Jumaat, 23 Julai 2010

nihhh sikap siapa?kitakah atau ???


salam persaudaraan dan persahabatan. terlebih dahulu saya paparkan gambar untuk untuk u all renungkan seketika. Renungan maksud saya bukan sekadar melihat tapi menilai dengan hati. Apa yang perlu dinilai?tepuk dada tanyalah hati.Tp awas!!!jangan tepuk kuat2 sakit nti u all y akan susah. Hermm sungguh memalukan malah tidak melampau kalau saya kata menjijikkan kerena sememangnya jijik. Apa yang akan u all kata kan setelah buat kali pertama melihat pemandangan yang mungkin permai bagi syaitan dan agak meloyakan bagi manusia normal? Bau,ulat malah tikus yang besar berlegar2 mcm anak2 remaja berlegar di komplek beli belah. EIIII,sungguh meloyakan..Sungguh tidak tergamak dan tibe2 merasa malu bile saya melihat pemandangan ini di Tanah Air saya. Saya ada seorang sahabat dari Korea Selatan,dalam perbualan kami sahabat saya ad pernah menyatakan hasrat hatinya untuk berkunjung ke malaysia kerana katanya Malaysia sebuah negara yang aman,damai sejahtera dan rakyatnya pula sangat baik,peramah dan pembersih. Teringat ungkapan sahabat saya ini tibe2 terasa malu. Kalau diperhatikan,sampah yang dibuang pada bukan tempatnya ini bukanlah samapah kering seperti kertas dan barang2 plastik malah,sisa2 makanan,dan paling menjijikkan Lampin pakai buang bayi ponn ada. Sikap jenis apa orang2 kita ini?? Sebuah negara yang di war2kan sebagai sebuah negara ISLAM dan AGAMA ISLAM mmg diiktiraf dan termaktub dalam perlembagaan sebagai agama Rasmi namun sikap seperti ini masih wujud. Haiwan ponn kalau diberi pilihab tentu tidak2 sekali2 haiwan membuang najis mereka merata. So cuba renungkan siapa yang lagi baik sebenarnya?manusia2 yang mempunyai pilihan inikah atau haiwan yang tiada pilihan? Islam sangat menegaskan soal kebersiahan kerana islam mengetahui bahawa betapan kesan dari kekotoran yang akan menyebabkan wabak dan sebagai. Kenapa orang kita suke dilabelkan sebagai " sudah terhjantuk baru nk tergadah". Aku die dan kamu.3 elemen yang memg tidak dapat dipisahakn. Contohnya kalau aku y buat kotor kamu dan die juga akan terkena wabak penyakit atau kamu yang buat kotor aku dan die tidak terlepas atau die yang buat kotor aku dan kamu yang akan terkena. SETUJUKAHHH?hermmm. Apa yang membuatkan saya lagi sedih kerena mereka2 ini bukan saja berkeperibadian pengotor malah zalim kerana tong samapah bukan tidak disediakan kan malah apa yang mereka dah buat..Cube u all tgk lg 1 gmbar nihh...persoaln timbul,d mana berlakunya? fuhh boleh dikatakan di seluruh nama tempat. Gambar td di sebuah daerah. Namun,ada juga yang berlaku di sebuah bandar terkemuka malah pulau peranginan ponn..Justeru,apa tanggungjawab kita??fikir2 kan lahhh..jom mengecam geng pengotor ini demi mase depan yang gemilang..Kita tak nak lagi dilabel sebagai sudah terhantuk.............malah kite gunekan "prevention is better thn cure" atau dalam bhs arabnya al wi qayah kahir minal ilajjj".. sekian perkongsian saya.. IGT KALAU KOTOR BAWA PENYAKIT KALAU SAKIT SIAPA YANG TANGGUNG??JANGAN LUPA AKU DIA DAN KAMU..

Khamis, 22 Julai 2010

ibukah dan anakkah aku?

