Selasa, 24 Ogos 2010

salam minda terbuka

Hari ini tanggal 25 ogos 2010 ALLAH sekali lagi memberi peluang dan ruang untuk saya celik balik mata saya yang dah saya pejam selama beberapa jam. syukur pada mu ya ALLAH di atas kurniaan yang tidak terhingga itu..apalah maknanya sekujur jasad yang sudah tidak bernyawa. sebelum ini ponn kite selalu terdengar tidak kira lah samada dekat ke jauh ke peristiwa ini. haha,apakah peristiwa yang dimaksudkan?cuba pk sejenak......
baiklah,kalau dah xnk pk bia saya jer yang bgtau. orang tidoq xbgn2..penah kan dgr?ehhh,mst penah pnyer la..so ini adalah jnji Tuhan yang tidak pernah didustai iaitu setiap yang hidup pasti akan mati dan apabila sudah tiba ajalnya maka die barang sesaatpon tidak boleh memperlewatkan atau nak mempercepatkan. tidak kiralah siapa jua orang tuhh..celik mata jerr hari ni rasa lain sangat sebab mungkin kena pergi ke satu tempat baru kott..maklumla,kalau dah namanya ponn pendidik ke mana jua mesti pergi tnpa mengira jarak dan masa. yeahh,betul tuhh sebab mmg penat mengajar tetapi tidak ada sesuatu yang boleh menggembirakan hati guru kecuali apabila apa yang diajarkan boleh difahami oleh murid. itu lah seorang guru yang sebenar tetapi ada juga guru yang paling gembira apabila kalendar sudah bertarikh 25hb..hermm,so kalau anda yang membaca perkongsian saya ni tilik2 lah diri anda yerr.
sebelum berangkat ke sekolah td,macam2 bermain di benak saya,maklumlah tempat baru dan kawan2 baru..kita mcm sebatang kara la.itu yang bermain di benak saya. lantas saya tabahkan hati selimut itu terpaksa ku tinggalkan jua walau di pagi hari..hehehehe..lantas tangan mencapai beg yang berisi buku teks...............samabil mata melihat jam. stokin ku pakai dan turun menghidupkan enjin haiwan tunggangan itu..smentara mngu enjinnya panas aku lantas dengan tidak semena teringat kepada satu kata2 yang penah terbit menjelma dari mulut seorang ayah.kata2 itu masih terngiang2 lagi. katanya "cikgu,saya nak pesan,walau sebodoh mana pon murid cikgu itu namun,disisi ayah nya die adalah permata". wahhh,hebat sngguh kata2 tuhh..bile saya merenung matanya jelas tersimpan satu hasrat dan pengharapan. so ape yang boleh dikongsikan disini ialah sebagai seorang guru kita tidak seharusnya malah kita mestimengharamkan diri kita dari mudah melatah. 'eh, bodohnya', 'apsal bengap sangat ni', 'ala,budak tuhh memg jenis tak pandai'. ini antara contoh latahan2 y pernah sy dgr yang telah keluar dari mulut seorang manusia yang bergelar guru. sungguh sedih dan mengharukan...dalam 15minit lebih kurang tibalah di sebuah sekolah,tempat y bakal aku memberi khidmat.dari jauh dpandang memg agak unik namun yang pasti mmg terserlah keunikan dan kesungguhan anak2 kampung yang ad antara mereka datg ke sekolah baju berkedut kerana di rumah tidak ad sterika.......namun digagahkan jua bahu memikul beg usang yang terkoyak sedikit,menggalas buku2 pelajran,mengayuh basikal lama dibonceng adik..ini kisah2 anak2 yang pada mereka kita tidak boleh persalahkan..semoga apa yang baik dpat kita kongsi dan apa y kurg dapat kite perbaiki

Jumaat, 13 Ogos 2010

salam

salam ramadhan kareem