Jumaat, 29 April 2011

Perjuangan

Abi Lubna

Dikala redup udara subuh

Kicauan sang sayap tidak seceria dulu

Lubna masih di tepian langsir lusuh

Dikala itu

Andai Tin Dan Zaitun mampu memuntah rasa

Melafaz kata

Mengikat janji setia

Mengusir si durjana

Mengusir keluar dari kota yang mulia

Andai rendangan anggur mampu mencoret rasa

Seluas lautan dijadikan pena

Mungkin juga sebagai senjata

Mengubah akal seorang manusia

Sudah lama memendam rasa

Menaruh dendam kepada si durjana

Sedang sengsara sukar digambar rasa

Lubna masih di situ

Sedang sarapan hanya segelas susu

Melambai tangan memanggil si ibu

“ummi,di mana abi?”,

Bertanya ayahnya yang sudah lama pergi tanpa kembali

Seorang pejuang yang tidak berbelah bahagi

Antara hati dan agama yang suci.

-puteraAdam-

Isnin, 25 April 2011

salam buat cicit hawa

Terlebih dahulu,aku menyusun jari,memohon kemaafan buatmu hawa andai coretan ini tidak tepat di sisi mu. Tapi aku sekadar mencoret,meluah rasa. Maafkan aku juga andai ada silapnya aku dalam mencoret setitis idea dengan pena digital ini. Teringat aku kepada mulanya engkai dicipta,dari tulang rusuk Adam. Ada yang mengata,penciptaanmu bukan bukan dari kepalanya untuk dijulang agung ataupun dari kakinya untuk dijadikan alas,namun,dari rusuknya untuk dijadikan teman setia. Sungguhpun begitu,tulang yang bengkok itu perlu dihalusi agak betulnya ia tanpa patah atau terus membengkok. Hawa,begitu mulia penciptaanmu,begitu hormat Adam padamu,begitu martabatmu mendamping seorang insan yang mula ada. Tapi kini,bagaimana cicitmu?. Buatmu cicit Hawa,aku memohon maaf,andai tiada dayaku dalam memperjuangkanmu,memartabatkan dirimu sebagai cicit Hawa. Aku bukan membencimu kerana kau seorang wanita,tidak juga aku membelakangkanmu kerana kau seorang perempuan namun,di hatiku,tercalit rasa gusar. Aku tahu,mulia engkau di sisi Tuhan,sehingga dikatakan "syurga" itu ditelapak kakimu. Namun,aku jua perlu berhati-hati,bukan aku tidak yakin mesti kau ingat aku cuma "berhati-hati" agar tiada antara kita yang terkecewa nanti. Aku tahu,nafkah zahir itu mutlak pada bahu cicitnya Adam namun,harus aku peringatkan kau bahawa janganlah kau leka dengan desakan dunia,desakan yang mendesakmu memandang material semata. InsyaAllah,jika kau yakin bahawa ALLAH itu "AR-RAZZAK",kau tidak akan kelaparan bersama cicit Adam. Cicit Hawa,usah kau terlalu meyakini kasihmu akan bersemi di sebuah mahligai mewah,dingin hawanya sesejuk salji,kerana tidak mustahil di situ penjara derita mu. Yakinlah dengan apa yang cicit Adam adakan untukmu,sekalipun sebuah bangsal beratap nipah berdinding buluh dan berlantai bumi,kerana percayalah di situ kasihmu terhampar,bakti mu akan tercurah. Di situ juga engkau akan dikasihi dan disayangi bak seorang permaisuri walaupun tanpa intan berlian yang berkilau. Teringat aku,sebelum kedatangan Baginda,kaummu disisih,dihina,malah diwarisi seperti barang dagang. Namun,setelah kedatangan sinar,martabatmu dijulang tinggi. Cicit Hawa,yakinilah,mulia atau hinanya kita kerana seketul daging yang ada dalam diri kita. Bukan zahir menjadi ukuran kerana acap kali duri akan berselindung di sebalik bunga yang mekar. Cicit Hawa,maafkn aku kerana meneruskan lagi coretakn ku ini,sebagai cicit adam,fitrahku tertanam kasih dan cinta padamu,lantas munculan-munculah wajahmu bisa menampar lena-lenaku. Cicit Hawa,suka aku ingatkan dikau perihal kaummu Ummu Sulaim tatkala dilamar oleh hartawan Abu Talhah. Masih ingat kah engkau kepada perihal cerita tersebut?masih ingatkan engkau kata-kata mulia Ummu Sulaim tatkala Abu Talhah bersoal perihal harta yang melimpah ruah.emas dan intan permata yang mampu membutakan mata hati setiap engkau dewasa ini. Namun,jawapan Ummu Sulaim tidak lain "cukuplah engkau menyatakan keislamanmu sebagai mahar yang tidak ternilai buatku". Cicit Hawa yang aku cintai,sebelum aku mengakhiri coretan ku ini,ingin aku yakinkah kepada engkau,bahawa engkau mempunyai peranan yang sangat besar.pengorbananmu sangat diperlukan,usahlah kau menoleh ke kiri dan dan kanan,usahlah kau berasa malu walau disis mu orang yang tidak berharta selagi di dalam diri mereka ada roh perjuangan. Kerana dari roh perjuangan itu akan wujud kasih dan sayangnya yang terpancar dari sinaran kasih ilahi. Cicit Hawaku,aku sarankan agar engaku tidak lupa pengorbanan kaummu Nusaibah Bint Ka'ab yang bersaksikan bukit Uhud. Sekian hawaku,wasaalam.