di pagi yang begitu hening,aku duduk seorang diri.sesekali mataku terpandang ke arah langit. nun jauh di sana seolah2 ad suatu senyuman yang sangat menyenangkan hati. aku terus memandang malah lebih mendongak sedikit.aku begitu terkesima dengan peristiwa itu..ahhhh,apakah ini cume khalayan ku?owhhh tidak. Aku menjatuhkan pandangan ke bumi,lalu dilihat seakan satu senyuman jua menjelma. Aku termagu seketika. Lalu terbayang wajah dua insan yang sangat berjasa dalam hidupku. Teringat aku akn cerita2 y cikgu smpaikan sewaktu d bangku sekolah rendah,syurga itu di telapak kaki ibu..ahhh,aku terfikir bagaimana?di mana? dan mcm2 lagi.. Namun soalan itu tidak pernah ad jawapannya. Aku pulang ke rumah mencari mumy,rupanya mumy sudah d dapur menyiapkan hidangan untukku..Alangkah penat yang tidak dapat ku balasi. Pulang dari kerja terus ke dapur. Namun aku begitu mengerti hanya satu perasaan menghilangkan segalanya. Teringat sewaktu kanak2 pula,sebelum senja kanak2 akn keluar dari setiap penjuru rumah ke padang. Memng sedari kecilku,bola sepak sebahagian dari hidupku.Mmg itu lumrah kawasan tempat tinggalku. Tidak hairan melihat budak kecil membawa kasut keluar ke padang. Jadi tidak hairanlah kalau ad kawan2ku,tetanggaku merupakan seorang pemain yang hebat dalam negara..Seperti biasanya sebelum aku keluar bersama kasut bolaku itu,mumy sudah di luar,mengangkat kain di ampaian atau bersembang dengan jiran2. Di atas bangku sebelah mumy sudah kelihatan sepinngan nasi dan segelas air..mmg itu rutinnya menyuap nasi kemulutku sebelum aku keluar bermain. Aku makan dengan penuh selera walaupun tidak semewah di hotel.Namun bagiku itulah hidangan yang paling mahal. Begitu,betapa berjasanya seorang insan bergelar ibu. Ini belum diceritakan getirnya ketil hamil. sembilan bulan wajah ayu kelihatan lesu,badannya yang ramping tiada kelihatan lagi. Bersalin lagi..sangat sakit.Ad yang mengatakan sakit yang ke dua paling teruk selepas mati. Hanya mereka sahaja yang tahu. Abah pula kalau sesekali aku pulang lewat kerana leka bermain tentunya keluar mencari. Di tangannya sudah tentu sebilah rotan yang tidak dapat aku lupakan. Sesekali musim buahan,dipanjatnya batang2 pohon hijau itu,gembira melihat ank2nya makan. Kalau sekali terjatuh ke bawah,,ahhh kesiannya derita kesakitan. Begitulah dapat aku gambarkan jasa kedua hero dan heroin ini.Tanpa mereka siapa lah kita.Semua insan mengerti akan hakikat ini namun,mengapa kata2 seperti " seorang ibu boleh jaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu" wanauzubillah min zalik. minta jauh dari golongan itu.
Suatu hari aku di depan kaca televisyen,lantas aku melihat siaran yang sangat menyentuh kalbu ku sebagai manusia,anak dan juga mungkin bakal ayah. Ad mereka yang membuang ayah dan ibu mereka. Aku begitu sedih. Kenapan ad manusia yang begitu tidak mengenang budi. Teringat aku ketika mengajar subjek sivik tingkatan 1,Cerita Nakhoda Tanggang,bila aku menyual murid2 ku mereka seolah2 sudah mengerti akan tgjawab anak kpd ibu bapa. Tapi mengapa perkara sebeginni harus berlaku?mengapa begitu banyak tertubuhnya rumah2 kebajikan untuk warga tua? soalan2 sebegini hanya mmpu mnghntuiku tnpa kehadiran jawpan yang pasti.
Namun,dewasa ini aku meneliti kisah hidup manusia. Kisah hidup y sngat mendukacitakan bagiku. Pelajaran anak2 diabaikan,kalau ad yang memberi perhatian ponn dengan meletakkan niliaan ekonomi. " bile anak aku dah berjaya nti,jd org kaya,dpt rumah besar,kereta besar".
kenapa itu semua berlaku?cetek agamakah???owhhh,Rasanya tidak sama sekali. Justeru saya tinggalkan anda dengan beberapa tanda soal. Jawapan ad pd kite dan berbeza setiap kita tp mungkin juga sama.

