny material. Lebih menyedihkan bila tanya pasal solat mereka boleh gelak pula. Dah la hidup di dunia serba daif,dengan rumah flat kecik dan tinggal pula keluarga yang ramai tuntutan agama pula mereka abaikan. Sangat sayu sekali hati ini mengenangkan nasib saudara2 seagamaku. Ini kisah lagi menyedihkan,saya tinggal dalam persekitaran jiran2 yang majoriti bukan islam. Kalau tidak silap,blok saya ini cuma ada dua atau tiga buah rumah sahaja yang didiami oleh orang melayu,mengikut orang kata sebab kawasan rumah saya ini agaka mahal. Jiran saya bukan islam,suatu hari selepas saya balik bercuti,saya lihat seorang tua sedang menegemas rumah jiran saya,mukanya kemelayuan,umurnya pula saya jangkakan lewat 40an. Hati kecil saya dapat meneka bahawa dia adalah orang gaji atau sekarang lebih dikenali sebagai bibit. Hurmm,hati saya tertanya2 samada dia muslim atau tidak. Jika diimbas dari segi pakaian yang mungkin majikannya sedia,die bukanlah seorang muslim. Saya menanti peluang untuk bertanyakan beberapa soalan kepadanya. Suatu kebetulan saya pulang dari kerja die berada di luar rumah,dari jauh saya melemparkan secebis senyuman,agar jika dia islam terikat hati kami dibawah lembayung akidah haq. Lantas dia tidak semena2 apabila saya hampir dengan dia menyapa saya,baru balik encik?saya menjawab ye,baru balik. dari longhatnya itu saya dapat menjangkakan dia dari seberang sana. Saya berhenti di situ seketika,perbualan kami agak panjang. Saya bertanya tentang pekerjaan dan pasportnya. Saya mula bahasakan dia sebagai mak cik. Dari raut wajahnya saya lihat begitu gembira. Namun,tidak lama kemudian dia terpaksa masuk kerana ada kerja yang perlu dia siapkan sebelum majikannya pulang dari kerja barangkali. Sebelum dia masuk saya sempat mengajukan solan yang penting kepadanya."muslimka?",soal saya. Dia cuba mengalihkan pandangan mukanya tanpa menjawab soalan saya. Sekali lagi saya bertanya " muslimka?", dia kaget dengan spontan menjawab ya. Sebelum sempat saya katakan sesuatu tangannya terus mencapai tombol pintu dan masuk ke rumah. Hati kecil berkata sayu "dia saudara seagamaku","kita cuma berbeza negara dan lenggok bahasa percakapan sahaja".
Ahad, 1 Mei 2011
Semoga Hati Kita Akan Sentiasa Bertaut.
Kenangan 30 april 2011 semalam di Teratak Peyatim mengingatkan saya akan sebuah memori silam yang seolah-olah baru semalam ia berlalu. Di sebuah kelas kayu yang agak daif,guru saya membacakan sepotong hadis Rasulullah lantas terus menghuraikannya. Guru saya membuat 1 perumpamaan dengan memilih beberapa orang kawan. Guru yang bijaksana itu meminta beberapa orang kawan saya yang telah dia pilih untuk keluar ke hadapan kelas kayu itu. Lalu guru saya yang bijaksana itu menyuruh kami semua pandang dan dengar dengan teliti. Dia memanggil kawan A untuk melakonkan watak tangan,kawan B melakonkan watak kaki,kawan C melakonkan watak mulut dan kawan D melakonkan watak gigi yang sedang sakit. Setelah situasi diberi,lakonan ringkas itu dapat dilaksanakan oleh kawan-kawan saya dengan jayanya. Si gigi yang sakit berkata "aduh sakitnya" lantas si kaki terus berjalan mendapatkan peti perubatan. Setelah tiba di hadapan peti itu si tangan terus menggapai ubat yang sesuai lalu terus si mulut membuka mulut dan si tangan menyuapkan ubat itu ke mulut. Ini terjamahan perlakuan dari sabdaan junjungan besar Nabi Muahamad s.a.w. . Kenangan diserikan lagi dengan kehadiran bersama Dr Arif,Dr Ahmad Sobri,Cikgu Tarmizi dan Cikgu Nur Analiza ke teratak Yatim yang tersegam indah dan mendamaikan jiwa-jiwa penghuni serta tetamunya. Jauh di sudut hati saya dapat merasakan kegembiraan adik-adik penghuni teratak itu. Seusai solat magrib,terus mereka bersiap ke dewan untuk mendengar perkongsian dari ayah-ayah mereka yang hebat-hebat belaka. Perkongsian yang diberikan oleh ketiga-tiga ayah ini saya yakin akan memberi impak dalam proses pencetakan insan muslim sejati,cemerlang akademik dan gemilang keperibadian. Sekalung tahniah buat Dr Arif,Dr Ahmad Sobri,Cikgu Tarmizi,Cikgu Nur Analiza serta seluruh warga penggerak dan pengurusan kerana kalian semua adalah insan yang tidak pernah menegnal penat.Yakinlah,setiap langkah,sedetik masa,setitik peluh yang terjatuh di bumi tertak itu akan menjadi saksi pengorbanan kita semua dalam mempertautkan kasih sayang dan mardhatillah.
Langgan:
Catatan (Atom)