Selasa, 19 April 2011

Perkaitan "nasib baik" dalam kehidupan kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah beberapa lama insan kerdil meneyepi dari menekan-nekan kunci huruf di komputer riba kesayangan yang setia. Akhirnya,ada jua celahan masa untuk meluahkan kerinduan mencoret. Kalau dulu,hidup tanpa mencoret dirasakan begitu sunyi namun,disebalik kerja-kerja yang diletakkan di bahu,masa dan keadaan agak mendesak untuk menangguhkan coretan. Tetapi,itu sebenarnya bukan alasan yang bagus sebab di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tapi,inilah kelemahan insan. Kehidupan dan kepenatan memang sebati sebagai mana pepatah arab ada meneyebut "innamal hayaata ta ieb". Di ruang masa yang ada,semestinya ini satu anugerah agung. Di dalam sebuah hadis Nabi Junjungan Besar pernah bersabda "rebuat lah lima perkara sebelum datangnya lima perkara",salah dua aspek dari lima yang disebut itu ialah "masa sihat sebelum sakit" dan " masa lapang sebelum sempit".
Pernahkan sahabat-sahabat sekelian menyebut atau sekurang-kurangnya mendengar ucapan "ohhh,nasib baik" atau "ish ish ishh,nasib baik betul". Haaaa,sudah semestinya perkataan itu sebati dalam kehidupan kita kan. Yeke? Cuba pejamkan mata sahabat-sahabat seketika dan ingat balik sepanjang hari yang berlalu,berapa kalikah sahabat-sahabat mengungkapkannya?. Bagi saya,setelah saya memejamkan mata saya beberapa detik lantas terngiang-ngiang kata tersebut sepanjang hari-hari berlalu. Sebagai contoh,saya bawakan contoh-contoh yang boleh dianggap terkini dalam hidup saya atau boleh dikatakan sejak saya sebelum menjejakkan kaki ke universiti ulung tanah air itu. Selepas keputusan SPM yang tidak sangat cemerlang,saya memohon untuk melanjutkan pengajian ke program "Pra U". U.M menjadi pilihan,berdasarkan keputusan SPM,tiada alasan saya tidak diterima masuk.HEHEHE..(gURAU jER tuhh). Ada antara rakan-rakan seperjuangan lain sudah menerima surat kemasukan. Saya terus menunggu. Rupa-rupanya surat tawaran saya entah macam mana tersilap alamat ke Sarawak. Mungkin secara kebetulan di Sarawak ada juga alamat seperti itu. Terkejut bila melihat surat itu bernama saya namun,alamatnya di Sarawak tetapi di pos ke Kelantan. Perkataan yang tidak dirancang terpacul dari mulut "fuhhhh,nasib baik masih ada rezeki". Selepas itu beberapa tahun kemudian,semasa tahun tiga kalau tak silap pengajian ijazah sarjana muda,saya terjatuh ketika pertandingan futsal karnival sukan PUMA. Disebabkan minat yang teramat melihat objek bulat itu,jatuh bangkit kata orang. Tanpa disedari saya mengalami kecederaan pinggang yang sangat serius. Tisu-tisu banyak yang koyak dan pendarahan dalaman juga. Setelah menemui pakar ortopedik di Pusat Perubatan U.M saya di beri cuti sakit selama 2minggu kemudian disambung lagi dua minggu sebelum diberi rawatan susulan. Fuhhh,kata ketika itu hati saya kuat mengatakan bahawa saya akan lumpuh buat selamanya. Teringat semasa buat rawatan susulan ,sementara menunggu nombor giliran dipanggil saya berborak ringkas dengan seorang pegawai dari Putra Jaya yang secara kebetulan datang membuat rawatan juga. Kata-kata beliau yang pertama selepas saya menceritakan keadaan saya. Cuba teka sahabat-sahabat apa yang pegawai itu kata?. Hehehe. "nasib baik pinggang bukan tulang belakang". Tengok,nasib baik lagi kan. Dan kisah terbaru seminggu yang lepas,saya sekali lagi mengalami kecederaan lutut ekoran terjatuh di padang. Pada perlawanan menentang pasukan Polis dari sebuah balai di Pulau Mutiara itu,DENGAN TAKDIR DAN KEHENDAKNYA bole dianggap sentuhan pertama saya sudah terbaring di tengah padang. Dan apabila dirujuk ke Jab Ortopedik GH Pulau Pinang Dr itu menyesaki bahawa ligamen luar dan dalam saya putus dan perlu kepada pembedahan. Sewakatu di lapangan terbang Pulau Pinang,menunggu saya ditolak masuk ke dalam kapal hati kecil saya terdetik "nasib baik lutut kanan je". HAAAA,itulah kisah saya dengan perkataan nasib baik. Kisah sahabat-sahabat mcm mana?.Sebenarnya kalau diterjemahkan dengan hati "NASIB BAIK" itu adalah tanda betapa sayangnya ALLAH kepada KITA.