Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan, di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lainnya. ~Riwayat Bukhari dan Muslim~
Jumaat, 7 Januari 2011
Lupakah Dia?
Teringat saya kepada kata2 pujangga yang sering menjadi buah nasihat org tua2. Org Tua2 selalu cakap "terlajak perahu boleh diundur ,terlajak kata buruk padahnya". Dan pesan org2 tua juga kalau lupa jangan dimarah sebab mmg manusia sifatnya pelupa. Dalam bahasa Arab disebut "INSAN".Hermmm "kalau begitu mungkin dia lupa",bisik hati saya.
"Tapi,mungkin ke dia lupa atau dia mmg rasa yang hanya dia jer yang betul belaka?",hati saya terus menerus berbisik di telinga hati. Rasa tak sedap dan adakalanya rasa macam mendengar sesuatu dari orang yang "pk die bagus".
"Kalau aku bangun,nanti apa pula kata orang,bangun dan keluar dari majlis",saya berbisik sendirian sambil mata jauh merenung muka dan raut wajah penceramah itu. Wajahnya yang sekali pandang mmg seorang yang begitu berwibawa,alim dan lantang memberi peringatan,ceramah agama dan mungkin juga kata2 nasihat. Namun kata orang "tin yang penuh tidak akan berbunyi". Namun jangan salah anggap pula sahabat2 pembaca, Beberapa minit pertama saya duduk begitu khusyuk mendengar,kagum dan teruja dengan cerita2 yang dibawa olehnya. Kisah perjuangan "anbiyaa" dan pengorbanan para sahabat dalam menegakkan kalimah suci. "sangat menarik isi ceramahnya"saya mula menggerakkan bibir yang tidak bersuara. Pengorbanan atau dalam bahasa Arab "Tadhhiyyah" memang sudah sebati dalam jiwa para sahabat sehingga ada riwayat mengatakan semasa peristiwa hijrah ada dalam kalangan kaum ansar sanggup menceraikan isterinya demi untuk dinikahkan dengan sahabat muhajirin."Wahhh,begitu hebat sekali,kalau kita,apatah isteri,tempat tinggal pun belum tentu kita boleh kongsi",kata2 nya cukup memukul lubut hati saya. Namun,lama kelamaan saya mula merasakan isi penyampaian mula meleret. "yang berjaya di dunia mahupun akhirat adalah orang mukmin,orang2 yang beriman dengan penuh yakin kepada ALLAH",kata2 yang dilontarkan itu memberi gelombang semangat buat anak2 muda seperti saya. Antonasi suara yang bergema ruang masjid tersohor itu selolah2 membawa bersama satu "ROH" perjuangan. Namun,"bukan ijazah,bukan master dan bukan phd yang akan menyelamatakan kita",die menyambung.Muka saya rilek mendengar namun,hati saya mula rasa gelisah."Yang ALLAH terima hanyalah iman",tegasnya dengan nada suara yang menggegarkan.Saya mula tidak bersetuju,bukan saya tidak bersetuju dengan kata2nya yang hanya orang beriman sahaja selamat tetapi kata sambungannya itu membuat saya terus tunduk."kenapa dia cakap begitu",hati saya mula rasa resah. Seakan mahu bangun dan melemparkan persoalan."lupa kah dia?saya terus berdiam dan otak mula melayang.Mata yang merenung wajahnya mula saya alihkan. "Mungkin dia lupa atau pun dia betul2 tidak tahu",kata2 menerjah ke ruang benak saya. Sedih berbaur rasa pelik. Seolah2 si penceramah td sudah mula menafikan suatu hak dan usul. Bagaimana lahirnya seorang yang beriman kalau bukan dengan ilmu.Lupakah atau tidak tahu kah dia bahawa Ijazah pertama,master dan phD yang dikatakannya itu merupakan simbolik pengiktirafan kepada ilmu. Ye,mmg saya akur ada dalam kalangan yang berilmu juga kadang2 terpesong tp bukan kerana ilmu tetapi kerana diri yang bongkak tidak menurut tuntutan ilmu. Dan ayat pertama yang diturunkan juga berkisar menuntut ilmu. Ya,mmg Nabi Muhammad dilahirkan dan membesar sebagai "ummiy" namun, itu adalah hikmah agung yang telah disuratkan oleh "RABBUL JALIL". Namun,setelah itu bukan kah baginda diisi dengan ilmu2 yang mutlak dari Zat yang Maha Agung?Lupakah dia?Lupakan dia kepada proses pembikinan seorang mukmin?Sahabat2 pembaca yang saya kasihi,ini adalah luahan hati dan pengalaman saya.Bukan alim diri dirasakan tetapi cuba untuk membetulkan nilai dan pengangan saudara2 saya. Saya pernah dengar seorang yang sekali pandang alim dan bile bercakap seolah "allaamah". Tapi,betul kata org2 tua,tin yang penuh tidak akan berbunyi. Dan sabda Nabi S.A.W. yang mafhumnya "tidur si alim itu lebih baik dari ibadatnya si jahil".Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran dan membuahkan kemanfaatan yang luhur buat kita semua dalam menongkah arus kehidupan yang berduri dan semakin berliku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan