Rabu, 27 Oktober 2010

sardin dan melayu



Hai,salam sejahtera buat teman2 yang membaca coretan saya ini. Kali ini saya cuba untuk mengimbau kenangan2 lame yang telah dilaui bersama rakan2 suatu ketika dahulu di sebuah rumah bujang. Hermmm,bile tengok saja "telur mata" hahhh,memori terus menggamit hati dan pasaan seketika,pergghhh,hidangan paling istimewa tuhh. Selain telur mata.ikan goreng dan sardin juga membuka selera di rumah bujang kami yang indah nan permai. Bile sebut sardin, apa yang tergambar di minda kita,apa yang terbuku di benak kita?. Saya telah menjalankan kajian ringkas dan sempat menemubual beberapa orang yang saya anggap sebagai responden. Hurmmm,apa kata mereka " selalunya orang yang suka makan sardin nihh orang yang kurang mampu la" itu jawpan yang pertama yang kedua pula berpendapat " selalunya orang bujang la yang berlaukkan sardin ni" dan yang ketiga seorang suri rumah berkata " ada juga yang berkeluarga pon makan lauk sardin sebab sibuk kerja dan tak berapa sempat nak masak berbauk letih dan malas", hermmm jadi apa kesimpulan yang boleh kita buat tentang sardin dan orang melayu ini?kesemua responden adalah orang melayu. Selalunya sardin dikaitkan dengan yang kurang mampu,bujang dan malas nak masak teteapi tahukah anda apakah sebenar sardin itu?hahaha,Sebenarnya sardin adalah antara makanan yang berkhasiat jika dibandingkan dengan lauk2 ang nampak mewah dan berduit seperti "gear box" dan sebagainya. Kalau anda nak tahu sebenarnya ikan sardin tidak mengandungi lemak tepu dan ianya merupakan sumber protin yang paling baik untuk tubuh badan kita,selain itu ianya juga dapat mengawal paras kolestrol dan memantapkan sistem kardiovaskular, meningkatkan keupayaan tubuh untuk membakar lemak serta memperbaiki sistem penghadaman kerana kandungan omega 3 yang ada dalamnya..HERMMM jadi walaupun memakannya dianggap sebagai kurg mampu disebabkan harga yang agak murah berbanding lauk lain selain cepat dan mudah dimasak,ianya juga baik untuk menjaga jantung kerana menagndungi asid lemak dan selenium. Seperkara lagi,teringat sewaktu saya n kawan2 bujang makan sardin,sampai ke tulang pun kami gigit dan makan kerana kelembutannya dan sebenarnya ia membantu membekalkan kalsium untuk badan kita dan ianya juga mengandungi vitamiN D dan E. Hermmm,sekian saja perkongsian saya,jadi ubah persepsi anda,jangan malu nk makan sardin lagi..

Khamis, 21 Oktober 2010

warkah buat murid


Di dalam sepotong hadis Baginda Junjungan Besar S.A.W pernah bersabda mafhumnya " yang terbaik dari kamu adalah sesiapa yang belajar al-quran dan mengajarnya". Dalam hadis tersebut mengandungi dua elemen yang berkait rapat dengan dunia pendidikan iaitu belajar dan mengajar. Salam dan selamat sejahtera,dikala sy mencoret tinta ini,hati sy cume terbayang dua jenis manusia sahaja,pertama manusia yang megah,berkedudukan dan ke hulu hilir berkereta mewah,makan di restoran mewah dan ke dua manusia yang jalan terhuyung hayang,badan sanagt kurus dan berkudis,mengharap simpati manusia dijalanan,lantas hati sy terdetik dan mengangkat tangan,"kau kategoriknlah anak2 didikku ktgori yang pertama itu dan kau campakkan soleh n solehah dlam diri mereka". selepas itu bru lega rasanya.
Untuk anda y bergelar murid,cube renung apa y cuba sy smpaikan. kalian adalah pembela atau fitnah bagi guru kalian.Kenapa saya katakan begitu?kalau kalian nak tahu,hubungan murid dengan guru adalah satu hubungan yang suci dan tidak akan putus walau sesaat. Perkahwinan juga adalah ikatan yang suci namun,jika jodoh tidak panjang dan blaku penceraian akan timbulah istila "bekas isteri atau bekas suami" tapi anak2 tetap anak dan xpernah wujud istilah bekas anak. bagi
tulah juga ingin sy umpamakan hubungan seorang guru denagn seorang murid ibarat seorang anak dengan seorang ayah atau ibu kerana sekali kita menjadi murid seorang guru samapai bila pon die tetap guru dan kita tetap murid. "Owhh,die murid saya mase tingkatan 4,.......cgu mengajar saya mse sek rendah" ungkapan2 sebagini selalu kita dengar. OK,cuba kalaian perhatian mata-mata guru kalian,di dalam hatinya tersimpan satu harapan yang sangat tinggi untuk membentuk kalian menjadi seorang yang berjaya,dunia akhirat. Bangun pagi jer,seorang guru mempersiapkan diri untuk pergi ke sekolah,padahal kawan2 yang kerja pejabat masih di rumah bersarapan tetapi gurumu kul 7.30 dah berada di laman sekolah. Cuba bayangkan,betapa luluhnya hati gurumu jika pada waktu itu kalaian masih di kedai kopi di tepi sekolah,menghisap rokok bersama kawan. Niat sucinya memberi didikan membuatkan die hampa namun,die tidak terus membanci kalian,die memanggil kailan untuk menasihati namun setelah berjanji dengan guru,esk kalian mengulangi lagi lalu guru itu sekali memanggil kalian ke medan perhimpunan untuk dirotan sebagai akibat dan sebagai pengajaran buat kalian dan rakan2 lain,di sudut hatinya tidak sedikit pon terdetik perasaan benci. Tp kalian,setelah 3kali dirotan,sudah menaruh benci pada guru kalian,heboh satu sekolah kalian cakap kalian benci guru itu,tak cukup dengan itu,kereta guru itu kalian calarkan,tayar kalian pancitkan,cacian dan makian yang tidak pernah terbit dari dua bibir guru itu kalian hamburkan,mencoret nota ugutan dan macam2 kalian buat kerana tiga kali dirotan. Pernah ke kalian terfikir setiap pagi guru itu memandu kereta yang kalian calar dan pancitkan itu pergi ke sekolah untuk memberi kalian pelaran,untk bentuk masa depan kalian. Guru itu menyuruh kalian membersihkan papan hitam untuk dia menulis isi pelajaran namun kamu enggan,guru itu tetap menyapu dengan tangannya sendiri,pagi2 lagi baju dan seluarnya sudah dipenuhi habuk kapur,bukan untuknya tetapi demi masa depan kalian.Kalau kalian tidak mahu belajar,guru itu tidak akan rugi walau 1sen pon,namun,jauh di sudut hati guru itu ALLAH dan campakkan rasa tanggungjawab dan sayang kepada kalian,perasaan itu membuatkan guru itu tidak pernah jemu apatah lagi berputus asa mendidik kalian. Hari ini,kalian berumur 16tahun,kalian boleh anggap kalian boleh hidup tanpa bimbingan seorang guru kerana bagi kalian cukup la kawan sebagai tempat berhibur dan hati menjadi turutan walaupon kalian sering menuturkan "ikutkan hati mati". NAMUN,10tahun akan datang,tika itu kalian berumur 24thn,pada waktu itulah kalian akan berfikir dan air mata darah tidak mampu membawa anda pulang ke 10tahun yang lamapau ketika masih ada insan yang sudi menasihati dan merotan kalian tika kalaian melakukan seksalahan y boleh membinasakan masa depan kalian.
Cuba kalian ingat kembali sewaktu kalian membawa pulang buku rekod pretasi,boleh dikatakan semua matapelajaran bertanda dakwat merah,pada masa itu ayah anda berkata "mcm mana guru kamu mengajar ni,xreti mengajar ker?",padahal hanya kamu yang tahu,sebelum masuk ke kelas puas guru itu mengejar kalan yang lepak di tandak supaya masuk ke bilik darjah mengikut pelajaran yang akan diajar namun,kamu membalas kesungguhan guru itu dengan tawa dan ejekan. Sekarang,tiada lagi guru itu,guru yang menasihati kalaian,y merotan kalian. Yang tinggal hanya lah kalian dan hari yang harus kalian tempuhi. TERIMA KASIH GURU KERANA MENGAJAR DAN MENDIDIK SAYA SUATU KETIKA DAHULU DAN GURU ADALAH GURU SAYA SAMAPAI BILA-BILA.