Jumaat, 2 Julai 2010

Soalan yang ditinggalkan tanpa jawapan


Pernahkah anda mendengar kata-kata ini " penemuan terhebat generasi saya ialah manusia boleh mengubah hidupnya dengan mengubah sikapnya".Pernahkah anda?hermm kalau pernah siapa yang mengungkapkan kata-kata ini?. Saya tinggalkan anda dengan soalan yang tidak saya berikan jawpan.Kenapa?hermm sbb pensyarah2 saya sering meninggalkan saya dengan soalan yang tiada jawapan dan dengan keadaan yang begitu dapat melatih diri kite menjadi seorang manusia yang sangat dahagakan pengetahuan.Teringat semasa di bangku sekolah dahulu,di tingkatan empat kalau tak silap pada waktu itu,seorang guru saya,cikgu suzie name diean kalau la die pon terbaca bingkisan saya ini dan ini adalah hadiah sy kepada beliau..Terngiang2 lagi di telinga yang ALLAH anugerahkan ini kata2nya : kalau kite nk bjaya,nk jadi org yang hebat kite mesti ada PHD terlebih dahulu.Pada masa tuhh semua mcm ternganga sebab kureng nk paham apa yang cikgu suzie cakap. sbb setau kitaorang PHD ni adalah peringkat yang tertinggi. Lepas tuh die tersenyum sorg2 n menjelaskan kepada kami yang P itu mewakili POOR manakala H pula HUNGRY dan D is Determind. So ape yang nk saya jelaskan di sini ialah kite mesti merasakan yang kite nihh senentiasa miskin terhadap ilmu.Dengan itu membuatkan kite akan terus mencari dan terus mencari ilmu tak kiralah samada formal ataupon tidak formal. Sebut pasal ilmu semua manusia yang normal akan teringat kepada seorang insan yang bergelar guru.Mcm saya tadilah teringat kepada cikgu saya. Bile kite bercerita pasal guru,teringat saya kepada satu drama indonesia iaitu sebuah sebuah drama tentang kegigihan seorang guru dalam membentuk anak bangsa. Berjalan pergi pak guru itu ke sekolah melalui lorong2 kecik yang di kiri dan kanannya ad gerai2 menjual telur separuh masak dan jamu2 juga. Setiap langkahnya pak guru itu tidak pernah berasa sunyi. Setiap langkahnya itu di sapuk oleh mereka2 yang bergelar di kawasan itu. "Selamat pagi pak guru","jemput minum pak guru", dan bermacam-macam lagi.wahh,begitu hebat sekali sihh pak guru ini. Guru juga sering dikaitkan dengan lilin.Sanggup membakar diri demi menerangi orang lain tetapi seorang Prof saya kelihtan begitu tidak bersetuju apabila ada yang mengatakan guru itu ibarat lilin.Katanya kalau lilin hanya membakar diri untuk menerangi orang lain dan bila sudah habis bagaimana?ini juga soalan yang ditinggalkan tanpa jawpan. Justeru biar apa pon ibaratan tentang seorang guru saya begitu tertarik dengan kata2 seorang hero pendidik anak bangsa. Beliau tidak pernah menyarung jubah di hari konvokesyen mana2 universiti malah tidak pernah duduk pon di bangku2 di bilik kuliah yang berhawa dingin namum hero ini melahirkan bermacam2 ragam manusia. Bak dalam lirik guru pembina negara bangsa melahirkan jiwa yang pelbagai rupa. YAHH,sememangnya guru itu adalah seorang insan yang sangat mulia,yang mendidik dengan peniuh tekun dan sabar,dengan penuh gaya dan cara dan harapannya satu membentuk jiwa yang murni dan pekerti yang luhur. Ucapan hari guru pula sering kedengaran pada tarikh 16 mei setiap tahun. Dari anak didik yang bergelar menteri kepada guru tua di sebuah desa,dari seorang peguam kepada seorang guru tua di hulu kampung,dari seorang doktor kepada seorang guru tua di hulu. Namun itu yang terdahulu,mereka ikhlas mendidik.Riaknya mukanya tidak pernah menggambarkan keletihan apatah lagi jemu dan bosan. Wahai para pendidik,cuba kita renungkan sejauh mana ikhlasnya hati tatkala mengangkat kaki melangkah ke bilik darjah?di dalamnya menanti2 kehadiran guru.Sejauhmanakah ikhlasnya hati bilamana menjwab salam mereka,sedalam mana ikhlasnya hati tika menghuraikan isi dan terjemahkan minda? dan ini,ini sebenarnya kunci kejayaan seorang manusia yang bergelar anak didik. Apa salah mengajar mereka mengira dan diajarkan kan juga bahawa pahala dan dosa juga akan di kira. Mengajar mereka membaca dan ingatkan kepada mereka al quran juga menuntut supaya di baca. Mengajar rumus yang akan dipraktikkan dalam menjawab soalan lalu diajarkn juga kepada mereka ilmu yang tidak diamal itu bagiakn pohon yang tidak berbuah.Apa salahnya wahai kaum pendidik. Engkau sering berbangga dan dibanggakan bile anak didikmu berjaya menjadi seorang menteri.seorang peguam yang handal berbicara,seorang penulis yang hebat bercerita,seorang cendikiawan yang mulia tetapi pernahkan engkau menyedari mereka yang tersingkir dari arus kehidupan mulia,menjadi manusia yang tidak berguna,dianggap sampah masyarakat tak berguna.menjadi tamu dilorong2 hina,terbaring kaku di bawah jambatan sana bertemankan jarum dan lilin,mengaku diri hero membunuh sini sana mereka ini juga pernah menjadi anak didikmu.Pernahkah kau menyedarinya wahai lilin2 yang membakar dir?kenapa ini yang terjadi?..saya tinggalkan anda denan soalan yang jawapan hanya pada anda.Renung2kan lah.