Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan, di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya. ~Riwayat Bukhari dan Muslim~
Khamis, 13 Januari 2011
saya dengar saya kongsi
Setiap insan ingin hidup bahagia.Kebahagiaan itu adalah matlamat.Kebahagiaan sangat abstrak.Ada yang mengatakan bila dapat harta bertimbun,emas segunung dan wang berjuta itulah lambang bahagia. Ada pula yang mengatakan kebahagiaan itu bila dapat isteri yang cantik,dapat banyak zuriat. Ada juga yang kata kebahagiaan itu tidak semestinya kaya. Walau apa jua tanggapan sekalipon,kebahagiaan itu impian setiap manusia yang normal. Namun,adakah kebahagiaan itu ada permulaan dan ada pengakhiran?.Cuba fikir sejenak. Mungkin ada yang mengatakan ya dan mungkin juga ada yang mengatakan tidak. Kenapa ya dan kenapa tidak itu bergantung pada diri masing2. Di ruangan ini saya akan kongsi apa yang saya dengar. Di manakah nilai kasihmu? Adakah ini penghujung sebuah kebagiaan? dan adakah ini permulaan kepada sebuah penderitaan?. Cerita nye berkisarkan soalan2 tersebut. Di ringkaskan cerita,setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga,si suami didapati menghidap sejenis penyakit. Penyakit yang tidak asing lagi bagi rakyat malaysia dan penggemar teh tarik.Hurmmm,penyakit apakah?Sudah pasti anda mempunyai jawapan.Diringkaskan cerita lagi,si Doktor menasihatkan si suami ini agar sebelak kaki kirinya dipotong atas alasan2 yang sangat munasabah dan berpatutan. Hehehe. sO,selepas kakinya sebelah kiri kena potong maka bermulalah kisah hidup si suami sebagai oku. Dia mula merasakan kelainan dan mendapati segala ucap janji dahulu ada yang tidak dapat ditunaikan si isteri kepada lelaki cacat ini. Takdir menentukan segalanya,rupanya kuman telah menjangkiti kaki kanannya,maka,atas pertimbangan nasihat doktor,si suami ini setuju untuk dipotong kaki kanannya. Maka,bermula lah kisah hidup si suami tanpa kaki. Kesian. Namun,apakan daya. Selang beberapa minggu selepas kaki si suami dipotong,dia mungkin merasakan lega sebab tidak lagi menderita kerana sakit namun,sekali lagi dia diuji. Dia terpaksa turun naik mahkamah syariah kerana si isteri menuntut cerai dengan alasan si suami sudah tidak lagi mampu memberi nafkah zahir dan batin.Bila mendengar kisah yang benar2 berlaku ini,terdetik d hati saya,adakah kebahagiaan itu ada permulaan dan pengakhiran dan adakah setiap pengakhiran kepada sebuah kebahagiaan itu terdapat mungkin secebis penderitaan atau mungkin selautan kesengsaraan?Saya dengar,saya kongsi dan anda fikir.Sekian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan