Jumaat, 10 September 2010

IBU,sekarang baru aku tahu

salam lebaran..alhamdulillah,ALLAH y maha esa masih lg menyambung kontrak hidup kita,bekalan nyawa yang setiap detik kita perlukan tetap termaktub dalam janjinya dan Dia sekali-kali tidak akan pernah memungkiri janjiNya. Syukur juga kerana telah mempertemukan dengan ramadhan kali ini,dapat juga meluahkan secalit kerinduan selama setahun menanti. Bile bercerita pasal Ramadhan semua makhluk akan mengakui betapa Maha Pemurah ALLAH s.w.t..Cuba bayangkan janjinya bahawa akan terdapat satu malam yang menyamai dengan seribu bulan. Ini pelaburan yang dijamin oleh ALLAH. Kalau saya nak bercerita pasal ramadhan,satu malam saya tulis ponn xhabis rasanye dan sememangnya saudara saudari semua pownn sudah mengetahuinya malah jauh lebih arif dari saya. Saya nak berkongsi betapa Maha Penyayang ALLAH s.w.t yang telah menganugerahkan sifat sabar dan sayang yang sangat luar biasa kepada seorang hambanya.Siapakah hamba ALLAH ini?hermmm cuba teka.Fikirkan sejenak..Hamba ALLAH itu adalah seorang wanita yang bergelar IBU. Nak dijadikan cerita,suatu petang dua hari sebelum raya,secara kebetulan kakak saya tiada di rumah,dan yang tinggal hanya saya,adik,abah n mummy saya saje. Mummy sibuk dengan persiapan raya dan dalam keadaan yang demikian jadi saya mesti menggalas tugas kakak saya untuk menyediakan juadah berbuka,alhamdulillah berkat minat dan ilmu masak2 yang saya pernah belajar dengan kawan2 mase duduk rumah bujang dulu saya cuba praktikkan. Saya berfikir sejenak juadah apakah yang perlu saya sediakan untuk berbuka. Hermmm,saya ambil jalan mudah masak simple2 jer,kebetulan jam ponn dah menunjukkan 5pm. Saya pon mengeluarkan ikan dari peti ais untuk digoreng,yela masak simple kan..hahhh,memg nampak simple tp bg y xtau masak tau x cre nak jadikn ikan tuhh ikan goreng. Bukan beli ikan kt pasar boleh terus masuk kuali beb. Mula2 ape kene buat?hahahaha..jawab la sape y tahu..tp jawab dalam hati sudah la. Nak kene buang perut,basuh ikan tuhh smpai bersih,letak garam kunyit,panaskn minyak dan baru boleh goreng. Bace memang senang tp bagi orang yang akan pertama kali cuba nk buat fuuhhh bukan main amik masa tuhh.Pas tuhh goreng plak bukan seminit,kena tunggu lagi,silap2 hari bulan kena minyak panas kt tangan. So dari situ saya mula berfikir,betapa susahnya seorang ibu nak menyediakan hidangan untuk anak2. itu baru ikan goreng biasa,belum lagi ikan "sumbat" nak kene kisar cili kering lagi..fuhhh,mmg banyak hal lahh..itu hanya hidangan y paling simple saya buat. Baru saya menegerti bahawa kesabaran dan kasih sayang ibu mmg tiada bandingnya. Lepas goreng ikan mummy saya cakap perut dah siap rebus dalam periuk,cume tinggal saya kena bt air asam. Saya pownn sms la kawan2 tanya mcm mane nk buat air asam y "malatopp"..hehehehe.saya ingat lagi mula2 saya potong bawang merah,fuhh pedihnya mata smpaikan keluar air mata. Mcm mana la ibu kita buat semua kerje tuhh erkk?pas tuhh mula kisar cili besar atau org kg sy pgil lada besar yang sangat merah.dikisar bersama bawang merah dan cili kering yang dah dipotong dan direndam air panas. Wap kisaran dan bau tuhh naik ke muka,panasnyaa,tangan nihh tak payah nak cerita la kan.Memang betul2 tabah insan bergelar ibu ini. Bile dah siap beberapa jenis lauk,saya segera hidang dan saya hanya mampu tersenyum dan merenung hidangan itu. SUBAHANALLAH,sifat yang ALLAH dah campakkan dalam hati seorang ibu itu mmg sangat luar biasa. Lantas teringat saya sewaktu kecil.Ibu kita menyuapkan nasi ke mulut kite,kite nganga dan makan suapan itu sambil gigit jari ibu kita tapi ibu kita tak marah ponn,tp kita kenapa kalau ada sikit yang tak kena dah mula nk tinggikan suara dengan ibu? ASTAGFIRLLAHAL AZIMM.. Lepas kita makan suapan ibu,kita mula berasa kenyang,tp bila ibu suap kita masih nganga dan bila makan sekejap kita muntahkan balik atas kain ibu atau pon atas lantai rumah,ibu tak marah pon malah die dengan lembut menyuruh kakak atau abang kita ambilkan kain untuk lap. lepas tuhh kita nganga lagi,ibu tetap suapkan kita namun kita muntahkan lagi,ibu tak marah pownn,ibu senyum sambil menyapu tepian bibir kita.Kadang2 ibu berkata "alhamdulillah anak ibu sudah kenyang" tapi waktu tuh ibu belum menyentuh makanan pon lagi. Begitu hebat seorang insan bernama IBU. Namun,bila kita mula dewasa,kita punya pelajaran,kita punya kerjaya,kita akan punya apa yang kita mahu,di mana ibu kita disaat itu?di sisi kita kah yang sudah memiliki bangglo mewah di atas bukit?atau tetap di rumah usangnyya yang sering bocor atapnya?atau di rumah pengasih yang makin hari makin banyak dibuka bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan?. Itu jika merekamasih bernyawa. Tetapi,andai mereka sudah pergi ke alam yang sangat jauh walaupon lokasi zahirnya begitu dekat,pejamlah mata,tundukkan kepala,cuba bayangkan dalam sehari berapa kali kita menadah tanagn memohon doa kepada roh mereka?adakah sebanyak masa yang mereka habiskan untuk menyediakan makanan untuk kita?renung-renungkanlah.
Ya ALLAH,SAYANGILAH MEREKA,KASIHANILAH MEREKA,TEMPATKAN MEREKA BERSAMA ORANG YANG SOLEH. AMENN YA RABB.

Isnin, 6 September 2010

mama,tengok tangan adik nii


Salam ukhuwwah,salam penghujung ramadhan,salam pra lebaran..hehehehe
Bile sebut saje lebaran,semua orang cukup gembira,lg2 kanak2..maklumlahh raya,baju baru,seluar baru,kasut baru dan yang paling pentingg sekali sekolah cuti lama..hehehhe..semuanye same jerr,saya mse kecik2 dlu pownn same.namun,di minda orang dewasa lain pula ceritanya.Raya??alamak,byak nk pakai duit,beli itu beli ini.Apatah lagi y sudah berkeluarga,mcm ibu n ayah kite dlu2..opsss,tp sy pgil mummy n abah. Media pula sibuk membuat liputan opsss sikap,kemalangan maut,saman y dah dikeluarkan dan sebagainya. Bile sebut pasal kemalangan ada orang cakap dah takdirr,tp ada juga y cakap itu sebab sikap,memg boleh elak.so ape ponn pendapat itu yang penting bagi saya hati2 n jangan lalai. Sebab sy ponn pernah mengalaminya.Alhamdulilah sikit sajerr.
Cube kite bayangkan,suasana sambutan tahun baru cina,ape y tergambar di benak kita?mesti mercun yang berdentam dentum kan,owhhh,sudah semestinya namun,mengapa orang selain cinay dilaporkan cedera terkena mercun?hehehehehe.siapa?malas saya nak sebut. Tapikann,bile menjelang saje bulan Ramadhan,di awalnya boleh la tahan lg,selepas 5-6 hari puasa,dah mula bunyi,kadang2 imam y tgh kusyuk terawihh pownn terkezutt,nasib jenis xmelatah..mau taknya tgh2 solat tibe" ddddddddoooooooooooommmmmmmmmm" bunyi,bunyi lak bukan jauh,depan tingkap surau atau masjid jerr..Anak siapa la punya angkara tuhh..Masyarakat lakk bile bnyi cam tuhh bukan nk saling nasihat,tpnk cri anak sape y main,boleh bt modal "bisness sentiasa rugi"..hehehhehe.
bile dah dapat tau anak sape,habis satu kedai kopi dihebohkannya.bukan nk cakap elok2.Hurmmm,sian si pulan tp kdg2 geram jugakk dengan sikap mak bapak y biarkan anak2 bt sesuatu tnpa kawalan atau seliaan sepatutnya..lagi geram ada budak yang umo dahh separuh abad ponn main mercun..fuhhhh,dasyat..
kesempatan ini,sy cume nak saling ingat mengingati,bukan nk "jaga tepi kain orang".Duit y kite bagi kt anak2 kita tuhh mst lahh ada tujuan,bukan untuk mmbazir beli mercun.Bukan susahkan kite jerr kalau ada pape,banyak pihak akan terlibat.Dan lagi parah kalau kite sendiri y tolong beli kan,so kalau ad pembaca jenis ini tolong pk sendiri. Anak2 cume tau nak berseronok,bunyi dentum2 btkan hati mereka terhibur,mereka tidak pernah pk disebalik dentuman itu,mereka juga tak pernah amik iktibar dri kisah2 hitam mereka y cacat sepanjang hayat.
jadi sebelum anak kita pulang ke rumah dengan air mata berlinangan,darah bercucuran sambil berkata "mama,tengok tangan adik nii" berwaspada dan bijaksanalah mengurus anak2.
Jangan menyesal kemudian hari. semoga apa y baik sama2 kita amalkan dan saya tinggalkn perkongsian ini dengan secalit kata2 "prevention is better thn cure" salam..