Khamis, 14 Oktober 2010

salam



Lama rasanya tak bersua,rindu untuk mencoret idea dan berkongsi secalit pengalaman dgn teman2 membuak2 namun apakan daya,kekangan masa dan tanggjwb y wajib dilaksanakan. Ini coretan pertama bulan Okt,HERMM,nak kongsi satu pengalaman. Pertengahan sept lepas,saya berpeluang menghadiri satu seminar di sebuah hotel di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang sangat dicintai ni. Seminar berkisar ekonomi,kemiskinan dan kekayaan org2 kita. Penceramah pertama naik ke pentas,seorang wanita yang mungkin awal 40an. Bekas guru itu yang sudah meninggalkan kerjaya pendidik dan menceburi satu perniagaan. Beliau begitu tergugat apabila setiap kali berhenti di lampu isyarat,di kiri kanan kereta beliau semua kereta mewah sedangkan beliau hanya berkereta proton iswara. Beliau cube berkongsi sebuah pengalaman yang sangat menarik sewaktu beliau berkhidmat di sebuah daerah yang agak popular di semenanjung. Terdapat sebuah keluarga yang mempunyai anak2 y belajar di tempat beliau berkhidmat,3 orang anak nelayan yang salu beliau perhatikan ini sering salah seorang dari mereka bertiga tidak hadir ke sekolah secara bergilir2. Namun,setelah sekian lama memerhati hati kecilnya terdetik untuk mengekori murid tersebut pulang ke rumah. Setelah sampai di sebuang pondok yang agak usang,beliau mendapati pondok usang itu adalah rumah 3 murid tersebut. Ayah mereka seorang nelayan manakala ibunya seorang suri rumah sepenuh masa menjaga anak2 yang masih kecil tatkala suami keluar ke laut. Setelah berdiri di depan pondok usang itu,beliau terus mendapatkan ibu murid tersebut dan cuba untuk mengadu hal sebenar dan belum sempat lagi si ibu tersebut telah menjelaskan bahawa di rumahnya cuma ada dua pasang kasut sekolah sedangkan anaknya yang bersekolah seramai 3orang. Anak2 akan berkongsi kasut yang dua pasang itu,setiap hari seorang mesti tidak dapat hadir. Beliau cube menjelaskan bahawa anak2 itu memg pintar dan boleh maju sekiranya memberi tumpuan yang sepenuhnya namun,tidak sempat lagi si ibu menyapa,"tak apa lah cikgu,arwah atok mereka nelayan,ayah mereka juga nelayan dan mereka juga akan jd nelayan", tergamam beliau dan terus diam.
Ini kisah benar yang beliau sempat kongsi bersama tentang kemiskinan orang kita,namun apa yang cuba saya smpaikan bahwa,kemiskinan yang terjadi itu adalah satu warisan. KENAPA?jawapannya kalian boleh mentafsir,kegagalan dan kemiskinan yang berlaku dalam minda manusia menyebabkan keadaan sebegini dan manusia yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu yang lebih baik terkubur. Apa yang cube saya kongsikan ini bukanlah untuk mengatakan kekayaan adalah segala2nya namun,saya cuma ingin menjelaskan betapa kuasa minda akan memberi impak.