Khamis, 2 September 2010

kan cikgu dah kata

salam ukhuwwah.....
Beberapa hari yang lepas,saya masuk ke satu kelas. Kelihatan pelajar2 saya semua seolah2 sudah sedia untuk belajar.Saya begitu "xcited" nak ajar diaorang semua.Hermmm,so saya mulakan pengajaran dengan beberapa soalan. Mereka tergamam dan tidak dapat menjawab soalan saya. Saya berfikir sejenak.Kemudian saya meneruskan pengajaran. Penerangan sudah saya sempurnakan,lantas seperti biasa saya mengajukan soalan "kamu paham ke tak ape y kita belajar?",pelajar2 saya menjawab "paham" dengan suara yang kuat. Saya pon teringat sewaktu saya di bangku sekolah dahulu,kalau cikgu tanya macam tuhh mmg akn semua jawab paham dengan suara yang kuat sbb kt otak masing2 kalau dah paham mesti cikgu nk berhenti mengajar dahh.. So boleh la main bile cikgu dah keluar.Hermmm,saya pon memberi satu tugasan dalam masa yang masih ada,ternyata sangkaan saya tepat,pelajar2 saya pon mcm tuhh.lantas terpaksa saya menggunakan cara lain,saya pergi seorang demi seorang. Apabila tibe tempat seorang pelajar saya ni,belum lagi saya mengajukan soalan pelajar saya dah menjawab,"saya tak pandai cikgu,memg saya tak pandai",dengan suaru yang sedih dilontarkan jauh masuk ke dua belah telinga saya. Saya dongak ke atas,lantas teringat bahawa saya dahulu pon begitu. Saya tetap mengajukan soalan dan cube membantu pelajar itu supaya dia dapat menjawab seperti rakan2nya y lain, saya pon berkata "adakah pandai itu datang sendiri?atau ia memang secara semula jadi ada pada seseorang?pelajar tadi menundukkan kepala,saya cuba membaca hatinya dengan kekauan batang tubuhnya. Dengan perlahan saya kata pandai itu adalah hasil dari usaha. So,saya mahu kamu berusaha menjawab soalan itu.sambil berdiri die menjawab dan saya terpegun jawapan yang diberikan adalah tepat.Pandai pun,itu kalimah yang terpacul dari bibir saya.Saya tanya mcm mana kamu boleh dapat jawapan?die menjawab saya fikir.saya berkata "KAN CIKGU DAH KATA.SO saya buat kesimpulan secara umum bahawa usaha die berfikir itu adalah satu cara untuk dia menjadi pandai. Seorang pelajar lain menyapa,macam mana cikgu tahu die pandai?saya dengan selamba menjawab die dapat menjawab soalan dengan cara berfikir. Semua pelajar2 dalam kelas itu menganggukan kepala.Saya berasa puas. Ini adalah pengalaman yang dapat saya kongsikan bersama,walaupun ringkas namun saya mengharapkan yang terbaik dari perkongsian ini.